Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Thursday, October 12, 2023

Rendang Ayam Superbbb!

 Bahan-bahannya:-


Rendang Ayam





1kg ayam



REMPAH 4 sekawan:

 kayu manis

 bunga lawang

 bunga cengkih

 buah pelaga.





Bawang merah, bawang putih,
Lengkuas, halia
(Bahan di atas hendaklah diblender)




Santan (1biji kelapa)




Cili giling dan rempah kari daging/ayam


Kerisik


Cara-caranya:-


Tumiskan 4 sekawan

Kemudian masukkan bahan-bahan 
Yang telah diblender tadi


Masukkan pula cili giling dan rempah kari ayam



Garam secukup rasa




Kacau rata dan sampai pecah minyak



Kemudian masukkan ayam. 
Biarkan seketika.





Barulah masukkan santan.
Biarkan mendidih dan kacau selalu





Masukkan kerisik dlm 3 sudu
Dan kacau sehingga ayam empuk




Tadaa.. siap sudah rendang ayam superbbb!!!

Monday, September 25, 2023

Bell Drinker Automatic Minuman Ayam Dan Itik Memudahkan Kerja Penternak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Lama saya tak update blog. Saya tak update sebab ada masalah dengan blog saya. Saya da puas cari cara untuk buang babab.net dari blog saya tapi tak berjaya. Babat.net ni menganggu adsense saya jadi terpaksa la saya mula dari awal balik tanpa ada sebarang gangguan dari link lain. Dulu adsense saya kencang je setiap 3 bulan masuk akaun sekarang nak tunggu bertahun baru masuk. Sedih teramat.. Sorry la kawan-kawan teremosi.. Doakan blog nenek jarah ini kembali menyinar di google ok.. amin.


Hari ini saya nak berkongsi pengalaman kami setting minuman air ayam secara automatik yang dalam bahasa google Bell Drinker Automatic. Benda alah ini da lama da adik kami beli sebab nak memudahkan kerja mummy saya di reban. Tak payah la mummy dan ayah penat-penat hari-hari nak topup air minuman ayam. Setahun rasanya projek mummy dan adik tersadai sebab leaking. Mummy asyik mengadu penat isi air, jadi saya berbincang dengan suami untuk mulakan balik memasang bell drinker ini. 

Part pertama aku kena la basuh balik ke 5 5 bell drinker ini berabuk dan banyak taik ayam.... eeeeee.. selamat aku ini bukan perempuan jenis pengeli kalau tak memang aku tak cuci.. hahaha. Lepastu kami pun pergi ke hardware beli batang paip baru dan paip hose baru sebab paip sebelum ini da kena gigit dengan tikus.. 

Banyak tempat la aku servay tapi takde jual semua color putih. female connector pun susah nak cari sebab penyambung bell drinker ni aku takut bila air masuk dia leaking macam adik aku cerita jadi kami cari sampai dapat. Laki aku pun bawa contoh ke kilang beliau jadi dapatlah spare part female connector tu alhamdulillah. Kami bayar ok tak ambil barang kilang. Berdosa..




Pipe hos dan female connector baru




bawah ni yang lama dan penyambung pun tak kuat takut tekanan air tu yang buat air leaking dan pecah







bawah ini kami tukar pipe hose dan female connector baru. Baru kuat sikit. Nak tercabut pun susah.




Nak tengok video boleh klik youtube di bawah..







Kami pasang direct ke paip. tapi kena buka air slow la

Saturday, August 12, 2023

Ayam Masak Kicap

  Bahan-bahan untuk menumis.


Ayam dibasuh bersih dan digaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng ayam tersebut.
Kentang 2 biji di potong dan di goreng

-Bawang besar 1 biji
-Bawang merah 5 biji
-Bawang putih 3 biji
-Halia 1 inci
-Cili hijau dan merah 1biji
Bahan di atas dihiris halus

-Serbuk kari daging 2 sudu besar
-Cili giling 1 sudu besar (Jika nak pedas tambah lagi)
-Lada sulah 1 sudu kecil
-Kicap masin kipas udang

-Serbuk perasa maggi 1 sudu besar

Cara-caranya.

-Panaskan minyak.
-Masukkan bahan-bahan menumis.
-Masukkan ayam goreng
-Masukkan air
-Masukkan serbuk perisa maggi 1 sudu besar
-Letak kicap masin..Gaul dan rasa. Jika kurang tambah lagi.
-Ikut tekak masing-masing yer. Saya tak gemar masin.

-Kacau bagi sekata.


-Masukkan kentang yang telah di goreng tadi.
-Biarkan mengelegak seketika.

-Siap di hidang...

Friday, August 11, 2023

Kari Ayam Mamak

  Bahan-bahan :-


* Bawang merah   8 biji
* Bawang putih    4 biji
* Kunyit              seperti 1 biji bawang kecik
* Halia                 seperti 2 biji bawang kecik
Bahan di atas hendaklah di mesin

** Rempah kari ayam  3 senduk
** Cili giling       3 senduk
Masukkan dalam mangkuk dan dicampurkan dengan bahan mesin di atas.

-Bawang besar   3 biji
-Buah pala          5 biji
-Bunga Cengkir   10biji
-Pekak                 3 biji
-Kayu manis        1biji
Bahan di atas hendaklah ditumis

-Ayam
-Santan
-Kentang
-Garam kasar

Cara-caranya :-

1. Ayam di potong kecil dan di bersihkan dan di tos.

2. Ambil kuali tumis bawang besar sampai garing di ikuti buah pala,pekak,cengkir dan batang kayu manis.

3. Kacau hingga kekuningan kemudian masukkan bahan yang dalam mangkuk tadi. Tumis sampai garing.

4. Dah garing masukkan air. Masukkan ayam dan biar masak seketika

5. Kemudian baru masukkan santan.

6. Bila ayam dah empuk masukkan pula kentang.

7. Siap di hidang.

Thursday, August 10, 2023

Ayam Goreng Sambal

 Bahan-bahannya:


Bahan mesin:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

1/2 ekor ayam - dicuci, digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 batang serai - dititik
garam
serbuk perasa



Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  5. Masukkan ayam. Gaul rata hingga bawang besar layu.
  6. Tutup api. Hidangkan.

Tuesday, August 8, 2023

Ayam Paprik Tersedap Sekali

  

 Bahan-bahannya:

4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam


Cara-cara penyediannya

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.
1 cawan air

Friday, July 21, 2023

Ayam Goreng Stail Mamak

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


 Malam tadi tak sempat nak update sebab da kepenatan kot. Malam tadi malam jumaat jadi laki aku dan mertua ke surau. Aku lak tak ikut maklumlah perempuan kan kan kan 🤫🤫🤫. Ayam ni aku da buat petang semalam perapkan dulu baru malam goreng. Dah dekat2 dia nak balik tu aku goreng la ayam dan panaskan nasi. 


Lauk dia malam tadi macam biasalah kan sambal cili padi yang kemarin buat . Jika kita masak lama dan garing sambal tu tahan lama. Jadi sebagai menu tambahan aku goreng ayam. Asyik ayam kunyit je aku termimpikan Che nom terus aku tiru resepi dia. Tak tipulah semua resepi dia aku ikut menjadi. 


Jika nak resepi real boleh tgok YouTube beliau Che Nom ayam goreng mamak. 


Jika nak tengok resepi aku ikut Che nom boleh lihat bahan di bawah ini. Aku main campak-campak je. 😁😂

  • Halia 2 inci dan 5 biji bawang putih kisar halus
  • Tepung jagung
  • 1 sudu Besar ketumbar
  • 1 sudu Kecil jintan manis
  • 1 sudu Kecil jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 biji telur
  • Perahan lemon sedikit
  • Pewarna oren dan merah
  • Daun kari yang banyak 
  • 1 ekor ayam kecik
Campurkan semua bahan tersebut dan kacau sampai rata . Lepastu curahkan dalam ayam dan perapkan semalaman. Gerenti sedapla. 


Maaf kuali tak lawa. Aku malas nak guna kuali besar sebab gorengkan ayam dia je. Aku malam tak makan diet.🤫😂. Sapa nak sponsor kuali di persilatan. Hahahahah.





Sunday, July 9, 2023

Resepi Ayam Percik Dan Satay Ayam Dari Channel Rozek TV

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah semalam ada buat sikit bbq dengan ipar duai dan anak buah. Buat sendiri2 je jimat kos. Semua resepi aku copy dari channel Rozek Tv. Aku perap ayam dan satay ambil masa 2 hari. Alhamdulillah semua cakap sedap termasuk kuah ayam percik. 

Menu yang aku dan ipar duai sediakan untuk makan-makan ini adalah:-

  1. Ayam percik dari channel rozek tv
  2. Satay ayam dari channe; rozek tv
  3. Soto ayam dari channel che nom
  4. Tauhu sumbat dan sosnya dari kueh udang Alor Gajah
  5. Sambal tumis ikan bilis dari resepi che ana mak mertua aku
  6. Kuah kacang juga dari mertua aku- jika rajin nanti aku kongsikan yer.
Semua menu di atas licin bersih hahaha nampak nah resepi aku ikut bulat2 berjaya membuatkan orang makan sampai repeat berkali2.

Itu saja nak di kongsikan untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi ke blog ini









Wednesday, December 14, 2022

Cara Basuh Ayam Tanpa Hanyir

 Assalamualaikum semua..


Minggu ni kita berkongsi tips je ek.. Tips ni pun dari mak mertua. Dah lama nak kongsikan tapi malas nak update blog.. hehehe..

Bila kita da siang ayam , sediakan tepung gandum dalam 4 sudu dan masukkan dalam besin. campurkan air dan gaul tepung tu bagi rata. Masukkan ayam yang telah di siang tadi ke dalam besin tepung tadi dan kacau ayam tu sampai terendam. Biarkan di rendam seketika. Lepastu barulah di basuh hingga bersih. Anda akan melihat tepung itu bertukar colour dari putih ke merah. Tak la berbau ayam tu kan


selamat mencuba

Sunday, August 16, 2020

Ayam Masak Sambal Yang Mudah Dan Sedap







Bahan-bahan:-


bawang merah,bawang putih, halia

sos cili 3 sudu B

sos tomato 1 sudu B

sos tiram 2 sudu B

sos ikan 1 sudu B
serai
bawang di hiris




ayam goreng dgn kunyit dan garam
goreng jgn garing sangat




cili giling 6 sudu B


Cara-caranya:-


panaskan minyak goreng ayam tadi



Tumiskan bahan yg telah di mesin tadi



masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.



masukkan serai dan kacau lagi






 masukkan sos tadi dan rasa ikut citarasa korang.



bila rasa da ok. bolehla masukkan ayam tadi berserta bawang hiring
kacau sampai rata.




 siap di hidang.. 

Monday, October 14, 2019

Rendang Ayam

 Bahan-bahan:



  • 1 ekor ayam

  • 1 labu bawang besar (dikisar)

  • 5 ulas bawang putih (dikisar)

  • 2 batang serai (dititik)

  • 1 sudu makan serbuk jintan putih

  • 1 sudu makan serbuk jintan manis

  • 1 biji santan

  • 2 asam keping

  • kerisik

  • gula melaka

  • garam

  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)


Bahan kisar:
  • 30 tangkai cili kering(rebus dulu)

  • 3 inci kunyit hidup

  • 3 inci halia

  • 3 inci lengkuas

Cara-cara:



  1. Panaskan minyak.tumis bawang blended & serai hingga naik bau.masukkan serbuk jintan putih & jintan manis.kacau rata

  2. Masukkan bahan kisar dan biar hingga pecah minyak.

  3. Masukkan ayam dan gaul rata.

  4. Masukkan santan dan kecilkan api. Tunggu hingga ayam masak.

  5. Masukkan kerisik, asam keping, gula melaka dan garam. Masak hingga rendang pekat/sedikit kering.

  6. .Tabur daun kunyit dan tutup api.

Friday, October 11, 2019

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan:


  • minyak

  • 1 sudu halba

  • daun limau purut

  • bawang merah (dikisar)

  • bawang putih (dikisar)

  • halia (dikisar)

  • kunyit hidup (dikisar)

  • 2 senduk cili kering kisar

  • air asam jawa

  • ayam (dibasuh bersih)

  • garam

Cara-cara:



  1. Panaskan minyak dan tumis halba sehingga wangi.

  2. Masukkan daun limau purut.

  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup yang dikisar.

  4. Masukkan cili kering kisar.

  5. Tumis hingga garing.

  6. Masukkan air asam jawa.

  7. Boleh tambah air bahan kisar.

  8. Masukkan ayam, tutup kuali dan tunggu sehingga masak.

Wednesday, October 9, 2019

Gulai Ayam Padang

Bahan-bahan:




  • ayam


Bahan A:


  • bawang putih

  • bawang merah

  • halia

  • kunyit hidup

  • cili merah

  • cili padi


Bahan B


  • serai (diketuk)

  • lengkuas (diketuk)

  • daun limau (dihiris besar)

  • daun kunyit (dihiris besar)

  • santan *optional

  • gula

  • garam

  • perasa

Cara-cara:




  1. Kisar semua bahan A.

  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.

  3. Masukkan ayam dan biar seketika hingga ayam mengecut.

  4. Tambah sedikit air dan biar dalam 10 – 15 minit.

  5. Masukkan bahan B.

  6. Boleh masukkan santan. gula dan garam jika suka.

  7. Sedia untuk dihidang.

Monday, October 7, 2019

Ayam Percik

Bahan-bahan:


  • 1 ekor ayam (dipotong empat)

  • Bahan perap:
  • 1 biji bawang merah besar

  • 7-8 ulas bawang putih

  • 1 batang serai

  • 1 buku halia

Bahan kuah:


  • 1 biji bawang merah

  • bawang putih

  • 2 batang serai

  • 1 senduk nasi cili kering

  • ½ kotak besar santan (mengikut jumlah kuah yang diingini)

  • garam

  • gula

Cara-cara:



  1. Kisar bahan perapan ayam dan lumurkan pada ayam. Perap selama setengah jam.

  2. Untuk kuah, kisar semua bahan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

  3. Perasakan dengan garam dan gula.

  4. Masukkan ayam yang diperap ke dalam kuah sehingga setengah masak.

  5. Bakar ayam sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

Sunday, October 6, 2019

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:


  • ayam (dibasuh bersih)

  • serai (dititik)

  • 20 – 30 biji cili api (dikisar)

  • kunyit hidup (dikisar)

  • santan

  • kentang

  • daun limau purut

  • asam keping

  • garam

Cara-cara:



  1. Masukkan ayam bersama serai yang dititik ke dalam kuali.

  2. Tuangkan bahan kisar ke atas ayam. Gaul sebati.

  3. Masukkan santan dan kentang.

  4. Apabila kentang sudah empuk, masukkan daun limau purut dan asam keping.

  5. Perasakan dengan garam.

Saturday, October 5, 2019

Ayam Butter (Pedas)

 Bahan-bahan:



  • ayam (diperap dengan garam, lada sulah dan telur putih)

  • tepung jagung

  • 4 ulas bawang putih (dicincang)

  • 7-9 tangkai cili api (dihiris nipis)

  • 3 tangkai daun kari

  • 2 sudu besar mentega

  • ½ tin susu cair/sejat

  • 1 sudu besar susu pekat manis

  • kiub pati ayam

  • sedikit gula dan garam


Cara-cara:


  1. Gaul isi ayam bersama tepung jagung dan goreng sehingga keperangan. Ketepikan.

  2. Cairkan mentega, kemudian tumis bawang putih hingga layu.

  3. Masukkan daun kari dan cili api. Tumis hingga naik bau.

  4. Masukkan susu cair dan susu pekat.

  5. Perasakan dengan garam dan pati ayam.

  6. Untuk pekatkan kuah, masukkan 1 sudu air tepung jagung.

  7. Masukkan ayam dan gaul sebati.

Thursday, October 3, 2019

Ayam Balado

 Bahan-bahan:



  • ayam (diperap dengan kunyit dan garam)

  • garam

  • gula

  • ½ inci asam keping

  • bawang hiris



Bahan kisar:
  •  1 biji bawang merah bombay

  • 2 ulas bawang putih

  • 15 batang cili merah

  • 10 batang cili padi hijau

Cara-cara:


  1. Goreng ayam yang diperap dengan kunyit dan garam. Ketepikan.

  2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.

  3. Masukkan garam, gula dan asam keping.

  4. Masukkan ayam yang digoreng bersama bawang yang dihiris.

  5. Kacau hingga bawang layu.

Wednesday, October 2, 2019

Ayam Sos Tiram

Bahan-bahan:



  • halia (dihiris)

  • bawang putih (dihiris)

  • bawang merah (dihiris)

  • cili besar merah (dihiris)

  • ayam

  • sedikit air

  • sos tiram

Cara-cara:


  1. Tumis halia bersama bawang putih, bawang merah dan cili besar merah hingga wangi dan layu.

  2. Masukkan ayam dan biar sekejap sehingga air ayam keluar.

  3. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.

  4. Masukkan sos tiram.

  5. Kacau dan biar mendidih.

  6. Apabila kuah sudah pekat, sedia untuk dihidangkan.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...