Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Thursday, September 10, 2020

Kari Dalca Daging





Bahan-bahan:-
  • Daging 1kg
  • bawang merah

  • bawang putih

  • halia

  • kunyit
bahan di atas hendaklah di mesin

  • 4 sekawan

  • daun kari

  • serbuk kari

  • cili giling

  • santan

  • air asam jawa

  • garam secukup rasa

  • kacang dal
  • kentang 

  • tomato

  • cili hidup

  • lobak merah


Cara-caranya:-

  1. Rebus dahulu daging. Rebusan pertama buang sebab takut hanyir daging tu. Basuh dan toskan. Sediakan air baru dan rebus daging tadi.

  2. Panaskan minyak. Masukkan 4sekawan dan daun kari.

  3. Masukkan bahan mesin, cili giling dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak.

  4. Masukkan daging yang telah di rebus empuk tadi

  5. Masukkan kacang dal. gaul rata

  6. Masukkan air rebusan daging tadi.

  7. Biarkan dahulu sebentar hingga mendidih

  8. Masukkan santan dan air asam jawa

  9. Kacau selalu dan bila dah mendidih barulah masukkan lobak merah dahulu

  10. kemudian kentang, cili hidup last sekali barulah tomato.

  11. Masukkan garam secukup rasa..

  12. Siap untuk di hidang bersama keluarga

No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...