Bahan-bahan :
- 4 biji telur,
- 1 sudu besar tepung,
- Boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,
- 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,
- Garam/cukup rasa.
Cara-cara :
- Kacau telur sampai semuanya sebati.
- Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
- Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
- Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.
- Nota : Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalan peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.
No comments:
Post a Comment