Showing posts with label rendang. Show all posts
Showing posts with label rendang. Show all posts

Friday, September 29, 2023

Rendang Daging Ibu Mertuaku

 

Rendang Daging


Assalamualaikum dan salam jumaat kepada kawan-kawan ku..Alhamdulillah siap juga rendang daging untuk bekalan suami ke tempat kerja. Pening siot hari-hari nak pikir masak apa. Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil. Makan pun budget2 macam daging ni sekilo tapi aku bahagi kepada 4 bahagian. Bak kata orang buat raso raso.. hahaha.. Jika malam nasi tinggal ngam2 aku tak makan. minum air je asalkan anak2 aku dan suami kenyang. Aku kat rumah keje mengunyah je. Tak rasa lapar. Temankan diaorg makan. Dulu boleh lah membazir nasi sekarang tak boleh wooo. Beras da mahal... Saya ulam. Beras da mahal... hahaha.. Dulu kalau nasi tak habis aku akan keraskan dan bawa balik rumah mummy. sini takde ayam nak bagi buat apa nak kenyangkan ayam orang sedang ayam sendiri ada.. hahahhahaa.. mesti korang ckp aku kedekut kan. aku tak kedekut tapi aku utamakan family dulu.. kan kan kan..

Daging ni mummy yang belikan . Terima kasih mummy selalu bagi macam2 untuk kami sekeluarga. Semoga mummy dan ayah di murahkan lagi rezeki.. amin...

Apalah amy ni membebel je.. mana resepinya. ok ok ni resepinya aku tak sempat buat video tapi beza rendang nenek jarah dgn mak mertua aku yelah nenek jarah letak kari. Mak mertua aku tak letak kari.. 

Bahan-bahan rendang daging
  1. Daging 250gram
  2. Bawang besar 1 1/2 biji
  3. Bawang putih 7 biji
  4. Halia 1 inci
  5. Kunyit hidup 1 inci
  6. Serai 2 batang potong halus
  7. Lengkuas 1 inci
bahan di atas kena blander sampai hancur

  • cili giling 1 senduk
  • santan 1 kotak kecik yang rm1 ada jual di pasaraya besar
  • daun kunyit hiris halus
  • daun limau purut hiris halus
  • kerisik
  • garam
  • serbuk perasa

Cara-caranya.

  1. Rebus daging sekejap dan air tu buang dan di gantikan baru. Tujuannya nanti daging tak bau hamis
  2. Rebus semula daging dengan air baru. guna pressure cooker daging cepat empuk
  3. Air daging jangan buang bila daging da empuk
  4. Ambil kuali dan tumis bahan bland tadi. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  5. bila da garing masukkan daging dan air daging. kacau lagi. bak kata khairul aming masukkan daun kunyit dan daun limau purut sikit bagi dia meresap ke daging selebihnya masuk kemudian
  6. Masukkan santan dan kerisik
  7. kacau lagi sampai masak. Rasa kalau tawar tambah garam lagi
  8. kemudian masukkan lebihan daun limau purut dan daun kunyit.
  9. Siap di hidang. Sedapnya..

Bawah ni resepi nenek jarah tak sama dengan mar mertua aku. beza ada serbuk kari daging je. itu je

Friday, February 28, 2020

Rendang Daging Cili Hijau

 


Bahan-bahan

  • 1 kg daging batang pinang

  • 250 ml santan

  • 2 sudu besar kerisik

  • Garam secukup rasa

  • 2 sudu besar gula melaka

  • 2 keping asam gelugor

  • 2 btng serai-di ketuk

  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus

  • 1/2 cwn minyak utk menumis

  • sedikit air jika perlu


Bahan (dikisar)

  • 4 batang serai-hiris halus

  • 1 inci halia

  • 1 inci kunyit hidup

  • 1 inci lengkuas

  • 30 biji cili padi hijau

  • 5 tangkai cili hijau

  • 6 biji bawang merah

  • 1 labu bawang besar

  • 5 ulas bawang putih


Cara-cara Menyediakan:


  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.

  2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.

  3. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.

  4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.

  5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.

  6. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, October 14, 2019

Rendang Ayam

 Bahan-bahan:



  • 1 ekor ayam

  • 1 labu bawang besar (dikisar)

  • 5 ulas bawang putih (dikisar)

  • 2 batang serai (dititik)

  • 1 sudu makan serbuk jintan putih

  • 1 sudu makan serbuk jintan manis

  • 1 biji santan

  • 2 asam keping

  • kerisik

  • gula melaka

  • garam

  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)


Bahan kisar:
  • 30 tangkai cili kering(rebus dulu)

  • 3 inci kunyit hidup

  • 3 inci halia

  • 3 inci lengkuas

Cara-cara:



  1. Panaskan minyak.tumis bawang blended & serai hingga naik bau.masukkan serbuk jintan putih & jintan manis.kacau rata

  2. Masukkan bahan kisar dan biar hingga pecah minyak.

  3. Masukkan ayam dan gaul rata.

  4. Masukkan santan dan kecilkan api. Tunggu hingga ayam masak.

  5. Masukkan kerisik, asam keping, gula melaka dan garam. Masak hingga rendang pekat/sedikit kering.

  6. .Tabur daun kunyit dan tutup api.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...