Showing posts with label ayam percik. Show all posts
Showing posts with label ayam percik. Show all posts

Sunday, July 9, 2023

Resepi Ayam Percik Dan Satay Ayam Dari Channel Rozek TV

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah semalam ada buat sikit bbq dengan ipar duai dan anak buah. Buat sendiri2 je jimat kos. Semua resepi aku copy dari channel Rozek Tv. Aku perap ayam dan satay ambil masa 2 hari. Alhamdulillah semua cakap sedap termasuk kuah ayam percik. 

Menu yang aku dan ipar duai sediakan untuk makan-makan ini adalah:-

  1. Ayam percik dari channel rozek tv
  2. Satay ayam dari channe; rozek tv
  3. Soto ayam dari channel che nom
  4. Tauhu sumbat dan sosnya dari kueh udang Alor Gajah
  5. Sambal tumis ikan bilis dari resepi che ana mak mertua aku
  6. Kuah kacang juga dari mertua aku- jika rajin nanti aku kongsikan yer.
Semua menu di atas licin bersih hahaha nampak nah resepi aku ikut bulat2 berjaya membuatkan orang makan sampai repeat berkali2.

Itu saja nak di kongsikan untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi ke blog ini









Monday, October 7, 2019

Ayam Percik

Bahan-bahan:


  • 1 ekor ayam (dipotong empat)

  • Bahan perap:
  • 1 biji bawang merah besar

  • 7-8 ulas bawang putih

  • 1 batang serai

  • 1 buku halia

Bahan kuah:


  • 1 biji bawang merah

  • bawang putih

  • 2 batang serai

  • 1 senduk nasi cili kering

  • ½ kotak besar santan (mengikut jumlah kuah yang diingini)

  • garam

  • gula

Cara-cara:



  1. Kisar bahan perapan ayam dan lumurkan pada ayam. Perap selama setengah jam.

  2. Untuk kuah, kisar semua bahan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

  3. Perasakan dengan garam dan gula.

  4. Masukkan ayam yang diperap ke dalam kuah sehingga setengah masak.

  5. Bakar ayam sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...