Bahan-bahan:-
Ikan mayong/ikan pelotan/ikan tongkol digoreng, kalau garing lagi sedap)
3 batang serai, dihiris nipis
3 ulas bawang merah, dihiris kasar
3 ulas bawang putih, dihiris kasar
2 inci halia, dihiris
1 sudu kecil halba campur
2 cawan cuka masak
1½ cawan air
sedikit garam,
gula dan
serbuk kunyit
2 sudu minyak masak
Untuk hiasan:
1 biji bawang besar dipotong taji
2 biji cili merah, dibelah tanpa putus
6 biji cili api, dibelah tanpa putus
Cara memasaknya:-
1. Ikan mayong, dibasuh dengan air campur tepung gandum bagi menghilangkan lendir-lendir dan kemudian dibasuh dengan limau kasturi, ditoskan. Ikan dikelar-kelar supaya bila goreng nanti tak meletup-letup dalam kuali, gaulkan garam kunyit dan goreng. Dah habis goreng letak dalam pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumis serai yang dihiris hingga kekuningan, masukkan halba campur hingga naik bau.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih yang dihiris agak kasar tu pun bagi sampai nampak layu.
4. Masukkan cuka serta 1½ cawan air dan serbuk kunyit. Biarkan kuah tu mendidih, kemudian masukkan ikan yang digoreng tu dan reneh dalam lebih kurang 10 min atau mendidih
5. Masukkan bawang besar, cili api serta cili masak yang dibelah, padam api dan taburkan garam secukup rasa.
Nota: -
Cuka ni kalau siapa tak tahan boleh buat pedih perut, jadi untuk naturalize masukkan sedikit gula tapi jangan terlalu banyak nanti jadi manis pulak

No comments:
Post a Comment