Bahan-bahan :-
* Bawang merah 8 biji
* Bawang putih 4 biji
* Kunyit seperti 1 biji bawang kecik
* Halia seperti 2 biji bawang kecik
Bahan di atas hendaklah di mesin
** Rempah kari ayam 3 senduk
** Cili giling 3 senduk
Masukkan dalam mangkuk dan dicampurkan dengan bahan mesin di atas.
-Bawang besar 3 biji
-Buah pala 5 biji
-Bunga Cengkir 10biji
-Pekak 3 biji
-Kayu manis 1biji
Bahan di atas hendaklah ditumis
-Ayam
-Santan
-Kentang
-Garam kasar
Cara-caranya :-
1. Ayam di potong kecil dan di bersihkan dan di tos.
2. Ambil kuali tumis bawang besar sampai garing di ikuti buah pala,pekak,cengkir dan batang kayu manis.
3. Kacau hingga kekuningan kemudian masukkan bahan yang dalam mangkuk tadi. Tumis sampai garing.
4. Dah garing masukkan air. Masukkan ayam dan biar masak seketika
5. Kemudian baru masukkan santan.
6. Bila ayam dah empuk masukkan pula kentang.
7. Siap di hidang.
No comments:
Post a Comment