Blog tentang menyediakan pelbagai resepi masakan tradisional, masakan barat, kek, dessert, petua, repair handphone, repair kereta, repair mesin jahit, dan lirit lagu
Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru
Alhamdulillah hari ini adalah awal Muharram bagi umat Islam. Semoga tahun baru ini penuh dengan barakah dan rahmat Allah untuk kita semua. Aamiin YRA.
Hari ini cuti.. jadi anak-anak ajak ayahnya pergi ke pantai. Rumah kami dekat je dengan pantai puteri dan Klebang dalam 10km. Jadi kalau bosan boleh lepak2 sana. Kalau lewat sikit memang penuh. Sebab tu orang dekat2 sini tak keluar Sabtu Ahad dan cuti sebab diaorg tahu mesti jem punya. Haha. Kami pergi awal pagi jadi tak ramai orang. Masa nak balik da start ramai. Selamat datang cepat. Anak2 aku pun kejap je bosan lepas main pasir da boring. Aku suruh
mandi diaorg taknak. Ombak kuat kot kebetulan air pasang.
Balik dari Pantai Puteri kami pun singgah ke Family Store beli sayur dan ikan sikit. Tengok waktu da tengah hari plan taknak masak. Singgah la beli lauk kat deret kedai Bukit Rambai untuk mak mertua aku. Mak mertua aku tak boleh lewat makan nanti gastrik. Aku suruh dia pilih lauk yang dia berkenan dan terus balik.
Sampai rumah aku terus masak untuk suami aku pulak. Lauk simple je sambal ikan bilis cili padi. Nak di katakan seminggu 4 kali aku masak lauk ni. Da jadi terror main campak-campak je bahan. Hahahahhaah. Dulu sebelum kahwin kejap2 tanya mertua betul tak bahan ni. Cukup tak. Sekarang tak payah di tanya dong dan expert terus.. kihkihkih. Berlagak seh Amy ni.
Bahan-bahan
Cili padi 1 mangkuk
Bawang merah dlm 5 ulas
Bawang putih dalam 7ulas
Ikan bilis segenggam. Separuh mesin separuh lagi masuk ketika menumis.
Cili giling 2 sudu untuk jadikan colour sambal tu menarik sebab cili padi colour hijau.
Serbuk perasa
Garam
Cara penyediaannya
Blend ke semua bahan kecuali ikan bilis yang separuh tu. Panaskan minyak dan tumis agak-agak nak masak masukkan ikan bilis, serbuk perasa dan garam secukupnya. Api masak jangan besar sangat nanti hangus. Kena kacau selalu sampai garing baru sedap.
Lauk ni je suami aku boleh tambah nasi sampai 3 pinggan. Aku tak la zalim. Aku buatkan ayam goreng tak pun telur dadar jika bekal ke tempat kerja. Da itu fav lauk kesukaan dia. Ikutkan je la.
No comments:
Post a Comment