Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Thursday, May 25, 2023

Masala Vadai Ikut Resepi Sugu Pavithra

  Assalamualaikum..


Hari ini macam rajin sikit la lepas laki aku pergi kerja. Rumah mertua aku ni kawasan kampung. Depan rumah dia ada jalan short cut jadi 2 hari sekali adalah india naik motor bawa ikan dan sayur jadi memudahkan aku untuk membeli barang pasar. Aku budak sawan da lama tak bawa kereta . Sedih teramatlah. Takpelah mungkin Allah suruh aku berehat dari dunia merempit.. hehehe..

Kita cerita apa tadi ek, lupa. Ooo pasal india bawa ikan tu. Aku tanya dia ikan apa bawa hari ini. sambil dia angkat aku ternampak kerang. Dalam kepala otak ni ingat nak masak sambal kerang. Aku pun beli sekilo dengan harga RM18. Perh punya la mahal. Tapi pesan arwah nenek jarah kalau kita terasa nak makan jangan tahan2 duit tu. Beli je. Tu sebab duit aku habis ke makan dan gemok.. hahahahaha

Hari ini mertua tak beli apa2, dia cakap ikan ada lagi dalam frezer. india tu pun blah. aku letak kerang dan tanya mil aku. masak sambal kerang eh. Mil aku pun cakap asyik sambal je. Abis tu mak nak masak rendang ke? Dia pun cakap ok juga. Jadi kami pun buat rendang kerang. Perh raya da abis tetap buat rendang... kih kih.

Ada masa aku share resepi rendang kerang ok. time tu aku tak terpikir pun nak record mil aku masak.

Lepas kemas dapur aku terperasan ada kacang dal , dalam kepala otak ni nak makan vadai. nie memang fav aku la. Da banyak kali aku buat. Orang dalam rumah ni pun cakap sedap. Aku tiru resepi sugu pavithra. 

Boleh tengok video ni. sedap tak sedap aku buat.. hehe .perasan



Bahan2nya.

kacang dal 1 cawan besar direndam semalaman

da basuh bersih ketepikan 3 sudu yang lain di blender.

-daun kari

-cili kering

-jintan putih

-kacang dal 3 sudu

-bawang merah

-cili padi

-garam secukup rasa


masukkan semua dan gaul. lepastu korang buatla petak bulat guna tangan. aku ni pemalas tu guna sudu je macam buat cekodok.. kih kih kih, janji sedap. kalau rupa cantik sedap takpela juga. hahaha. 

Boleh la try yer jika berminat.

Terima kasih kerana membaca . datang lagi yer

No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...