Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.
Malam tadi tak sempat nak update sebab da kepenatan kot. Malam tadi malam jumaat jadi laki aku dan mertua ke surau. Aku lak tak ikut maklumlah perempuan kan kan kan 🤫🤫🤫. Ayam ni aku da buat petang semalam perapkan dulu baru malam goreng. Dah dekat2 dia nak balik tu aku goreng la ayam dan panaskan nasi.
Lauk dia malam tadi macam biasalah kan sambal cili padi yang kemarin buat . Jika kita masak lama dan garing sambal tu tahan lama. Jadi sebagai menu tambahan aku goreng ayam. Asyik ayam kunyit je aku termimpikan Che nom terus aku tiru resepi dia. Tak tipulah semua resepi dia aku ikut menjadi.
Jika nak resepi real boleh tgok YouTube beliau Che Nom ayam goreng mamak.
Jika nak tengok resepi aku ikut Che nom boleh lihat bahan di bawah ini. Aku main campak-campak je. 😁😂
- Halia 2 inci dan 5 biji bawang putih kisar halus
- Tepung jagung
- 1 sudu Besar ketumbar
- 1 sudu Kecil jintan manis
- 1 sudu Kecil jintan putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk perasa
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 biji telur
- Perahan lemon sedikit
- Pewarna oren dan merah
- Daun kari yang banyak
- 1 ekor ayam kecik
No comments:
Post a Comment