Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua..
Pagi tadi menu breakfast kami roti canai dan sambal tumis ikan bilis. Hari ini laki aku taknak bawa bekal sebab tak sempat nak makan. Maklumlah hari Jumaat kena ke Masjid solat Jumaat. Balik dari kerja baru dia makan. Lagi pun dia cakap dia da kenyang makan nasi bertambah semalam. Dia cakap ayam goreng mamak aku buat sedap terasa daun kari..hehehe.
Petang semalam lepas aku perap ayam aku plan nak uli roti canai untuk breakfast hari ini. Jadi aku pun uli perap dan buat doh kecik2. Lepastu simpan dalam peti ais. Resepi kau godeh je dekat YouTube Che nom. Aku pun tiru lagi resepi dia. Hahaa. Aku ckp kat mak mertua aku, Amy da buat doh ni esok mak tebar yer. Dia pun ckp ok. Aku kena masak sambal tumis esok untuk cicah roti canai ni. Resepi aku pernah kongsikan dahulu. Boleh klik links kat bawah ni. https://resepi-nenek-jarah.blogspot.com/2022/10/sambal-tumis-ikan-bilis.html?m=1
Alhamdulillah roti canai tu menjadi. Laki aku cakap lembut kejadiannya. 😊😊😊. Bila kita masak sesuatu dengan ikhlas dan laki pun puji lagi rajin la aku nak memasak untuk dia.😆🫣😉.
Kita jumpa lagi yer kawan-kawan. Terima kasih baca blog aku yang tak berapa cantik ni.
No comments:
Post a Comment