Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Thursday, October 13, 2022

Sambal Sotong

 Bahan-Bahannya:-


#Sotong Kering di rendam seketika.. Biar dalam 1-2jam

-Bila dah rendam, siang sotong tu dan potong ikut korang. cuci sotong kering tu dan selawat




--------------------------------------------------------------------------------------------

#Bawang merah  10biji.
#Bawang putih  4biji
#Sedikit halia
#Sedikit kunyit hidup
#Sedikit belacan

Bahan-bahan ini hendak di mesin dengan sedikit air.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

#Cili giling dalam 5 sudu besar. (Jika nak pedas tambahlah lagi)
#Air asam jawa segengam
#Garam secubit
#Gula 2-3 sudu besar
#Air
#Minyak masak


Cara-caranya.


1. Rebus sotong kering dengan air sehingga empuk. Jika belum empuk tambah air lagi.




2. Sementara tunggu sotong kering empuk boleh la kita menumis. Masukkan bahan-bahan mesin tadi ke dalam minyak panas.


3. Masukkan juga cili giling dan kacau bagi sekata


4.Masukkan secubit garam



5.Kacau bagi sekata dan sampai sambal garing atau pecah minyak.


6. Bila sotong sudah empuk bolehlah masukkan sotong tadi bersama air lebihan rebusan ke dalam sambal


7.Kacau bagi sekata. Letak air lagi jika sotong masih liat.



8. Bila sambal sudah kering bolehlah masukkan air asam jawa





9.Masukkan 2-3 sudu gula



10.Kacau bagi sekata. Time ni boleh rasa jika kurang manis atau tawar. Pandai2 adjust eh.

11. Siap di hidang




Jemput makan yer


No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...