Showing posts with label ayam goreng. Show all posts
Showing posts with label ayam goreng. Show all posts

Friday, July 21, 2023

Ayam Goreng Stail Mamak

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


 Malam tadi tak sempat nak update sebab da kepenatan kot. Malam tadi malam jumaat jadi laki aku dan mertua ke surau. Aku lak tak ikut maklumlah perempuan kan kan kan 🤫🤫🤫. Ayam ni aku da buat petang semalam perapkan dulu baru malam goreng. Dah dekat2 dia nak balik tu aku goreng la ayam dan panaskan nasi. 


Lauk dia malam tadi macam biasalah kan sambal cili padi yang kemarin buat . Jika kita masak lama dan garing sambal tu tahan lama. Jadi sebagai menu tambahan aku goreng ayam. Asyik ayam kunyit je aku termimpikan Che nom terus aku tiru resepi dia. Tak tipulah semua resepi dia aku ikut menjadi. 


Jika nak resepi real boleh tgok YouTube beliau Che Nom ayam goreng mamak. 


Jika nak tengok resepi aku ikut Che nom boleh lihat bahan di bawah ini. Aku main campak-campak je. 😁😂

  • Halia 2 inci dan 5 biji bawang putih kisar halus
  • Tepung jagung
  • 1 sudu Besar ketumbar
  • 1 sudu Kecil jintan manis
  • 1 sudu Kecil jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 biji telur
  • Perahan lemon sedikit
  • Pewarna oren dan merah
  • Daun kari yang banyak 
  • 1 ekor ayam kecik
Campurkan semua bahan tersebut dan kacau sampai rata . Lepastu curahkan dalam ayam dan perapkan semalaman. Gerenti sedapla. 


Maaf kuali tak lawa. Aku malas nak guna kuali besar sebab gorengkan ayam dia je. Aku malam tak makan diet.🤫😂. Sapa nak sponsor kuali di persilatan. Hahahahah.





Thursday, August 13, 2020

Nasi Ayam Nenek Jarah

 Nasi Ayam


 








Bahan-bahannya:-


Rebus ayam dahulu



Air rebusan ayam





guna sukatan cawan dan ikut arahan plastik beg beras basmathi
Saya masak 4 cawan beras basmathi dan 4.4 cawan rebusan air ayam.



basuh beras sehingga bersih dahulu dan rendam sekejap dengan air biasa.




 bawang putih dalam 8biji, halia, serai 2 batang
bahan ini hendaklah di mesin



 Panaskan minyak dalam periuk nasi karen di atas dapur gas


tumis bahan mesin tadi 


masukkan 2 kiub ayam




masukkan daun pandan



 masukkan garam kasar sedikit dan tumis sehingga pecah minyak



 ambil 4.4 cawan air rebusan air ayam dan masuk dalam bahan tumis tadi



 kemudian masukkan nasi yang di rendam tadi. 
dan masukkan periuk nasi dalam periuk karen dan tekan cook.



tadaa.. siap nasi ayam kita. 








Ayam Goreng Sedap Punya 



Bahan-bahannya:-


sos tiram, kunyit, serbuk lada hitam
ikut banyak mana ayam yang kita goreng.




gaul rata




 perap ayam dan goreng.









Sos Nasi Ayam .



Bahan-bahannya:




Mesin cili hidup , bawang putih, limau kasturi. 
Limau kasturi mesin skali dgn kulit2nya hanya biji sahaja buang dahulu.



Sedikit air, sos cili, sos tomato, gula, garam dan masukkan bahan mesin




Kacau bagi rata. Masak tanpa gunakan minyak. kacau sampai mengelegak. Rasa ikut kepedasan masing-masing. 







Sup Nasi Ayam


Bahan-bahannya:-


Bawang putih, bawang merah, halia




Serbuk jintan manis, ketumbar




 Mesin bawang putih, bawang merah, halia dan gaul dgn jintan manis dan ketumbar




Panaskan minyak tumis bahan di atas sehingga naik bau.



 masukkan air rebusan ayam tadi ikut banyak mana nak. dan masukkan sedikit 
serbuk perasa dan garam




Siap di hidang... Selamat mencuba...

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...