Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Monday, December 12, 2022

Tomyam Seafood Bukit Rambai Gerenti Tambah Nasi

  Assalamualaikum hari ini tak berapa sihat. Jadi kesimpulannya masak makanan yang boleh mengeluarkan peluh. Pilihan saya adalah Tomyam. 

Saya tak larat nak amik video . Jadi saya tunjuk gambar 2 keping sahaja.




 

Bahan mesin:-
Bawang besar 1 1/2 biji
Bawang putih 4 biji
Cili padi 6biji (jika nak pedas berapi tambah la lagi)

Sayur:-
Bunga kobis
Carrot 
Buah tomato 🍅

Serai
Daun limau 4keping (amik daun saja siat2)
Limau kasturi 5 biji (perah dan amik air sahaja. Biji buang)
Pes tomyam 3 sudu besar
Serbuk perasa 1 sudu besar

Udang 
Sotong
Ketam

Cara penyediaannya:-

Mesin bahan mesin tadi kemudian tumis sampai keluar minyak, masukkan pes tomyam Thai tgok pada gambar di atas. Kacau dan campakkan serai. Kacau lagi. Da nampak garing sikit baru la letakkan air dalam 3 cawan. Bila da mendidih masukkan la sayur-sayuran, udang , sotong , ketam, daun limau ,air limau kasturi, serbuk perasa. Da empuk sayur tu tutup api dan letak la buah tomato 🍅 saya letak last takut tomato kecut.

Siap di hidang 















2 mangkuk dapat. Puas menghirup jap lagi. Makan dengan 🍚 nasi panas. Perh...

Selamat mencuba✌️✌️

No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...