Bahan-bahannya:-
Bawang besar
Bawang Putih
Kunyit
-bahan di atas hendaklah di mesin
4 sekawan ( kayu manis, bunga cengkir, buah pelaga, pekak)
Daun kari
Serai
Kentang
Rempah serbuk kari 2 sudu besar
Kunyit 1 sudu kecil
halba 1 sudu besar
Cili giling 1 sudu besar
1 biji kelapa.
Panaskan minyak, masukkan halba dan bahan mesin tumis hingga pecah minyak
Masukkan serbuk kari yang telah di campur air di dalam mangkuk tadi , sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan 4 sekawan. kacau bagi empuk daging
Bila daging dah empuk, boleh la masukkan santan kelapa, serai , kentang, daun kari dan biarkan mendidih. Rasa dan tambah jika garam kurang. Siap di hidang.
No comments:
Post a Comment