Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Friday, August 28, 2020

Tauhu Goreng Singapore Yang Terbaik!!!

Assalamualaikum


hai.. bertemu lagi kita hari ini.. hari yg baik hari jumaat. hari ini ada rewang depan rumah bagi kaum perempuan jadi esok ada kerja kahwin la.. Tengah pikir nak masak apa jadi saya pun bercadang masak simple-simple sebab mak mertua dah tentu pergi depan rewang ada makan-makan kan.. yang saya ni hahahaha.. kena cari makan sendiri.. Jadi Tauhu Goreng Singapore jd pilihan di hati. Lauk suami da ada da semalam buat ada lebih hari ini panaskan.. Lauk kesukaan dia Sambal Ikan Bilis.



Jom kita mulakan


Bahan-bahan :
  1. bawang putih dicincang

  2. cili padi di cincang

  3. gula pasir

  4. gula merah

  5. air asam jawa

  6. kicap masin

  7. kacang tanah

  8. tauhu goreng

  9. taugeh

  10. timun



Cara-caranya:-
  1. Blender kacang tanah yg telah di goreng hingga halus.

  2. satukan di dalam bekas.

  3. campur ke semua bahan bawang putih, cili padi, kicap masin, gula pasir, gula merah dan air asam jawa.

  4. gaul sampai rata. Jika pekat tambah air. Ikut citarasa korang.

  5. Goreng Tauhu dan potong kecil. satukan atas pinggan dan letakkan taugeh dan timun

  6. tuang kuah di atasnya.

  7. siap di hidang.


Tak paham.. saya da siapkan video untuk korang.. Jangan lupa subscribed yer.. 


No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...