Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Wednesday, March 4, 2020

Paprik Sayuran Campur

Bahan-bahan :



2 biji terung – dipotong memanjang


1 biji lobak merah – dipotong


4 batang jagung muda – dipotong


10 biji kacang panjang / buncis secukupnya – dipotong serong memanjang


Sedikit isi udang (jika suka)


1 sudu kecil chilli flakes


½ sudu kecil lada sulah


2 sudu besar sos cili Maggi®


½ sudu besar sos tiram Maggi®


2 ulas bawang putih – diketuk


1 ulas bawang besar – dibelah tebal


1 helai daun limau purut


3 sudu besar minyak masak


Maggi® CukupRasa™ secukupnya




Cara-cara :


Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.


Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.


Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air.


Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah.


Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap.


Masukkan terung goreng. Kacau rata


Tabur Maggi® CukupRasa™ keatasnya. Kacau sebati


Tutup api dan siap!

No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...