Showing posts with label asam pedas. Show all posts
Showing posts with label asam pedas. Show all posts

Tuesday, September 26, 2023

Asam Pedas Turun Temurun Di Gemari Ramai



Bahan-bahan:


* Bawang Merah   6 biji
* Bawabg Putih     3 biji
* Belacan                hujung jari
* Kunyit                 hujung jari
* Halia                     hujung jari
Bahan di atas hendaklah di mesin dahulu

Biji Sawi                 1/2 sudu kecik
Biji herba                1/2 sudu kecik
Daun kesum
Lada hitam
Cili giling                 ikut kepedasan
Air asam jawa          sedikit
serai                       2 batang diketuk
Garam kasar

Cara-cara memasak:
Tumiskan bahan mesin tadi berserta biji sawi dan herba. kacau bagi sekata. Kemudian masukkan pula cili giling ikut pedas masing-masing. Kacau lagi dan kemudian masukkan lada hitam. Bila dah garing bahan yang ditumis tu keluar minyak masukkan air asam serta garam. Lepastu masukkan ikan dan terung..Masuk air ikut suka sama ada pekat atau cair.

Siap di hidang.

selamat mencuba



Monday, October 24, 2022

Asam Pedas Bukit Rambai Tersedap

  

 

Bahan-bahannya:-

Bawang Besar
Bawang Putih
Kunyit
Halia


Biji sawi 1 sudu besar
Jintan manis 1 sudu




Asam jawa segengam.


Halba 1 sudu besar




cili giling dalam 2 sudu besar

Daun kari



Cara-caranya:-


Mesin cili giling, bawang besar, bawang putih, kunyit, halia, biji sawi , jintan manis hingga lumat






Panaskan minyak dalam periuk dan tumis 1 sudu besar halba




Kemudian masukkan bahan mesin ke dalam periuk kacau hingga pecah minyak



Masukkan sedikit garam



Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih. 




Masukkan Ikan kembung


Masukkan ikan dan daun kari ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Masa ni umah saya tiada bendir jadi ikan sahaja yang ada.. hehehe



 Siap di hidang...

 

Monday, April 6, 2020

Asam Pedas Ikan Pari

 Bahan-Bahannya:-

2 potong ikan pari (dipotong kecil seperti gambar dibawah)

5 tangkai daun kesum (dibersihkan dan ambil daunnya)
2 batang bunga kantan (dibelah 4)
2 batang serai (diketuk)
10 batang bendi (dipotong 2)
1 sudu kecil pes asam jawa
2 senduk cili kering (yang telah dikisar)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit minyak masak
sedikit gula melaka
sedikit air limau nipis
sedikit air
garam secukupnya



Cara-caranya:-

1. Potong ikan pari seperti saiz diatas dan lumurkan dengan air limau nipis kemudian cuci bersih dan toskan.  (Bonde lebih suka potong saiz kecil macam dalam gambar diatas mudah untuk dimakan).

2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan cili kering goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, halia, dan serbuk kunyit dan kacau hingga garing, masukan pes asam jawa bersama air dan biarkan ia mendidih hingga menggelegak kacau pelahan hingga pecah minyak.

3. Lepas tu masukan ikan pari, bendi, daun kesum, bunga kantan, serai garam, gula, air limau nipis dan kacau perlahan dan biarkan hingga mendidih seketika.

4. Dengan menggunakan api perlahan kacau pelahan hingga sayur kelihatan layu atau sayur telah lembut. 

5. Asam pedas siap untuk dihidangankan, jangan lupa.. hidangkan asam pedas bersama nasi panas, telur masin dan juga hirisan timun.

Friday, October 11, 2019

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan:


  • minyak

  • 1 sudu halba

  • daun limau purut

  • bawang merah (dikisar)

  • bawang putih (dikisar)

  • halia (dikisar)

  • kunyit hidup (dikisar)

  • 2 senduk cili kering kisar

  • air asam jawa

  • ayam (dibasuh bersih)

  • garam

Cara-cara:



  1. Panaskan minyak dan tumis halba sehingga wangi.

  2. Masukkan daun limau purut.

  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup yang dikisar.

  4. Masukkan cili kering kisar.

  5. Tumis hingga garing.

  6. Masukkan air asam jawa.

  7. Boleh tambah air bahan kisar.

  8. Masukkan ayam, tutup kuali dan tunggu sehingga masak.

Monday, January 28, 2013

Asam Pedas Nenek Jarah

  

Bahan-bahan:



* Bawang Merah   6 biji

* Bawabg Putih     3 biji

* Belacan                hujung jari

* Kunyit                 hujung jari

* Halia                     hujung jari

Bahan di atas hendaklah di mesin dahulu



Biji Sawi                 1/2 sudu kecik

Biji herba                1/2 sudu kecik

Daun kesum


Lada hitam

Cili giling                 ikut kepedasan

Air asam jawa          sedikit

serai                       2 batang diketuk

Garam kasar



Cara-cara memasak:

Tumiskan bahan mesin tadi berserta biji sawi dan herba. kacau bagi sekata. Kemudian masukkan pula cili giling ikut pedas masing-masing. Kacau lagi dan kemudian masukkan lada hitam. Bila dah garing bahan yang ditumis tu keluar minyak masukkan air asam serta garam. Lepastu masukkan ikan dan terung..Masuk air ikut suka sama ada pekat atau cair.



Siap di hidang.



selamat mencuba

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...