Wednesday, November 15, 2023

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi

 Bahan-bahan :-




* Bawang merah     4 biji (kalau nak sedap tambah lagi)


* Cili hidup            2 biji


* Cili padi              15 biji (Kalau nak pedas tambahlah lagi) saya tak makan pedas...


* Belacan               seperti 3 biji bawang kecik


* Kunyit                seperti 1 biji bawang kecik



Bahan di atas hendaklah di mesin.



* Ikan bilis             segengam



Bahan di atas mesin sekejap sahaja jangan hancur sangat.



-1 biji kelapa



Mesin kelapa untuk dapatkan santan. 


- 3 keping asam keping



- Pucuk ubi


-Tak guna minyak masak pun...





Cara-caranya :-


1.Pucuk ubi tua rebus dahulu baru masukkan yang muda. Dah rebus air itu buang. Basuh pucuk ubi dan perah.


2. Mesin dahulu bahan-bahan mesin di atas sampai hancur dengan sedikit air kecuali ikan bilis. Dah hancur baru masukkan ikan bilis dalam mesin. Mesin sekejap sahaja.


3. Dah selesai mesin masukkan ke dalam periuk yang di letakkan 1 mangkuk air di ikuti asam keping..Masuk kan pucuk ubi yg da di perah tadi.. Mendidihkan sekejap pucuk ubi  tu lepastu baru masukkan santan. Jaga santan tu jangan sampai membuak. Bubur garam kasar. Rasa kalau tak ok tambah lagi garam.



4. Masak dengan api sederhana sahaja.. Sambil-sambil  tu bolehlah goreng ikan sebagai menu tambahan...haha..


5.Siap di hidang.

Tuesday, November 14, 2023

Lirik Bukan Sekadar Lafaz - Wanna Ali & Aiman Ismail

 (LELAKI)

Cuba kau fikir saja dahulu Atas keputusanmu untuk mencintaiku Kernaku hanya insan biasa Aku takut kau menyesal nantinya (PEREMPUAN) Aku sangat tulus mencintaimu Aku tak peduli siapa dirimu Yang aku mahu hanya dirimu Kasih sayangku hanya untukmu (LELAKI) Aku hanya insan biasa Hidup kita sangat berbeza Kau bagaikan langit Ku bagaikan bumi Aku takut jika nanti kau tak bahagia (PEREMPUAN) Aku mahu menerimamu Atas segala kekuranganmu Tulus kesetianmu itulah bahagiaku Ku mencintaimu apa adanya (LELAKI) Ku takut kau kan sengsara Hidup denganku insan tak punya (PEREMPUAN) Ku yakin ku kan bahagia Hidup denganmu penuh cinta (LELAKI) Aku hanya insan biasa Hidup kita sangat berbeza Kau bagaikan langit Ku bagaikan bumi Aku takut jika nanti kau tak bahagia (PEREMPUAN) Aku mahu menerimamu Atas segala kekuranganmu Tulus kesetianmu itulah bahagiaku Ku mencintaimu apa adanya (PEREMPUAN & LELAKI) Cinta tak memandang rupa Cinta tak memandang harta Cinta ini tulus untukmu (PEREMPUAN) Aku mahu menerimamu Atas segala kekuranganmu (LELAKI) Kau bagaikan langit Ku bagaikan bumi Aku takut jika nanti kau tak bahagia Aku hanya insan biasa Hidup kita sangat berbeza (PEREMPUAN) Tulus kesetianmu itulah bahagiaku Ku mencintaimu apa adanya (LELAKI) Cuba kau fikir saja dahulu Atas keputusanmu untuk mencintaiku…..

Ikan Pari Masak Lada

 Bahan- Bahan :-




-Ikan pari di bersihkan dan direndam dengan air beras untuk buang hanyih dia.



- Ambil suku kelapa yang telah di kopik. Bakar kelapa tersebut. Dah hangus kikis dan mesin kelapa tersebut sampai hancur. Asingkan



* Bawang merah  6 biji

* Bawang putih   4 biji

* Kunyit             hujung jari

* Halia                seperti 1 biji bawang kecik

* Belacan            seperti 3 biji bawang kecik

Bahan di atas hendaklah di mesin.



*Bawang besar     2 biji

*Pekak                 3 biji

Bahan di atas hendaklah di tumbuk.



- Serbuk ketumbar   2 sudu besar

- Jintan manis          1 sudu kecil

- Jintan putih           1 sudu kecil

- Cili giling               8 sudu besar

Letak dalam mangkuk



garam kasar dan serbuk perisa

air asam jawa




Lepastu letak terung.



Cara-caranya:-



1. Tumiskan bawang yang telah di tumbuk bersama pekak tadi.



2. Dah garing masukkan bahan-bahan yang telah di mesin tadi dan bahan dalam mangkuk tadi.



3. Biar sampai garing. Kemudian masukkan kelapa bakar yang telah di mesin tadi dan air asam jawa       dan ikan pari.



4 .Masukkan air ikut pekat mana korang suka dan terung yang telah di potong.



5. Masukkan garam kasar 1 gengam dan serbuk perasa sedikit.



6. Siap di hidang













Monday, November 13, 2023

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai

 Bahan-bahan :-



* Bawang merah   4 biji

* Bawang putih    2 biji

* Kunyit               seperti 1 biji bawang kecik

* Halia                  seperti 1 biji bawang kecik

* Cili Hidup         3 biji

* Cili Padi            30 biji



Bahan di atas hendaklah di mesin.



- Serai

- Santan 1 biji

- Rebung

- Daging Salai




Cara-caranya :-



1. Masukkan barang mesin ke dalam periuk tanpa minyak.



2. Potong dadu daging salai itu dan masukkan dalam periuk tadi.



3. Tumis sampai daging meresap.



4. Masukkan garam dan serbuk perisa.



5. Masukkan santan dan serai



6. Jaga santan tu jangan sampai membeku



7. Masukkan rebung



8. Siap di hidang

Sunday, November 12, 2023

Sambal Goreng Singapore

 Bahan-bahan :-




# Udang                 1 kilo

# Tauhu                 6 keping              

# Tempe                6 keping

# Bawang besar     6 biji di hiris

# Cili hidup           6 biji di hiris

# Hati



Goreng bahan di atas 1 persatu. Udang goreng last.



* Bawang merah   9 biji

* Bawang putih    3 biji

* Halia                  seperti 4 biji bawang kecik

* Serai                   4 batang

* Belacan               seperti 2 biji bawang kecik



Bahan di atas hendaklah di mesin



- Cili giling              6 sudu

- Lengkuas              seperti 4 biji bawang kecik. Hiris halus-halus

- Santan                   1/2 biji kelapa

- Air asam jawa         sedikit

- Air gula melaka (masak gula melaka dengan air dan tapis)  dan gula pasir

- Garam



Cara-caranya :-




1. Tumiskan lengkuas yang telah di iris tadi sampai garing.



2 Masukkan bahan mesin di ikuti cili giling.



3. Dah pecah minyak masukkan santan.



4. Kacau bagi sekata.



5.Masukkan air asam jawa



6. Kacau lagi bagi sekata.



7. Masukkan air gula melaka dan gula pasir . Rasa dan tambah ikut suka korang



8. Masukkan garam.



9. Kacau sehingga semuanya sekata.



10. Masukkan semua bahan yang telah di goreng tadi dan gaul sampai rata.




11. Siap di hidang










Friday, November 10, 2023

Kek Gula Hangus

 Bahan-bahan :-


1 cawan gula pasir

1 cawan air panas

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu pekat F&N

(nak lain pun boleh tapi F&N juga sedap, sedap masa buat teh tarik nek  jarah..hehehe)

2 sudu kecil soda bikarbonat

4 biji telur

2 sudu besar mentega




Cara-cara :-



1. Masak dahulu gula dengan api yang sederhana hingga cair.



2.Masa gula dah cair masukkan air panas. (Time nie hati-hati yer takut menyembuh kena tangan)



3.Kemudian masukkan mentega dan matikan api gas. Kacau bagi rata. Sejukkan dan ketepikan dahulu.



4. Pukul telur hingga kembang dan pekat.



5. Masukkan susu 1 cawan tapi 1 cawan tu agak manis. Jangan penuh sangat ar. kalau korang kuat manis silakan letak 1 cawan penuh.hehehe



6.Pukul lagi bagi sekata.. Kemudian masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Sebatikan.




7.Dah sekata bolehlah di campurkan gula hangus tadi. kacau dengan senduk hingga sekata.



8. Perap adunan tadi 3-4 jam. ( Sebab perap untuk dapatkan bentuk sarang)



9. Dah perap.. sapukan sedikit mentega bagi sekata dekat loyang tu. Jangan banyak sangat nanti berminyak. Sebab kena letak takut nanti bila kek dah masak ia melekat dari loyang.



10. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam dalam oven.










### Masuk nie dah puluhan kali buat kek nie..SEdap!!!



##### Di ambil dari chetam myresepi.

Thursday, November 9, 2023

Sotong Goreng Tepung

 Bahan-bahan :-



* Sotong potong ikut suka

- (Basuh dan toskan)

* Tepung beras             4 sudu besar

* Tepung gandum         3 sudu besar

* Tepung goreng ayam  3 sudu besar (yang dalam kotak tu ada tulis KFC ke,

                                                            Tepung goreng ayam ke. Amik yang spicy)

* Lada hitam                  1 sudu kecil

* Garam                         1/2 sudu kecil



Bahan di atas hendaklah di gaul sekata.



* 1 biji telur

* secubit garam

* secubit kunyit.




Bahan di atas hendaklah di kacau.



Cara-caranya :-



1. Gaulkan sotong tadi dengan telur yang telah di kacau dengan garam dan kunyit.



2. Kemudia ambil sotong tersebut dan celup dengan tepung yang di gaul sekata tadi. Kalau taruk dalam besen tutup dengan pingan, goncang-goncang kan besen tersebut. Biar tepung tu sekata dengan sotong.



3. Masa nak goreng tu biar api betul-betul panas. Dah masuk terus sederhanakan api. Terbalik-balik kan jangan sampai hangus.



4. Siap di hidang.. Sungguh ranggup sekali.



* Resepi ini pernah di buat malam BBQ bulan 12.. Siapa yang ada masa itu tahu kot. Licin sekelip mata..hahahha.



* Resepi ini juga boleh di guna pakai untuk mengoreng ayam dan udang.

* Goreng ayam tu biar lama sikit takut dalam tak masak.. Guna minyak yang banyak ok.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...