Bahan-bahan :-
* Bawang merah 4 biji (kalau nak sedap tambah lagi)
* Cili hidup 2 biji
* Cili padi 15 biji (Kalau nak pedas tambahlah lagi) saya tak makan pedas...
* Belacan seperti 3 biji bawang kecik
* Kunyit seperti 1 biji bawang kecik
Bahan di atas hendaklah di mesin.
* Ikan bilis segengam
Bahan di atas mesin sekejap sahaja jangan hancur sangat.
-1 biji kelapa
Mesin kelapa untuk dapatkan santan.
- 3 keping asam keping
- Pucuk ubi
-Tak guna minyak masak pun...
Cara-caranya :-
1.Pucuk ubi tua rebus dahulu baru masukkan yang muda. Dah rebus air itu buang. Basuh pucuk ubi dan perah.
2. Mesin dahulu bahan-bahan mesin di atas sampai hancur dengan sedikit air kecuali ikan bilis. Dah hancur baru masukkan ikan bilis dalam mesin. Mesin sekejap sahaja.
3. Dah selesai mesin masukkan ke dalam periuk yang di letakkan 1 mangkuk air di ikuti asam keping..Masuk kan pucuk ubi yg da di perah tadi.. Mendidihkan sekejap pucuk ubi tu lepastu baru masukkan santan. Jaga santan tu jangan sampai membuak. Bubur garam kasar. Rasa kalau tak ok tambah lagi garam.
4. Masak dengan api sederhana sahaja.. Sambil-sambil tu bolehlah goreng ikan sebagai menu tambahan...haha..
5.Siap di hidang.
No comments:
Post a Comment