Wednesday, November 8, 2023

Rojak Bandung Singapore

 


Bahan-Bahan




# Tauhu goreng dipotong sembilan

# Timun di iris

# Sotong kembang di rebus sekejap dan di iris

# Telur Rebus

# Sayur Kangkung di rebus sekejap





___________________________________________________________________________



* Cili giling dalam 6 sudu besar

* Tomato sos 1/2 botol (jenama life)

* Cili Sos 1/2 botol (jenama life)

* Gula melaka secawan di masak dengan air dan tapis.

^Kacang kisar secawan ( kalau suka pekat boleh tambah)

^Bijan yang telah di goreng

^Secubit Garam





Cara-cara:




1. Satukan cili giling , tomato sos, cili sos dan gula melaka (telah di masak dan di tapis) sehingga mengelegak.



2. Masukkan kacang kisar dan kacau..



3. Masukkan secubit garam dan kacau lagi..



4. Rasa kalau kurang manis tambah gula lagi, kalau kurang pedas tambah cilisos, kalau kurang masam tambah tomato sos lagi.. tambah ikut selera memasing..



5. Dah ok masukkan bijan.



6. Siap di hidang.. sedapnya..dah lama tak makan..



Tuesday, November 7, 2023

Kek Span Pandan


#Tepung super fine                     150 gram

# Gula pasir                               150 gram

# Baking powder                        1 sudu kecik

# Ovallete                                  1 sudu besar

# Telur                                      5 biji

# Esen Vanila                             hujung sudu kecik



Satukan dalam mesin mixer dan putar pada kelajuan yang tinggi sehingga gebu..


* Daun Pandan                           80ml  -5 Helai dimesin dan di tapis.. amik air sahaja..

-masa mesin secawan air sahaja..

*Pes Pandan                               1 sudu

* Pewarna hijau



Pelahankan kelajuan mixer dan masukkan bahan di atas sedikit demi sedikit..



Dah sebati tutup mixer dan masukkan 80 ml minyak kacau pakai senduk



Masukkan dalam loyang kek dan bakar dalam 160'C selama 1jam.




* Nak tahu kek masak atau tidak cucuk dengan lidi.. jika tidak melekat bermakna kek sudah masak..



Keluarkan kek dan terbalikan loyang supaya kek tidak kecut















Monday, November 6, 2023

Sambal Udang Simple

 Bahan-bahan :-



-Bawang merah   6 biji

-Belacan            seperti 3 biji bawang kecik

Mesin bahan di atas



-Cili giling            1/2 mangkuk


-Air asam jawa

-Garam

-Gula



Cara-caranya:-



1. Tumis barang mesin dan cili giling sampai garing.



2. Dah garing taruk udang air asam, garam dan gula.




3. Siap di hidang.

Sunday, November 5, 2023

Aiskrim Oreo Vanilla

 


# Susu dutch lady full cream      1 kotak kecik

# Susu Pekat f&n                      1/2 tin ( saya kurangkan sebab tak kuat manis)

# Ovalette                                 1 sudu besar

# Esen Vanila                             1/2 sudu kecik





Blend semua di atas sampai gebu





# Oreo vanilla                            1 packet (dihancurkan)



Gaul bahan mesin dengan oreo vanilla yang telah di hancurkan.. dan tuang dalam bekas aiskrim.



Masukkan dalam peti ais



Saturday, November 4, 2023

Telur Bistik

 Bahan-bahan Sos



Bahan A.

# Bawang bombay   1 biji potong dadu

# Bawang Merah     2 biji potong dadu

# Bawang Putih        2 biji cincang halus

# Halia                     1/2 hujung jari cincang halus

# Cili padi                 7 biji cincang halus




Bahan B

# 1 sudu Sos Tiram Adabi

# 1 kiub ayam

# Daging Cincang suka hati banyak mana...

# 1 cawan air



Bahan C

# 1 sudu Sos Tomato jenama Life

# 3 sudu Sos Cili jenama Life

# Sos ikan 1 sudu kecil

# 1/4 cawan mix vegetable ( carrot, jagung, kacang pis)




Bahan telur



*Telur 4 biji kacau

*Mayonis 1 sudu besar

*Lada Hitam sedikit



Cara-cara :-


Panaskan minyak dahulu dalam 5 sudu besar.. Masukkan Bahan A dan tumis sehingga layu dan haruman naik.. Kemudian masukkan Bahan B kacau rata sehingga daging empuk.. Kemudian barulah masukkan bahan C.. Ketepikan



Kacau telur ,mayonis dan lada hitam bagi sekata dan goreng . Sesudah itu barulah angkat dan letak dalam piring dan tuangkan sos ke atas telur..



Selamat mencuba





Thursday, November 2, 2023

Masak Lemak Cili Padi Ikan & Sayur Kacang Panjang

 Bahan-bahan :-





* Bawang merah     4 biji (kalau nak sedap tambah lagi)


* Cili hidup            2 biji


* Cili padi              15 biji (Kalau nak pedas tambahlah lagi) saya tak makan pedas...


* Belacan               seperti 3 biji bawang kecik


* Kunyit                seperti 1 biji bawang kecik



Bahan di atas hendaklah di mesin.


* Ikan bilis             segengam


Bahan di atas mesin sekejap sahaja jangan hancur sangat.



-1 biji kelapa


Mesin kelapa untuk dapatkan santan. 


- 3 keping asam keping

-Suka hati ikan apa yang korang nak masak.

- Kacang panjang

-Tak guna minyak masak pun..




Cara-caranya :-


1. Mesin dahulu bahan-bahan mesin di atas sampai hancur dengan sedikit air kecuali ikan bilis. Dah hancur baru masukkan ikan bilis dalam mesin. Mesin sekejap sahaja.


2. Dah selesai mesin masukkan ke dalam periuk yang di letakkan 1 mangkuk air di ikuti asam keping..Masuk kan ikan dan kacang panjang.. Mendidihkan sekejap ikan dan kacang panjang tu lepastu baru masukkan santan Jaga santan tu jangan sampai membuak. Bubur garam kasar. Rasa kalau tak ok tambah lagi garam.


3. Masak dengan api sederhana sahaja.. Sambil-sambil  tu bolehlah goreng ikan sebagai menu tambahan...haha..


4.Siap di hidang.




Wednesday, November 1, 2023

Sotong Masak Ala-Ala Restoran Mamak

 Bahan-bahan :-




-Sotong 1 Kg 1/2 di buang kulit dan di belah 2

-Cili padi dalam 10 biji (Jika nak pedas tambah lagi)

-Bawang besar 1 biji

-Bawang Putih 2 biji

-Halia 1/2 inci

-Lada hidup merah 4 biji

-Lada hidup hijau 2 biji



Bahan-bahan di atas hendaklah di iris


-Kunyit 2 sudu kecil

-Rempah kari 2 sudu besar

-Serbuk perasa 2 sudu kecil

-Secawan air


Cara-caranya :-


1.Tumis bahan yang sudah di iris tadi dengan sedikit minyak. Bila dah naik wangi masukkan sotong yang telah potong dan di bersihkan kulitnya

2. Masukkan kunyit berserta rempah kari dan serbuk perisa.. Kacau sehingga rata..

3. Masukkan secawan air kacau dan biarkan sotong empuk.. Siap di hidang.
















Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...