Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Thursday, November 2, 2023

Masak Lemak Cili Padi Ikan & Sayur Kacang Panjang

 Bahan-bahan :-





* Bawang merah     4 biji (kalau nak sedap tambah lagi)


* Cili hidup            2 biji


* Cili padi              15 biji (Kalau nak pedas tambahlah lagi) saya tak makan pedas...


* Belacan               seperti 3 biji bawang kecik


* Kunyit                seperti 1 biji bawang kecik



Bahan di atas hendaklah di mesin.


* Ikan bilis             segengam


Bahan di atas mesin sekejap sahaja jangan hancur sangat.



-1 biji kelapa


Mesin kelapa untuk dapatkan santan. 


- 3 keping asam keping

-Suka hati ikan apa yang korang nak masak.

- Kacang panjang

-Tak guna minyak masak pun..




Cara-caranya :-


1. Mesin dahulu bahan-bahan mesin di atas sampai hancur dengan sedikit air kecuali ikan bilis. Dah hancur baru masukkan ikan bilis dalam mesin. Mesin sekejap sahaja.


2. Dah selesai mesin masukkan ke dalam periuk yang di letakkan 1 mangkuk air di ikuti asam keping..Masuk kan ikan dan kacang panjang.. Mendidihkan sekejap ikan dan kacang panjang tu lepastu baru masukkan santan Jaga santan tu jangan sampai membuak. Bubur garam kasar. Rasa kalau tak ok tambah lagi garam.


3. Masak dengan api sederhana sahaja.. Sambil-sambil  tu bolehlah goreng ikan sebagai menu tambahan...haha..


4.Siap di hidang.




No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...