Blog tentang menyediakan pelbagai resepi masakan tradisional, masakan barat, kek, dessert, petua, repair handphone, repair kereta, repair mesin jahit, dan lirit lagu
Wash fish and make two slits across on each side. Coat with combined flour batter and deep-fry in hot oil until light brown and crisp. Drain and place fish on a serving dish.
Remove oil, leaving 2 tablespoonfuls in the kuali. Fry shallots, garlic and ginger until fragrant then add water. When it comes to a boil put in carrot and chillies. Simmer for 5 minutes then add remaining seasoning.
Pour hot gravy on top for fish and garnish if desired with coriander leaves.
Hari ini aku nak kongsi cerita pasal jamban.. hahaha, apa la amy ni ingatkan kongsi resepi. Resepi belum ada la kawan-kawan. Takde mood memasak. Lagipun lauk laki aku tiap-tiap hari sambal ikan bilis cili padi. Lauk aku pulak habiskan mana yang anak aku tak abis.. zaman sekarang ni kena berjimat jangan membazir. Betul tak. Tengoklah nanti ada resepi best aku kongsikan ok.
Berbalik pada cerita jamban ni. Dahulunya jamban ni menyangkung sekarang terpaksa tukar ke jamban duduk sebabnya mertua aku da tak boleh menyangkung. Pakat ipar kongsi duit beli jamban duduk untuk mak mereka. Laki aku pulak bab pasang-pasang dia terror. Dia sanggup buat . Sekarang zaman online search je internet ada la cara-cara pasang jamban ni. Bila suami aku da paham dia pun buat. Sebelum buat aku tanya dia tangki septik ni da penuh nanti buat tak penuh ke bila flush dia ckp tak. Aku pun malas gaduh dengan dia. Dia tak tahu yang aku ni site supervisor dulu. Paham bab2 bangunan dan rumah . 😝
Masa dia buat tu air naik atas. Hari tu pulak hari Ahad. Mana ada lori taik beroperasikan. Dia cakap mak tak boleh buat la mak kena sedut dulu taik tu nanti penuh. Mak mertua aku pun tegas suruh buat cepat sebab dia da tak boleh menyangkung. Aku cakap la masuk la bilik air kitaorang. Dia bertegas taknak. ok aku pun diam. Dalam pada yang sama aku search la mana tahu ada lori yang masih beroperasi pada hari ahad. Alhamdulillah aku dapat dan suruh dia datang dengan kadar segera. Tengah tunggu lori sampai suami aku pun pasang jamban tu.
Lori taik pun sampai. Kelam kabut jiran sebelah rumah angkat baju. wakakakaka..
Alhamdulillah tangki septik pun da kosong dan jamban pun da buat senangla mak mertua aku nak guna nanti.
Alhamdulillah semalam ada buat sikit bbq dengan ipar duai dan anak buah. Buat sendiri2 je jimat kos. Semua resepi aku copy dari channel Rozek Tv. Aku perap ayam dan satay ambil masa 2 hari. Alhamdulillah semua cakap sedap termasuk kuah ayam percik.
Menu yang aku dan ipar duai sediakan untuk makan-makan ini adalah:-
Ayam percik dari channel rozek tv
Satay ayam dari channe; rozek tv
Soto ayam dari channel che nom
Tauhu sumbat dan sosnya dari kueh udang Alor Gajah
Sambal tumis ikan bilis dari resepi che ana mak mertua aku
Kuah kacang juga dari mertua aku- jika rajin nanti aku kongsikan yer.
Semua menu di atas licin bersih hahaha nampak nah resepi aku ikut bulat2 berjaya membuatkan orang makan sampai repeat berkali2.
Itu saja nak di kongsikan untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi ke blog ini
Sepenuh kasih dan sayang diberikan padamu Dibelai dimanjanya setiap hari Engkaulah penawar engkaulah racun Aku mendidikmu setiap hari Ingin melihat kau berjaya Berjaya
Setiap yang bermula akan berakhir Kini hanyalah tinggal sebuah kenangan Mereka yang disayangi telah tiada Tiada lagi tempat untuk bermanja
Kini hanyalah tinggal dirimu sendiri Engkaulah penawar engkaulah racun Pilihlah jalan yang direstui Janganlah engkau salah membezakannya Mereka ingin dirimu berjaya Berjasa
Hari ini aku macam rajin sikit ..hahaha niat hati nak masak sup tulang itupun da lama mengidam nak makan siap tanya mummy mahal tak tulang. Alhamdulillah Hari Raya Haji aritu mummy, ayah dan kakak ipar ada buat korban jadi mereka dapat bahagian mereka dan mummy pun bagi aku tulang dan daging. Terima kasih mummy ayah dan kakak ipar. Dapatlah aku masak lauk yang da lama aku mengidam. Mengidam je ek bukan makna mengandung.. hahaha. Hidup sekarang da tinggi jadi aku rasa anak 2 da cukup tak tahu la kalau ada rezeki lagi kami terima..
Resepi ini da lama da aku kongsi tahun 2013 kot. Apa yang aku tambah di sini Lada hitam dan sup bunjut adabi. Sayur , batang celery, tomato , carrot dan kentang. Tahun tu mungkin simple kot . Boleh klik link di bawah jika ingin resepi ini ok .
Rasanya baru je pergi memancing 2 minggu lepas ni pergi lagi. Alahai da gian ni aku ni. Perkara yang tak membosankan sambil mencari ketenangan melihat sawah dan suasana yang cantik sambil bawa anak2 jalan-jalan walaupun hanya dalam kereta. Perjalanan dari rumah kami, bukit rambai ke muar mengambil masa 1 jam jika tak banyak kereta la.
Kami bertolak sesudah subuh kali ini bebekalkan nasi goreng dengan telur dadar. Air teh o panas masuk dalam tarmos dan air mineral 5 botol. Sepanjang perjalanan nak sampai aku suruh laki aku berhenti beli kuih tepi jalan untuk makanan sampingan kami. Alhamdulillah kuih di Muar sangat murah 5 ketul kuih RM2. Melaka kuih da naik seketul RM0.50 . Kos hidup sekarang hidup di melaka da tinggi. Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang. Takpela janji dapat makan.
RM1
Cuaca hari itu panas jadi aku takde mood nak memancing. Yang memancing mak mertua dan suami aku je. HAhahahaha amy takut gelap tu tak keluar. Letak batang pancing masuk balik kereta sambil habiskan makanan dalam kereta.. hahahahaha
Ini kalau cuaca tak panas ni aku pun join memancing lagi banyak dapat kot.
Kami pun balik pukul 2, suami buang semua umpan cengkerik. Sebab apa dia buang takut kami suruh dia singgah semua parit sepanjang perjalanan... hahaha, kelakar la. Sementara teruskan perjalanan balik kami singgah solat zuhur di surau muar. Sepanjang Perjalanan balik aku tido mungkin keletihan bangun pagi2 siapkan bekalan makanan. Sedar-sedar suami singgah di kawasan perhentian Sg Rambai di da mengantuk dan lapar. Sampai sana pukul 4 dan suami pun makan nasi goreng tadi dan tea o masih panas. Dekat perhentian tu ada gerai , aku pun terjebak beli milo dan rojak buah dan jagung.. Perh aku bagi 5 bintanglah rojak buah dia . Memang sedap. Harga dalam RM5 korang try la.Sesudah abis makanan kami pun bergerak balik. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Sampai je rumah solat asar dan masing2 terus membuta sampai maghrib.. hahaha. itu la cerita kami.
Terima kasih sudi membaca
saya nak pesan sikit kepada para pemancing. Jika sampai kawasan orang tolong jangan blocking tempat orang nak lalu bukan apa karang elok2 dapat memancing terus kena halau dengan tuan tanah. Ini yang kami kena aritu terpaksa pusing lalu jalan lain sebab dia da block jalan kami semata2 untuk memancing.