Blog tentang menyediakan pelbagai resepi masakan tradisional, masakan barat, kek, dessert, petua, repair handphone, repair kereta, repair mesin jahit, dan lirit lagu
Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru
Rasanya baru je pergi memancing 2 minggu lepas ni pergi lagi. Alahai da gian ni aku ni. Perkara yang tak membosankan sambil mencari ketenangan melihat sawah dan suasana yang cantik sambil bawa anak2 jalan-jalan walaupun hanya dalam kereta. Perjalanan dari rumah kami, bukit rambai ke muar mengambil masa 1 jam jika tak banyak kereta la.
Kami bertolak sesudah subuh kali ini bebekalkan nasi goreng dengan telur dadar. Air teh o panas masuk dalam tarmos dan air mineral 5 botol. Sepanjang perjalanan nak sampai aku suruh laki aku berhenti beli kuih tepi jalan untuk makanan sampingan kami. Alhamdulillah kuih di Muar sangat murah 5 ketul kuih RM2. Melaka kuih da naik seketul RM0.50 . Kos hidup sekarang hidup di melaka da tinggi. Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang. Takpela janji dapat makan.
RM1
Cuaca hari itu panas jadi aku takde mood nak memancing. Yang memancing mak mertua dan suami aku je. HAhahahaha amy takut gelap tu tak keluar. Letak batang pancing masuk balik kereta sambil habiskan makanan dalam kereta.. hahahahaha
Ini kalau cuaca tak panas ni aku pun join memancing lagi banyak dapat kot.
Kami pun balik pukul 2, suami buang semua umpan cengkerik. Sebab apa dia buang takut kami suruh dia singgah semua parit sepanjang perjalanan... hahaha, kelakar la. Sementara teruskan perjalanan balik kami singgah solat zuhur di surau muar. Sepanjang Perjalanan balik aku tido mungkin keletihan bangun pagi2 siapkan bekalan makanan. Sedar-sedar suami singgah di kawasan perhentian Sg Rambai di da mengantuk dan lapar. Sampai sana pukul 4 dan suami pun makan nasi goreng tadi dan tea o masih panas. Dekat perhentian tu ada gerai , aku pun terjebak beli milo dan rojak buah dan jagung.. Perh aku bagi 5 bintanglah rojak buah dia . Memang sedap. Harga dalam RM5 korang try la.Sesudah abis makanan kami pun bergerak balik. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Sampai je rumah solat asar dan masing2 terus membuta sampai maghrib.. hahaha. itu la cerita kami.
Terima kasih sudi membaca
saya nak pesan sikit kepada para pemancing. Jika sampai kawasan orang tolong jangan blocking tempat orang nak lalu bukan apa karang elok2 dapat memancing terus kena halau dengan tuan tanah. Ini yang kami kena aritu terpaksa pusing lalu jalan lain sebab dia da block jalan kami semata2 untuk memancing.
No comments:
Post a Comment