Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Saturday, November 18, 2023

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato

3 ulas bwg putih - hiris
3 ulas bwg merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu butter
sedikit minyak
3 sudu tomato puree
1 biji tomato - cincang
sedikit perencah ayam
1/2 cwn susu cair
4 pot beras
4 pot air

Cara2
  1. tumis bhn hiris, kayu kayan ngan butter & minyak
  2. masukkan tomato cincang & tomato puree
  3. masukkan air, susu & perasa ayam
  4. bile dah menggelegak, tuangkan dlm beras yg dah dibasuh dlm periuk nasik
  5. tekan 'cooking' pada rice cooker tuh...
Selamat mencuba..


Ayam Masak Tomato

ayam dipotong kecil
garam & kunyit
bwg putih, bwg merah, halia - dikisar
2 sudu cili kisar
5 sudu tomato puree
1 biji tomato belah 6
1 biji bwg besar dihiris tebal2 sket
2 cawan air
1/2 cwn susu cair
garam gula

Cara2:
  1. garam kunyitkan ayam, goreng
  2. panaskan minyak, tumis bahan kisar
  3. masukkan tomato puree, goreng hingga pecah minyak
  4. masukkan air, masak hingga menggelegak
  5. masukkan susu, garam gula
  6. masukkan bwg & tomato
  7. masukkan ayam...kacau sebati hingga messsrrraaaa....
  8. Siap! Leh mkn ngan nasi tomato...

Friday, November 17, 2023

Kari Daging

 Bahan-bahan :-




* Bawang merah   8 biji

* Bawang putih    4 biji

* Kunyit              seperti 1 biji bawang kecik

* Halia                 seperti 2 biji bawang kecik

Bahan di atas hendaklah di mesin



** Rempah kari  3 senduk

** Cili giling       3 senduk

Masukkan dalam mangkuk dan dicampurkan dengan bahan mesin di atas.



-Bawang besar   3 biji

-Buah pala          5 biji

-Bunga Cengkir   10biji

-Pekak                 3 biji

-Kayu manis        1biji

Bahan di atas hendaklah ditumis




-Daging

-Santan

-Kentang

-Garam kasar



Cara-caranya :-



1. Rebus daging sampai empuk dan masukkan garam.



2. Biarkan rebusan daging tadi. Ambil kuali tumis bawang besar sampai garing di ikuti buah pala,pekak,cengkir dan batang kayu manis.



3. Kacau hingga kekuningan kemudian masukkan bahan yang dalam mangkuk tadi. Tumis sampai garing.



4. Dah garing masukkan ke dalam air rebusan daging. Biar sampai meresap ke dalam daging.



5. Kemudian baru masukkan santan.



6. Bila daging dah empuk masukkan pula kentang.




7. Siap di hidang.

Wednesday, November 15, 2023

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi

 Bahan-bahan :-




* Bawang merah     4 biji (kalau nak sedap tambah lagi)


* Cili hidup            2 biji


* Cili padi              15 biji (Kalau nak pedas tambahlah lagi) saya tak makan pedas...


* Belacan               seperti 3 biji bawang kecik


* Kunyit                seperti 1 biji bawang kecik



Bahan di atas hendaklah di mesin.



* Ikan bilis             segengam



Bahan di atas mesin sekejap sahaja jangan hancur sangat.



-1 biji kelapa



Mesin kelapa untuk dapatkan santan. 


- 3 keping asam keping



- Pucuk ubi


-Tak guna minyak masak pun...





Cara-caranya :-


1.Pucuk ubi tua rebus dahulu baru masukkan yang muda. Dah rebus air itu buang. Basuh pucuk ubi dan perah.


2. Mesin dahulu bahan-bahan mesin di atas sampai hancur dengan sedikit air kecuali ikan bilis. Dah hancur baru masukkan ikan bilis dalam mesin. Mesin sekejap sahaja.


3. Dah selesai mesin masukkan ke dalam periuk yang di letakkan 1 mangkuk air di ikuti asam keping..Masuk kan pucuk ubi yg da di perah tadi.. Mendidihkan sekejap pucuk ubi  tu lepastu baru masukkan santan. Jaga santan tu jangan sampai membuak. Bubur garam kasar. Rasa kalau tak ok tambah lagi garam.



4. Masak dengan api sederhana sahaja.. Sambil-sambil  tu bolehlah goreng ikan sebagai menu tambahan...haha..


5.Siap di hidang.

Tuesday, November 14, 2023

Lirik Bukan Sekadar Lafaz - Wanna Ali & Aiman Ismail

 (LELAKI)

Cuba kau fikir saja dahulu Atas keputusanmu untuk mencintaiku Kernaku hanya insan biasa Aku takut kau menyesal nantinya (PEREMPUAN) Aku sangat tulus mencintaimu Aku tak peduli siapa dirimu Yang aku mahu hanya dirimu Kasih sayangku hanya untukmu (LELAKI) Aku hanya insan biasa Hidup kita sangat berbeza Kau bagaikan langit Ku bagaikan bumi Aku takut jika nanti kau tak bahagia (PEREMPUAN) Aku mahu menerimamu Atas segala kekuranganmu Tulus kesetianmu itulah bahagiaku Ku mencintaimu apa adanya (LELAKI) Ku takut kau kan sengsara Hidup denganku insan tak punya (PEREMPUAN) Ku yakin ku kan bahagia Hidup denganmu penuh cinta (LELAKI) Aku hanya insan biasa Hidup kita sangat berbeza Kau bagaikan langit Ku bagaikan bumi Aku takut jika nanti kau tak bahagia (PEREMPUAN) Aku mahu menerimamu Atas segala kekuranganmu Tulus kesetianmu itulah bahagiaku Ku mencintaimu apa adanya (PEREMPUAN & LELAKI) Cinta tak memandang rupa Cinta tak memandang harta Cinta ini tulus untukmu (PEREMPUAN) Aku mahu menerimamu Atas segala kekuranganmu (LELAKI) Kau bagaikan langit Ku bagaikan bumi Aku takut jika nanti kau tak bahagia Aku hanya insan biasa Hidup kita sangat berbeza (PEREMPUAN) Tulus kesetianmu itulah bahagiaku Ku mencintaimu apa adanya (LELAKI) Cuba kau fikir saja dahulu Atas keputusanmu untuk mencintaiku…..

Ikan Pari Masak Lada

 Bahan- Bahan :-




-Ikan pari di bersihkan dan direndam dengan air beras untuk buang hanyih dia.



- Ambil suku kelapa yang telah di kopik. Bakar kelapa tersebut. Dah hangus kikis dan mesin kelapa tersebut sampai hancur. Asingkan



* Bawang merah  6 biji

* Bawang putih   4 biji

* Kunyit             hujung jari

* Halia                seperti 1 biji bawang kecik

* Belacan            seperti 3 biji bawang kecik

Bahan di atas hendaklah di mesin.



*Bawang besar     2 biji

*Pekak                 3 biji

Bahan di atas hendaklah di tumbuk.



- Serbuk ketumbar   2 sudu besar

- Jintan manis          1 sudu kecil

- Jintan putih           1 sudu kecil

- Cili giling               8 sudu besar

Letak dalam mangkuk



garam kasar dan serbuk perisa

air asam jawa




Lepastu letak terung.



Cara-caranya:-



1. Tumiskan bawang yang telah di tumbuk bersama pekak tadi.



2. Dah garing masukkan bahan-bahan yang telah di mesin tadi dan bahan dalam mangkuk tadi.



3. Biar sampai garing. Kemudian masukkan kelapa bakar yang telah di mesin tadi dan air asam jawa       dan ikan pari.



4 .Masukkan air ikut pekat mana korang suka dan terung yang telah di potong.



5. Masukkan garam kasar 1 gengam dan serbuk perasa sedikit.



6. Siap di hidang













Monday, November 13, 2023

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai

 Bahan-bahan :-



* Bawang merah   4 biji

* Bawang putih    2 biji

* Kunyit               seperti 1 biji bawang kecik

* Halia                  seperti 1 biji bawang kecik

* Cili Hidup         3 biji

* Cili Padi            30 biji



Bahan di atas hendaklah di mesin.



- Serai

- Santan 1 biji

- Rebung

- Daging Salai




Cara-caranya :-



1. Masukkan barang mesin ke dalam periuk tanpa minyak.



2. Potong dadu daging salai itu dan masukkan dalam periuk tadi.



3. Tumis sampai daging meresap.



4. Masukkan garam dan serbuk perisa.



5. Masukkan santan dan serai



6. Jaga santan tu jangan sampai membeku



7. Masukkan rebung



8. Siap di hidang

Sunday, November 12, 2023

Sambal Goreng Singapore

 Bahan-bahan :-




# Udang                 1 kilo

# Tauhu                 6 keping              

# Tempe                6 keping

# Bawang besar     6 biji di hiris

# Cili hidup           6 biji di hiris

# Hati



Goreng bahan di atas 1 persatu. Udang goreng last.



* Bawang merah   9 biji

* Bawang putih    3 biji

* Halia                  seperti 4 biji bawang kecik

* Serai                   4 batang

* Belacan               seperti 2 biji bawang kecik



Bahan di atas hendaklah di mesin



- Cili giling              6 sudu

- Lengkuas              seperti 4 biji bawang kecik. Hiris halus-halus

- Santan                   1/2 biji kelapa

- Air asam jawa         sedikit

- Air gula melaka (masak gula melaka dengan air dan tapis)  dan gula pasir

- Garam



Cara-caranya :-




1. Tumiskan lengkuas yang telah di iris tadi sampai garing.



2 Masukkan bahan mesin di ikuti cili giling.



3. Dah pecah minyak masukkan santan.



4. Kacau bagi sekata.



5.Masukkan air asam jawa



6. Kacau lagi bagi sekata.



7. Masukkan air gula melaka dan gula pasir . Rasa dan tambah ikut suka korang



8. Masukkan garam.



9. Kacau sehingga semuanya sekata.



10. Masukkan semua bahan yang telah di goreng tadi dan gaul sampai rata.




11. Siap di hidang










Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...