Wednesday, October 25, 2023

Taugeh Goreng

 Bahan-bahanya:-



-Bawang besar 1 biji di hiris

-Bawang putih 2 biji di hiris

-Lada hidup 1 biji di hiris

-Serbuk perasa maggie 1 sudu besar

-Taugeh

-Tauhu yang sudah di potong 9 dan di goreng






--------------------------------------------------------------------------------------------


Cara-caranya:- 


1. Panaskan minyak dalam 2 sudu besar.


2. Masukkan bahan-bahan yang telah di hiris tadi ke dalam minyak panas







3. Bila da naik bau masukkan  serbuk perasa.


4. Masukkan taugeh dan kacau bagi sekata





5. Masukkan tauhu pula





 6. Kacau bagi sekata



7. Siap di hidang.





Tuesday, October 24, 2023

Fusebox Preve Terbaik Punya Di Melaka

 BAIKPULIH FUSEBOX. Relay yang ditukar *HIGH QUALITY* (OMRON JAPAN)


🔈Masalah yang sering terjadi pada pengguna PROTON Preve *COMPRESSOR A/C* tak jalan

🔈Waranty diberi 3 BULAN !!!

🔈Harga termasuk Upah Pemasangan

🔈Harga termasuk Trade In Fusebox Rosak.

🔉 W/out Trade In Fusebox ➕ RM50

‼️ Luar Alor gajah COD RM10-30

Open area sekitar Melaka & Sempadan Melaka.

Whatsapp untuk maklumat lanjutt

https://fiusboxpreve.wasap.my

https://fiusboxpreve.wasap.my

https://fiusboxpreve.wasap.my

#FUSEBOXMELAKA #PREVE #PROTONPREVE #FUSEBOXMURAH #FUSEBOXPREVE




Sotong Masak Lemak

 


Bahan-bahan:



-bawang merah 6biji


-bawang putih 3 biji


-halia sedikit


-kunyit sedikit


-cili hidup 4 batang



#Jika nak pedas boleh letak cili padi. Orang rumah nie ada yang tak makan pedas. haha


#Bahan di atas hendaklah di mesin












 -Lengkuas di ketuk







-Sotong yang telah di bersihkan, di basuh dan di selawat









-Santan (1biji kelapa)









-Tomato





-Garam kasar.





Cara-caranya:-

1. Panaskan dalam 4 sudu minyak masak.

2. Masukkan bahan mesin di ikuti lengkuas yang telah di ketuk.. Tumis bahan tersebut sehingga pecah minyak dan naik bau..










3. Masukkan garam kasar dan kacau







4. Masukkan pula sotong dan kacau 





5. Masukkan santan






6.Kacau jangan sampai santan itu berketul. 








7. Bila sudah mendidih barulah masukkan buah tomato









8. Bila dah masukkan tomato matikan api takut tomato itu lembik



9. Siap di hidang



Monday, October 23, 2023

Kuih Lengkong Melaka

 Resepi Lengkong Melaka 

Bahan-bahan:
200 gram santan
1 cup air
1 biji telur
7 cup air
300 gram gula melaka
5 sudu gula pasir
3 helai daun pandan
1 tsp garam
22 gram agar-agar bertali

Cara penyediaannya:-

  1. Panaskan periuk berisi air 7 cup dan masukkan agar-agar bertali sampai larut. masukkkan gula melaka. bila da larut tapis. masak kembali dan masukkan daun pandan dan gula pasir.
  2. sementara itu satukan santan, air , telur dan garam dalam 1 mangkuk. kacau sehingga sebati.
  3. kemudian campurkan ke dalam periuk tadi biarkan mengelegak . lagi lama lagi cantik . sentiasa kacau.
  4. masukkan ke dalam loyang. saya dapat 2 loyang. ini first time saya buat dan ramai cakap sedap.. hahaha










Melaka Tempat Servis Mesin Jahit Berpengalaman

Assalamualaikum orang Melaka. 

Jika ada masalah dengan mesin jahit boleh hubungi saya . Saya boleh datang terus ke rumah anda. Sekitar Melaka.

https://repairmesinjahit.wasap.my/

https://repairmesinjahit.wasap.my/

https://repairmesinjahit.wasap.my/







Bee Hoon Sup Nenek Jarah

 Bahan-bahan:-



-Bee Hoon cap Faiza semestinya keluaran bumiputra :-)

-Di rendam sekejap dengan air panas dan toskan.



-Sayur sawi, kobis dan carrot







-Bawang merah dalam 15biji


-Bawan putih 8 biji


-Halia 


#bahan di atas hendaklah di mesin





-Jintan manis 1 sudu kecil


-Ketumbar 2 sudu besar


-lada sulah 1 sudu  besar, jika nak tambah lagi pun ok.





-udang




-daging yang sudah di potong dadu


-1 sudu besar serbuk perasa


-Garam


-Air


-Minyak masak




Cara-caranya...


1. Panaskan minyak dalam periuk

2. Masukkan bahan mesin.




3. Masukkan pula jintan manis, ketumbar dan lada sulah






4. Masukkan serbuk perasa


-tumis sampai pecah minyak




5. Masukkan garam




6. Masukkan daging yang telah di potong dadu, di basuh dan selawat.


-kacau bagi sekata




7. Masukkan air dalam 2 botol





8. Rebus sampai daging empuk.. dah empuk boleh la tutup api. 



9. Ambil kuali dan masukkan sup dan daging untuk seorang makan






10. Masukkan telur




11. Apabila telur da masak masukkan udang, sotong, fish cake ke fish ball ke..ikut korang la.. umah nie tinggal udang dan daging je sebab semalam dah masak lemak sotong..hehehe




12. Masukkan sayur-sayuran 




13. Sediakan bee hoon dalam mangkuk




14. Tuang ke dalam bee hoon




tadaa, siap!



Selamat mencuba

Sunday, October 22, 2023

Sawi Putih Masak Lemak

 Bahan-bahannya.



-Ikan bilis di basuh dan direndam sekejap



-Bawang merah dalam 10 biji






#ikan bilis dan bawang merah hendaklah di mesin





-Lada hidup 1 batang di hiris






- santan (1biji kelapa)

-Garam kasar

-Sawi putih





Cara-caranya:----




1. Masukkan santan ke dalam periuk dan buka api.






2. Masukkan cili hidup ke dalam periuk




3. Masukkan pula bahan yang telah di mesin.





4. Masukkan sedikit garam.. kacau sentiasa santan tu jangan sampai membeku




5. Masukkan batang sawi putih dahulu.. Kacau je santan tu jangan sampai membeku.





6. Bila batang sawi da layu barulah masukkan sawi







7. Kacau bagi sekata.. 

8. Siap di hidang



Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...