Saturday, July 29, 2023

Kelapa Terpaling Banyak Stok Di Melaka

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


Sekarang kan musim demam dan batuk. Selamatlah jiran sebelah ada jual kelapa muda. Tak payah la susah-susah den nak cari kat kedai. Korang kena jaga-jaga. Keluar pakai mask. Jaga kesihatan. 


Hari ini aku nak kongsikan pasal perniagaan jiran sebelah je. Kelapa dia laku keras.  Aritu baru je satu lori datang dengan muatan 4000biji kelapa kekejapan je boleh habis. Murah ke kelapa dia. Korang boleh try wasap tuan punya kelapa tu. https://KelapaFresh.wasap.my tekan link wasap tu nanti akan direct ke whatsapp beliau. 







Tuesday, July 25, 2023

Harga Cempedak Goreng 2023

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua..


Alhamdulillah, hari ini jiran depan rumah a.k.a laki aku punya busu datang bagi 4 buah cempedak . Aku kopek semua 1 buah je elok yang lain busuk. Alhamdulillah banyak la juga dalam 1 buah cempedak tu. Hari tu rumah busu aku ratib, aku tanya dia ada lagi ke cempedak kat kebun. Dia cakap ada tapi buahnya tak berapa elok sangat. Aku pun kecek la cakap nak. Anak2 busu aku tak berapa minat buah cempedak. Sekarang nak beli kat gerai mak ai punya Mahal. Ada tu 5 biji RM 10. Terperanjat den.. hahaha. 


Kebetulan mummy datang hari ini. Aku pun kopek siap-siap. Separuh aku da goreng dulu untuk kakak ipar aku. Hari ini dia di tugaskan bawa mertua aku ke klinik ambil darah. Laki aku tak boleh cuti sebab bulan ni je da banyak cuti dia ambil. Buat jamban la, bawa aku ke hospital la. Ni 31hb aku kena ambik darah. 3/8 aku kena masuk MR1 . Itulah dugaan yang aku terpaksa hadap. Penyakit sawan. Boleh datang secara tiba-tiba. Sebab tu tak di galakkan memandu kenderaan. Aku pernah accident depan family store Klebang selamat nyawa aku masih panjang. Lepastu serik dah nak memandu. 


Berbalik pada buah cempedak tu. Aku mesej mummy pukul berapa nak datang. Dia ckp pukul 2 lebih. Aku pun tido la dulu sebab mengantuk anak buat hal malam tadi kencing dalam seluar. Habis cadar dan tilam . Aisehmen. Bangun tidur aku start la mengoreng dan buat air. Jenis aku tak suka kelam kabut. Jadi semuanya kena buat siap2. Orang sawan memang macam ni. Tak boleh rumah bersepah. Tak boleh bakul baju penuh. Macam2 lagi la. 


Tepung goreng cempedak ni aku guna cap Adabi yang colour kuning tu campur 1 sudu besar tepung gandum dan garam secukup rasa. Celup la cempedak tu dan goreng. 


Perh dia punya rangup kedai jual cempedak pun kalah.. haha. Terima kasih busu bagi cempedak rezeki kami dapat yang elok dan tak elok. Tak leh makan banyak-banyak kalau sapa2 yang banyak angin. Itu cerita untuk hari ini. Simpan sini sebagai kenangan. Boring2 boleh scroll balik kisah2 lama . Kan kan







Saturday, July 22, 2023

Sambal Goreng Singapura 2023

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. 


Hari ini hari Sabtu suami tak OT. Kilang dia kedekut🫣. Gaji da lah susah nak naik. Nak bagi OT kirim salam. Selamatlah dapat bini yang bukan kaki shopping dan memilih makanan. Tapi gemok juga aku. Bila la nak kurus ni..asyik abiskan lauk orang yang tak abis je.😭😭😭. Suap anak makan tak abis aku juga tolong habiskan. Teman suami makan dia ajak makan sekali. Aisehmen.


Semalam tetiba tekak ni teringin nak makan sambal goreng makwe. Post la dekat wasap harap mummy baca. Sekali mummy ckp memang kebetulan mummy buat jadi mummy simpankan la sikit untuk aku. Aku bukan taknak buat, orang rumah ni semua cili padi. Aku sorang je tak makan pedas. Sambal goreng ni taklah sepedas cili padi tu. Jadi memang makanan kegemaran aku la bila raya. Juadah Wajib ada bila menjelang hari raya. 


Terima kasih mummy kerana buatkan sambal goreng ni. Terubat rindu dekat arwah makwe. Korang kalau nak resepi ni da lama da aku kongsi. Boleh search dalam blog ni ok. https://resepi-nenek-jarah.blogspot.com/2013/01/sambal-goreng-makwe.html?m=1








Friday, July 21, 2023

Kari Kambing 🐐

  

 Ingredients 

600 g (1 1/3 lb) mutton or beef

7 tablespoons oil

2 1/2 cm (1in) stick cinnamon 

3 cardamoms

6 cloves

2 sections of a star anise


Ground Ingredients 

8 shallots

3 cloves garlic

5 cm (2 in) ginger

2 1/2 cm ( 1 in) galingale

5 tablespoons meat curry powder


1 coconut, grated (for 2 cups thick coconut milk and 3 cups thin coconut milk)

4 potatoes, quartered

3 tomatoes, halved

1 1/2 teaspoon salt

1/2 teaspoon monosodium glutamate



How to Prepare It 


Cut mutton or beef into thin slices


Heat oil in a pot and fry whole spices for a few minutes. Add curry paste mixture and fry until fragrant and oil separates. Put in meat and fry until meat is well coated with ground ingredients.


Add thin coconut milk and bring to a boil. Then simmer gently for 40minutes or until meat is almost tender. Put in potatoes, then tomatoes. Add thick coconut milk and simmer until meat is tender and gravy is thick. Add salt and monosodium glutamate.

Ayam Goreng Stail Mamak

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


 Malam tadi tak sempat nak update sebab da kepenatan kot. Malam tadi malam jumaat jadi laki aku dan mertua ke surau. Aku lak tak ikut maklumlah perempuan kan kan kan 🀫🀫🀫. Ayam ni aku da buat petang semalam perapkan dulu baru malam goreng. Dah dekat2 dia nak balik tu aku goreng la ayam dan panaskan nasi. 


Lauk dia malam tadi macam biasalah kan sambal cili padi yang kemarin buat . Jika kita masak lama dan garing sambal tu tahan lama. Jadi sebagai menu tambahan aku goreng ayam. Asyik ayam kunyit je aku termimpikan Che nom terus aku tiru resepi dia. Tak tipulah semua resepi dia aku ikut menjadi. 


Jika nak resepi real boleh tgok YouTube beliau Che Nom ayam goreng mamak. 


Jika nak tengok resepi aku ikut Che nom boleh lihat bahan di bawah ini. Aku main campak-campak je. πŸ˜πŸ˜‚

  • Halia 2 inci dan 5 biji bawang putih kisar halus
  • Tepung jagung
  • 1 sudu Besar ketumbar
  • 1 sudu Kecil jintan manis
  • 1 sudu Kecil jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 biji telur
  • Perahan lemon sedikit
  • Pewarna oren dan merah
  • Daun kari yang banyak 
  • 1 ekor ayam kecik
Campurkan semua bahan tersebut dan kacau sampai rata . Lepastu curahkan dalam ayam dan perapkan semalaman. Gerenti sedapla. 


Maaf kuali tak lawa. Aku malas nak guna kuali besar sebab gorengkan ayam dia je. Aku malam tak makan diet.πŸ€«πŸ˜‚. Sapa nak sponsor kuali di persilatan. Hahahahah.





Roti Canai & Sambal Tumis Ikan Bilis

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua..


Pagi tadi menu breakfast kami roti canai dan sambal tumis ikan bilis. Hari ini laki aku taknak bawa bekal sebab tak sempat nak makan. Maklumlah hari Jumaat kena ke Masjid solat Jumaat. Balik dari kerja baru dia makan. Lagi pun dia cakap dia da kenyang makan nasi bertambah semalam. Dia cakap ayam goreng mamak aku buat sedap terasa daun kari..hehehe. 




Petang semalam lepas aku perap ayam aku plan nak uli roti canai untuk breakfast hari ini. Jadi aku pun uli perap dan buat doh kecik2. Lepastu simpan dalam peti ais. Resepi kau godeh je dekat YouTube Che nom. Aku pun tiru lagi resepi dia. Hahaa. Aku ckp kat mak mertua aku, Amy da buat doh ni esok mak tebar yer. Dia pun ckp ok. Aku kena masak sambal tumis esok untuk cicah roti canai ni.  Resepi aku pernah kongsikan dahulu. Boleh klik links kat bawah ni. https://resepi-nenek-jarah.blogspot.com/2022/10/sambal-tumis-ikan-bilis.html?m=1



Alhamdulillah roti canai tu menjadi. Laki aku cakap lembut kejadiannya. 😊😊😊. Bila kita masak sesuatu dengan ikhlas dan laki pun puji lagi rajin la aku nak memasak untuk dia.πŸ˜†πŸ«£πŸ˜‰.







Kita jumpa lagi yer kawan-kawan. Terima kasih baca blog aku yang tak berapa cantik ni.

Thursday, July 20, 2023

Nasi goreng Simple Di pagi Hari

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


Macam biasa rutin harianku bangun pagi siapkan bekalan suami. Malam tadi da tanya esok nak bawa apa. Ayam goreng ke. Dia ckp tak payah sambal cili padi da cukup. Aku pun ckp ok la. Semalam da buat cuma panaskan balik bagi lagi garing. Guna api kecik. 

https://ingatankudisini.blogspot.com/2023/07/sambal-ikan-bilis-cili-padi-kesukaan.html


Bila da panas dalam kepala ni pikir telur dadar ke rebus. Terus aku rebus 2 biji telur dan bekalkan salad sebagai menu tambahan. Dia tak suka lauk sejuk jadi aku tak bekalkan sayur goreng. Kalau nak buat mesti masak panas2 time tu juga makan. Jadi salad tak kesah makan gitu pun sedap kan.

Bekalan untuk hari ini untuk suami


Sarapan pagi tadi. Nasi saja masak lebih. Nasi semalam lagi sedap buat nasi goreng. Janji nasi tu malam tadi punya. 

Resepi nasi goreng ni

  • #Cili hidup 2 biji
  • #Bawang merah 2 biji
  • #Bawang putih sebiji
  • #Ikan bilis sedikit

  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Nasi putih
Blend kesemua bahan #. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan nasi dan perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya. Menu b40 janji sedap.😁😁😁


Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...