Showing posts with label sambal tumis ikan bilis. Show all posts
Showing posts with label sambal tumis ikan bilis. Show all posts

Friday, July 21, 2023

Roti Canai & Sambal Tumis Ikan Bilis

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua..


Pagi tadi menu breakfast kami roti canai dan sambal tumis ikan bilis. Hari ini laki aku taknak bawa bekal sebab tak sempat nak makan. Maklumlah hari Jumaat kena ke Masjid solat Jumaat. Balik dari kerja baru dia makan. Lagi pun dia cakap dia da kenyang makan nasi bertambah semalam. Dia cakap ayam goreng mamak aku buat sedap terasa daun kari..hehehe. 




Petang semalam lepas aku perap ayam aku plan nak uli roti canai untuk breakfast hari ini. Jadi aku pun uli perap dan buat doh kecik2. Lepastu simpan dalam peti ais. Resepi kau godeh je dekat YouTube Che nom. Aku pun tiru lagi resepi dia. Hahaa. Aku ckp kat mak mertua aku, Amy da buat doh ni esok mak tebar yer. Dia pun ckp ok. Aku kena masak sambal tumis esok untuk cicah roti canai ni.  Resepi aku pernah kongsikan dahulu. Boleh klik links kat bawah ni. https://resepi-nenek-jarah.blogspot.com/2022/10/sambal-tumis-ikan-bilis.html?m=1



Alhamdulillah roti canai tu menjadi. Laki aku cakap lembut kejadiannya. 😊😊😊. Bila kita masak sesuatu dengan ikhlas dan laki pun puji lagi rajin la aku nak memasak untuk dia.😆🫣😉.







Kita jumpa lagi yer kawan-kawan. Terima kasih baca blog aku yang tak berapa cantik ni.

Tuesday, October 25, 2022

Sambal Tumis Ikan Bilis

           

Bahan -bahannya:-

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 7 biji

Ikan bilis 

Asam Jawa segengam

cili giling 3  senduk. ( sebab nak banyakkan sambal, suami suka sambal)

garam 



Mesin bawang besar dan bawang putih


ikan bilis hendaklah di rendam sebentar 
air asam jawa




Cara-caranya:-

Panaskan minyak dan tumis bahan mesin hingga pecah minyak.






Masukkan cili giling. jika minyak kurang tambah bagi sambal garing lagi.



Masukkan ikan bilis dan garam secukup rasa







Tumis sampai garing


Jika sambal sudah garing bolehlah masukkan air asam jawa

 


       


Siap di hidang...Makan dengan nasi panas sedap ni

 

Saturday, August 22, 2020

Sambal Ikan Bilis Kesukaan Suami

 Assalamualaikum..  hai..

bertemu kembali kita.. hari ini saya nak kongsikan resepi mak mertua saya, bukan resepi nenek jarah. kita lari resepi sikit. Resepi ni memang makanan rutin harian suami, jika tiada sambal ikan bilis ini memang tak sah. Dia sanggup tunggu saya buat , kalau tak dia taknak makan. hahaha....Layankan aja.

Masakan paling simple dan mudah dari mak mertua saya yang telah saya pelajari. Resepi orang melako..hahaha.

Sambil-sambil nak potong bawang ni, suami isi borang mak, mak dapat bantuan ibu tunggal. Alhamdulilah bila hantar borang tersebut dapat lagi bantuan makanan dari ketua kampung untuk ibu tunggal. Terima kasih.




                                    

Sebelum saya start ni. saya nak pesan masak sambal ni kena sabar dan masak dengan kasih sayang baru sambal tu sedap ..hehehe..


Jom kita start;



Bahan-bahannya:-



bawang merah,bawang putih, garam, serbuk perasa

bawang merah&bawang putih hendaklah dimesin






cili giling





ikan bilis direndam sekejap buang masin





 toskan




Cara penyediannya:-

  1. Panaskan minyak.

  2. Tumiskan bahan yang telah di mesin tadi, kacau sampai naik bau.

  3. Masukkan cili giling berserta ikan bilis, garam dan serbuk perasa.

  4. Kacau sentiasa dengan api sederhana.

  5. Sampailah sambal bila di kacau agak ringan bermakna da garing la tu.

  6. Siap di hidang


Jika tak paham boleh ikuti video ini.



Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...