Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.
Hari ini hari Sabtu suami tak OT. Kilang dia kedekut🫣. Gaji da lah susah nak naik. Nak bagi OT kirim salam. Selamatlah dapat bini yang bukan kaki shopping dan memilih makanan. Tapi gemok juga aku. Bila la nak kurus ni..asyik abiskan lauk orang yang tak abis je.ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. Suap anak makan tak abis aku juga tolong habiskan. Teman suami makan dia ajak makan sekali. Aisehmen.
Semalam tetiba tekak ni teringin nak makan sambal goreng makwe. Post la dekat wasap harap mummy baca. Sekali mummy ckp memang kebetulan mummy buat jadi mummy simpankan la sikit untuk aku. Aku bukan taknak buat, orang rumah ni semua cili padi. Aku sorang je tak makan pedas. Sambal goreng ni taklah sepedas cili padi tu. Jadi memang makanan kegemaran aku la bila raya. Juadah Wajib ada bila menjelang hari raya.
Terima kasih mummy kerana buatkan sambal goreng ni. Terubat rindu dekat arwah makwe. Korang kalau nak resepi ni da lama da aku kongsi. Boleh search dalam blog ni ok. https://resepi-nenek-jarah.blogspot.com/2013/01/sambal-goreng-makwe.html?m=1
No comments:
Post a Comment