Friday, July 21, 2023

Ayam Goreng Stail Mamak

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


 Malam tadi tak sempat nak update sebab da kepenatan kot. Malam tadi malam jumaat jadi laki aku dan mertua ke surau. Aku lak tak ikut maklumlah perempuan kan kan kan 🀫🀫🀫. Ayam ni aku da buat petang semalam perapkan dulu baru malam goreng. Dah dekat2 dia nak balik tu aku goreng la ayam dan panaskan nasi. 


Lauk dia malam tadi macam biasalah kan sambal cili padi yang kemarin buat . Jika kita masak lama dan garing sambal tu tahan lama. Jadi sebagai menu tambahan aku goreng ayam. Asyik ayam kunyit je aku termimpikan Che nom terus aku tiru resepi dia. Tak tipulah semua resepi dia aku ikut menjadi. 


Jika nak resepi real boleh tgok YouTube beliau Che Nom ayam goreng mamak. 


Jika nak tengok resepi aku ikut Che nom boleh lihat bahan di bawah ini. Aku main campak-campak je. πŸ˜πŸ˜‚

  • Halia 2 inci dan 5 biji bawang putih kisar halus
  • Tepung jagung
  • 1 sudu Besar ketumbar
  • 1 sudu Kecil jintan manis
  • 1 sudu Kecil jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 biji telur
  • Perahan lemon sedikit
  • Pewarna oren dan merah
  • Daun kari yang banyak 
  • 1 ekor ayam kecik
Campurkan semua bahan tersebut dan kacau sampai rata . Lepastu curahkan dalam ayam dan perapkan semalaman. Gerenti sedapla. 


Maaf kuali tak lawa. Aku malas nak guna kuali besar sebab gorengkan ayam dia je. Aku malam tak makan diet.πŸ€«πŸ˜‚. Sapa nak sponsor kuali di persilatan. Hahahahah.





Roti Canai & Sambal Tumis Ikan Bilis

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua..


Pagi tadi menu breakfast kami roti canai dan sambal tumis ikan bilis. Hari ini laki aku taknak bawa bekal sebab tak sempat nak makan. Maklumlah hari Jumaat kena ke Masjid solat Jumaat. Balik dari kerja baru dia makan. Lagi pun dia cakap dia da kenyang makan nasi bertambah semalam. Dia cakap ayam goreng mamak aku buat sedap terasa daun kari..hehehe. 




Petang semalam lepas aku perap ayam aku plan nak uli roti canai untuk breakfast hari ini. Jadi aku pun uli perap dan buat doh kecik2. Lepastu simpan dalam peti ais. Resepi kau godeh je dekat YouTube Che nom. Aku pun tiru lagi resepi dia. Hahaa. Aku ckp kat mak mertua aku, Amy da buat doh ni esok mak tebar yer. Dia pun ckp ok. Aku kena masak sambal tumis esok untuk cicah roti canai ni.  Resepi aku pernah kongsikan dahulu. Boleh klik links kat bawah ni. https://resepi-nenek-jarah.blogspot.com/2022/10/sambal-tumis-ikan-bilis.html?m=1



Alhamdulillah roti canai tu menjadi. Laki aku cakap lembut kejadiannya. 😊😊😊. Bila kita masak sesuatu dengan ikhlas dan laki pun puji lagi rajin la aku nak memasak untuk dia.πŸ˜†πŸ«£πŸ˜‰.







Kita jumpa lagi yer kawan-kawan. Terima kasih baca blog aku yang tak berapa cantik ni.

Thursday, July 20, 2023

Nasi goreng Simple Di pagi Hari

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


Macam biasa rutin harianku bangun pagi siapkan bekalan suami. Malam tadi da tanya esok nak bawa apa. Ayam goreng ke. Dia ckp tak payah sambal cili padi da cukup. Aku pun ckp ok la. Semalam da buat cuma panaskan balik bagi lagi garing. Guna api kecik. 

https://ingatankudisini.blogspot.com/2023/07/sambal-ikan-bilis-cili-padi-kesukaan.html


Bila da panas dalam kepala ni pikir telur dadar ke rebus. Terus aku rebus 2 biji telur dan bekalkan salad sebagai menu tambahan. Dia tak suka lauk sejuk jadi aku tak bekalkan sayur goreng. Kalau nak buat mesti masak panas2 time tu juga makan. Jadi salad tak kesah makan gitu pun sedap kan.

Bekalan untuk hari ini untuk suami


Sarapan pagi tadi. Nasi saja masak lebih. Nasi semalam lagi sedap buat nasi goreng. Janji nasi tu malam tadi punya. 

Resepi nasi goreng ni

  • #Cili hidup 2 biji
  • #Bawang merah 2 biji
  • #Bawang putih sebiji
  • #Ikan bilis sedikit

  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Nasi putih
Blend kesemua bahan #. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan nasi dan perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya. Menu b40 janji sedap.😁😁😁


Wednesday, July 19, 2023

Sambal Ikan Bilis Cili Padi Kesukaan Suamiku

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


Alhamdulillah hari ini adalah awal Muharram bagi umat Islam. Semoga tahun baru ini penuh dengan barakah dan rahmat Allah untuk kita semua. Aamiin YRA.

Hari ini cuti.. jadi anak-anak ajak ayahnya pergi ke pantai. Rumah kami dekat je dengan pantai puteri dan Klebang dalam 10km. Jadi kalau bosan boleh lepak2 sana. Kalau lewat sikit memang penuh. Sebab tu orang dekat2 sini tak keluar Sabtu Ahad dan cuti sebab diaorg tahu mesti jem punya. Haha. Kami pergi awal pagi jadi tak ramai orang. Masa nak balik da start ramai. Selamat datang cepat. Anak2 aku pun kejap je bosan lepas main pasir da boring. Aku suruh



mandi diaorg taknak. Ombak kuat kot kebetulan air pasang. 







Balik dari Pantai Puteri kami pun singgah ke Family Store beli sayur dan ikan sikit. Tengok waktu da tengah hari plan taknak masak. Singgah la beli lauk kat deret kedai Bukit Rambai untuk mak mertua aku. Mak mertua aku tak boleh lewat makan nanti gastrik. Aku suruh dia pilih lauk yang dia berkenan dan terus balik.

Sampai rumah aku terus masak untuk suami aku pulak. Lauk simple je sambal ikan bilis cili padi. Nak di katakan seminggu 4 kali aku masak lauk ni. Da jadi terror main campak-campak je bahan. Hahahahhaah. Dulu sebelum kahwin kejap2 tanya mertua betul tak bahan ni. Cukup tak. Sekarang tak payah di tanya dong dan expert terus.. kihkihkih. Berlagak seh Amy ni. 

Bahan-bahan
  • Cili padi 1 mangkuk
  • Bawang merah dlm 5 ulas
  • Bawang putih dalam 7ulas
  • Ikan bilis segenggam. Separuh mesin separuh lagi masuk ketika menumis.
  • Cili giling 2 sudu untuk jadikan colour sambal tu menarik sebab cili padi colour hijau.
  • Serbuk perasa
  • Garam
Cara penyediaannya

Blend ke semua bahan kecuali ikan bilis yang separuh tu. Panaskan minyak dan tumis agak-agak nak masak masukkan ikan bilis, serbuk perasa dan garam secukupnya. Api masak jangan besar sangat nanti hangus. Kena kacau selalu sampai garing baru sedap.

Lauk ni je suami aku boleh tambah nasi sampai 3 pinggan. Aku tak la zalim. Aku buatkan ayam goreng tak pun telur dadar jika bekal ke tempat kerja. Da itu fav lauk kesukaan dia. Ikutkan je la. 





Sotong Masak Hitam

  

 Ingredients 


600 g (1 1/3 lb) small -medium cuttlefish.

1 teaspoon salt

2 tablespoons oil


Ground Ingredients 

5 shallots

3 cloves garlic

2 1/2 cm (1 in) turmeric root

2 1/2 cm (1 in) ginger


2 onions, sliced into rings

2 red chillies, seeded and sliced

1 teaspoon salt

1/2 teaspoon monosodium glutamate



How to Prepare It 


Wash cuttlefish, remove the entrails and black ink punch. Keep whole and leave the eyes intact. Rub with salt and leave aside for 15 minutes.

Heat oil in a kuali and fry ground ingredients until fragrant. Put in cuttlefish and simmer over low heat for 10 minutes. 

Add sliced onions, red chillies, salt and monosodium glutamate, Stir-fry for 2 -3 minutes.

Tuesday, July 18, 2023

Ikan selar Goreng Berlada

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. 


Alhamdulillah hari ini rajin lagi.. kihkihkih. Semalam punya kes suami tak tanya pun mana lauk sambal cili padi dia. Aku basuh tapaweare licin dia makan lauk yang aku buat daging masak kicap siap cari lagi untuk makan malam. Senang hati bila kita masak orang suka. kan kan kan.

Menu untuk hari ini aku goreng ikan selar dan goreng berlada. Memang semalam da siap2 blend takut pepagi buta orang dengar aku blender. Hahaha. Pukul 5:30 aku bangun dan menu breakfast nasi goreng. Nasi pun ada lebihan semalam. Sebab semalam mak mertua request nak makan capati dan cekodok kat pulau gadong. Tu nasi banyak lebih. 

Berbalik pada menu hari ini boleh dapatkan di link bawah ini. Resepi ini pun da lama aku share kan malas nak taip banyak kaliπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Kalau malas nak klik aku letak la juga

Bahan2 blend.

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili hidup
  • Cili padi

  • Garam
  • Serbuk perasa
Simple je bahan2 dia . Janji sedap. 






Laki aku ni berkongsi bekalan dengan kawan2 kerja dia. Jadi banyak la lauk diaorg. Aku jadi rajin pun sebab dia ckp ada bini kawan dia bawa banyak bekalan makanan dan berkongsi dengan dia. Semoga kawan suami aku murah rezeki.. amin



Ah Kai Wang Lama Betul Atau Tidak

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


Semalam aku ada mesej Ah Kai Wang Lama banyak kali tanya pasal duit lama. Ambik masa juga sampai seminggu tunggu. Aku ada juga share link Ah Kai kat kawan-kawan whatsapp siap tanya betul ke Amy macam tipu je. 


Kalau tak percaya tunggu aku ke sana ok. Bila aku da dapat aku post balik. Sekarang masa takde sebab mummy nak ke umrah 27hb ni. Balik dari umrah aku ajak mummy ke Puchong ok kedai Ah Kai Wang Lama. Aku nak jual la ke semua duit yang ada ni. Malas da nak simpan-simpan. Takut ada penunggu.. hahahahahaha

Ini adalah antara mesej2 aku dengan Ah Kai Wang Lama






Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...