Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Monday, October 30, 2023

Kari Ayam Kampung

 Bahan-bahan:-



Ayam Kampung 1 ekor

-Potong kecil, cuci dan bersihkan


--------------------------------------------------

*Bawang Besar 4 Biji atau Bawang Kecil 10 Biji

*Bawang Putih 4 Biji

*Halia 1/2inci

*Kunyit 1/4inci





















Bahan-bahan di atas hendaklah di mesin.


----------------------------------------------------





*Serbuk Kari 3 sudu besar

*Serbuk Ketumbar 1 sudu besar

*Jintan Manis 1/2sudu kecil

*Cili Giling 4 sudu besar. Jika mahu pedas tambah lagi.
























---------------------------------------------------



4 Sekawan



*Kayu Manis 1 batang

*Bunga lawang 2 biji

*Pelaga 7 biji

*Cengkih 7 biji


*Daun kari 2 batang





-----------------------------------------------------


-Santan 1 biji kelapa


-Kerisik 2 Sudu besar


-Kentang


-Garam kasar




Cara -caranya...

1.Tumis dahulu 4 sekawan sehingga naik bau.




2. Masukkan daun kari dan kacau seketika




3.Masukkan  bahan mesin tadi dan kacau.




4. Masukkan ketumbar, jintan manis, cili giling dan serbuk kari.


 




5. Kacau sekata sehingga pecah minyak.


6. Selepas pecah minyak masukkan ayam kampung yang telah di basuh kacau bagi sekata.


7. Selepas itu masukkan air sehingga terendam ayam kampung tadi. Ayam kampung ni liat sikit. Jadi kita kena empuknya dahulu. 

Jika ayam biasa tak payah letak air untuk empuknya. ok. Harap paham maksud saya.. hehehe


8. Bila ayam kampung tadi sudah empuk barulah kita letakkan santan dan kerisik




9. Kacau sehingga sekata dan letakkan garam kasar 1 sudu besar. Kacau lagi


10. Barulah letak kentang dan tunggu kentang empuk. 


Siap untuk di hidang. 



Terima kasih kerana sudi singgah blog saya.. Saya akan update lagi jika ada masa terluang. Tata




No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...