Bahan-bahan:-
# Sardin Cap Pertima ( Pilihanku sebab keluaran produk melayu)
-----------------------------------------------------------------------------------
#Bawang Merah 10biji
#Bawang Putih 5biji
#Belacan sedikit
(Bahan di atas hendaklah di mesin dengan sedikit air)
------------------------------------------------------------------------------------
#Cili giling dalam 5sudu besar (ikut pedas mana yang nak)
#Air asam jawa
#Serbuk perasa 1 sudu kecil
#Gula pasir 1 sudu besar
#Secubit garam
Cara-caranya:-
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Masukkan bahan yang telah di mesin di ikuti dengan cili giling.
3. Kacau sekata sementara itu masukkan serbuk perasa. Kacau sehingga garing( pecah minyak)
4. Masukkan air asam jawa yang telah di tapis.
5. Masukkan 1 gula dan secubit garam.
6. Kacau sekata.
7. Masukkan sardin*Jika nak letak bawang besar atau cili hijau ok juga. (ini sebab nak copek)..hahaha dan kacau bagi sardin terendam dan biarkan selama 3 minit baru hidangkan.
8. Siap untuk di ngap.
No comments:
Post a Comment