Wednesday, October 11, 2023

Sotong Masak Ala-Ala Restoran Mamak Simple Dan Sedap!


                                       



Bahan-bahan :-

-Sotong 1 Kg 1/2 di buang kulit dan di belah 2

-Cili padi dalam 10 biji (Jika nak pedas tambah lagi) sy tak letak sebab tak mkn pedas

-Bawang besar 1 biji

-Bawang Putih 2 biji

-Halia 1/2 inci

-Lada hidup merah 4 biji

-Lada hidup hijau 2 biji



Bahan-bahan di atas hendaklah di iris



-Kunyit 2 sudu kecil

-Rempah kari 2 sudu besar



-Serbuk perasa 2 sudu kecil

-Secawan air



Cara-caranya :-

1.Tumis bahan yang sudah di iris tadi dengan sedikit minyak sehingga naik bau.




2. Masukkan kunyit berserta rempah kari dan serbuk perisa.. Kacau sehingga rata..




                                      


                                      




3. Masukkan secawan air kacau dan biarkan sotong empuk.. Siap di hidang.














Tuesday, October 10, 2023

Retak Hatiku

 Song by Iera Milpan


Lyrics

Waktu bahagia berkasih
Muncul sesuatu tak ku dugaLilin selama ini bernyalaTerpadam gelap gelita
Sukarnya untuk melupakanIkatan janji setiaDi bawah pohon asmaraKau lafazkanMentera cinta
Retak hatiku hancur semuaDiriku ini jiwa merontaCinta yang sudah pudarTenggelam di lautan kecewa
Walau hati akan kekosonganNamun cintaku bukan mainanBiarlah aku bersendirianUntuk melupakanmu
Biarkanlah akuMembawa dirikuSemoga bahagiaWalau ku berduka
Walau patah tumbuhHilangkan bergantiNamun luka iniSukar diubati
Retak hatiku hancur semuaDiriku ini jiwa merontaCinta yang sudah pudarTenggelam di lautan kecewa
Walau hati akan kekosonganNamun cintaku bukan mainanBiarlah aku bersendirianUntuk melupakanmu oh
Biarkanlah akuMembawa dirikuSemoga bahagiaWalau ku berduka
Walau patah tumbuhHilangkan bergantiNamun luka iniSukar diubati
Biarkanlah diaMembawa dirinyaSemoga bahagiaWalau kau berduka
Walau patah tumbuhHilangkan bergantiNamun luka iniSukar diubati

Roti Pita Daging My Favourite..Sedapnya!!!

                                       



Assalamualaikum..

hai... hari ni breakfast sy nak buat roti pita daging kesukaan saya dari kecik lagi.. Hari ini tak masak jadi makan sampai ke malam. Saya buat banyak. Roti pita ni cepat kenyang..


Jom kita lihat resepinya..



Bahan-bahannya:-



tomato,timun,bawang,cili hidup
di hiris halus





roti pita


serbuk kari


daging cincang


garam


serbuk perasa




Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak

  2. Masukkan bawang dan cili tumis sehingga naik bau

  3. Masukkan rempah kari kacau rata

  4. Masukkan daging cincang kacau sampai rata

  5. masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa

  6. Bila daging da masak boleh la masukkan tomato dan timun

  7. Kacau sampai sekata.

  8. Bila rasa da ok dengan cita rasa korang angkat dan toskan sekejap

  9. Da ok bolehlah masukkan ke dalam roti pita

  10. Siap di hidang.

Jika nak lebih detail saya ada siapkan video untuk korang tengok dengan lebih jelas lagi cara buat roti pita daging ni. jangan lupa subscribe yer


Friday, September 29, 2023

Rendang Daging Ibu Mertuaku

 

Rendang Daging


Assalamualaikum dan salam jumaat kepada kawan-kawan ku..Alhamdulillah siap juga rendang daging untuk bekalan suami ke tempat kerja. Pening siot hari-hari nak pikir masak apa. Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil. Makan pun budget2 macam daging ni sekilo tapi aku bahagi kepada 4 bahagian. Bak kata orang buat raso raso.. hahaha.. Jika malam nasi tinggal ngam2 aku tak makan. minum air je asalkan anak2 aku dan suami kenyang. Aku kat rumah keje mengunyah je. Tak rasa lapar. Temankan diaorg makan. Dulu boleh lah membazir nasi sekarang tak boleh wooo. Beras da mahal... Saya ulam. Beras da mahal... hahaha.. Dulu kalau nasi tak habis aku akan keraskan dan bawa balik rumah mummy. sini takde ayam nak bagi buat apa nak kenyangkan ayam orang sedang ayam sendiri ada.. hahahhahaa.. mesti korang ckp aku kedekut kan. aku tak kedekut tapi aku utamakan family dulu.. kan kan kan..

Daging ni mummy yang belikan . Terima kasih mummy selalu bagi macam2 untuk kami sekeluarga. Semoga mummy dan ayah di murahkan lagi rezeki.. amin...

Apalah amy ni membebel je.. mana resepinya. ok ok ni resepinya aku tak sempat buat video tapi beza rendang nenek jarah dgn mak mertua aku yelah nenek jarah letak kari. Mak mertua aku tak letak kari.. 

Bahan-bahan rendang daging
  1. Daging 250gram
  2. Bawang besar 1 1/2 biji
  3. Bawang putih 7 biji
  4. Halia 1 inci
  5. Kunyit hidup 1 inci
  6. Serai 2 batang potong halus
  7. Lengkuas 1 inci
bahan di atas kena blander sampai hancur

  • cili giling 1 senduk
  • santan 1 kotak kecik yang rm1 ada jual di pasaraya besar
  • daun kunyit hiris halus
  • daun limau purut hiris halus
  • kerisik
  • garam
  • serbuk perasa

Cara-caranya.

  1. Rebus daging sekejap dan air tu buang dan di gantikan baru. Tujuannya nanti daging tak bau hamis
  2. Rebus semula daging dengan air baru. guna pressure cooker daging cepat empuk
  3. Air daging jangan buang bila daging da empuk
  4. Ambil kuali dan tumis bahan bland tadi. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  5. bila da garing masukkan daging dan air daging. kacau lagi. bak kata khairul aming masukkan daun kunyit dan daun limau purut sikit bagi dia meresap ke daging selebihnya masuk kemudian
  6. Masukkan santan dan kerisik
  7. kacau lagi sampai masak. Rasa kalau tawar tambah garam lagi
  8. kemudian masukkan lebihan daun limau purut dan daun kunyit.
  9. Siap di hidang. Sedapnya..

Bawah ni resepi nenek jarah tak sama dengan mar mertua aku. beza ada serbuk kari daging je. itu je

Thursday, September 28, 2023

Rojak Bandung Singapore

                                     

  

Bahan-Bahan


# Tauhu goreng dipotong sembilan
# Timun di iris
# Sotong kembang di rebus sekejap dan di iris
# Telur Rebus
# Sayur Kangkung di rebus sekejap

___________________________________________________________________________

* Cili giling dalam 6 sudu besar
* Tomato sos 1/2 botol (jenama life)
* Cili Sos 1/2 botol (jenama life)
* Gula melaka secawan di masak dengan air dan tapis.


^Kacang kisar secawan ( kalau suka pekat boleh tambah)
^Bijan yang telah di goreng
^Secubit Garam


Cara-cara:

1. Satukan cili giling , tomato sos, cili sos dan gula melaka (telah di masak dan di tapis) sehingga mengelegak.

2. Masukkan kacang kisar dan kacau..

3. Masukkan secubit garam dan kacau lagi..

4. Rasa kalau kurang manis tambah gula lagi, kalau kurang pedas tambah cilisos, kalau kurang masam tambah tomato sos lagi.. tambah ikut selera memasing..

5. Dah ok masukkan bijan.

6. Siap di hidang.. sedapnya..dah lama tak makan..

Wednesday, September 27, 2023

Sambal Goreng Singapore Terlaris Sampai Sekarang

                                                  


Bahan-bahan :-


# Udang                 1 kilo
# Tauhu                 6 keping              
# Tempe                6 keping
# Bawang besar     6 biji di hiris
# Cili hidup           6 biji di hiris
# Hati

Goreng bahan di atas 1 persatu. Udang goreng last.

* Bawang merah   9 biji
* Bawang putih    3 biji
* Halia                  seperti 4 biji bawang kecik
* Serai                   4 batang
* Belacan               seperti 2 biji bawang kecik

Bahan di atas hendaklah di mesin

- Cili giling              6 sudu
- Lengkuas              seperti 4 biji bawang kecik. Hiris halus-halus
- Santan                   1/2 biji kelapa
- Air asam jawa         sedikit
- Air gula melaka (masak gula melaka dengan air dan tapis)  dan gula pasir
- Garam

Cara-caranya :-

1. Tumiskan lengkuas yang telah di iris tadi sampai garing.

2 Masukkan bahan mesin di ikuti cili giling.

3. Dah pecah minyak masukkan santan.

4. Kacau bagi sekata.

5.Masukkan air asam jawa

6. Kacau lagi bagi sekata.

7. Masukkan air gula melaka dan gula pasir . Rasa dan tambah ikut suka korang

8. Masukkan garam.

9. Kacau sehingga semuanya sekata.

10. Masukkan semua bahan yang telah di goreng tadi dan gaul sampai rata.

11. Siap di hidang



Tuesday, September 26, 2023

Asam Pedas Turun Temurun Di Gemari Ramai



Bahan-bahan:


* Bawang Merah   6 biji
* Bawabg Putih     3 biji
* Belacan                hujung jari
* Kunyit                 hujung jari
* Halia                     hujung jari
Bahan di atas hendaklah di mesin dahulu

Biji Sawi                 1/2 sudu kecik
Biji herba                1/2 sudu kecik
Daun kesum
Lada hitam
Cili giling                 ikut kepedasan
Air asam jawa          sedikit
serai                       2 batang diketuk
Garam kasar

Cara-cara memasak:
Tumiskan bahan mesin tadi berserta biji sawi dan herba. kacau bagi sekata. Kemudian masukkan pula cili giling ikut pedas masing-masing. Kacau lagi dan kemudian masukkan lada hitam. Bila dah garing bahan yang ditumis tu keluar minyak masukkan air asam serta garam. Lepastu masukkan ikan dan terung..Masuk air ikut suka sama ada pekat atau cair.

Siap di hidang.

selamat mencuba



Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...