Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Tuesday, October 10, 2023

Roti Pita Daging My Favourite..Sedapnya!!!

                                       



Assalamualaikum..

hai... hari ni breakfast sy nak buat roti pita daging kesukaan saya dari kecik lagi.. Hari ini tak masak jadi makan sampai ke malam. Saya buat banyak. Roti pita ni cepat kenyang..


Jom kita lihat resepinya..



Bahan-bahannya:-



tomato,timun,bawang,cili hidup
di hiris halus





roti pita


serbuk kari


daging cincang


garam


serbuk perasa




Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak

  2. Masukkan bawang dan cili tumis sehingga naik bau

  3. Masukkan rempah kari kacau rata

  4. Masukkan daging cincang kacau sampai rata

  5. masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa

  6. Bila daging da masak boleh la masukkan tomato dan timun

  7. Kacau sampai sekata.

  8. Bila rasa da ok dengan cita rasa korang angkat dan toskan sekejap

  9. Da ok bolehlah masukkan ke dalam roti pita

  10. Siap di hidang.

Jika nak lebih detail saya ada siapkan video untuk korang tengok dengan lebih jelas lagi cara buat roti pita daging ni. jangan lupa subscribe yer


Friday, September 29, 2023

Rendang Daging Ibu Mertuaku

 

Rendang Daging


Assalamualaikum dan salam jumaat kepada kawan-kawan ku..Alhamdulillah siap juga rendang daging untuk bekalan suami ke tempat kerja. Pening siot hari-hari nak pikir masak apa. Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil. Makan pun budget2 macam daging ni sekilo tapi aku bahagi kepada 4 bahagian. Bak kata orang buat raso raso.. hahaha.. Jika malam nasi tinggal ngam2 aku tak makan. minum air je asalkan anak2 aku dan suami kenyang. Aku kat rumah keje mengunyah je. Tak rasa lapar. Temankan diaorg makan. Dulu boleh lah membazir nasi sekarang tak boleh wooo. Beras da mahal... Saya ulam. Beras da mahal... hahaha.. Dulu kalau nasi tak habis aku akan keraskan dan bawa balik rumah mummy. sini takde ayam nak bagi buat apa nak kenyangkan ayam orang sedang ayam sendiri ada.. hahahhahaa.. mesti korang ckp aku kedekut kan. aku tak kedekut tapi aku utamakan family dulu.. kan kan kan..

Daging ni mummy yang belikan . Terima kasih mummy selalu bagi macam2 untuk kami sekeluarga. Semoga mummy dan ayah di murahkan lagi rezeki.. amin...

Apalah amy ni membebel je.. mana resepinya. ok ok ni resepinya aku tak sempat buat video tapi beza rendang nenek jarah dgn mak mertua aku yelah nenek jarah letak kari. Mak mertua aku tak letak kari.. 

Bahan-bahan rendang daging
  1. Daging 250gram
  2. Bawang besar 1 1/2 biji
  3. Bawang putih 7 biji
  4. Halia 1 inci
  5. Kunyit hidup 1 inci
  6. Serai 2 batang potong halus
  7. Lengkuas 1 inci
bahan di atas kena blander sampai hancur

  • cili giling 1 senduk
  • santan 1 kotak kecik yang rm1 ada jual di pasaraya besar
  • daun kunyit hiris halus
  • daun limau purut hiris halus
  • kerisik
  • garam
  • serbuk perasa

Cara-caranya.

  1. Rebus daging sekejap dan air tu buang dan di gantikan baru. Tujuannya nanti daging tak bau hamis
  2. Rebus semula daging dengan air baru. guna pressure cooker daging cepat empuk
  3. Air daging jangan buang bila daging da empuk
  4. Ambil kuali dan tumis bahan bland tadi. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  5. bila da garing masukkan daging dan air daging. kacau lagi. bak kata khairul aming masukkan daun kunyit dan daun limau purut sikit bagi dia meresap ke daging selebihnya masuk kemudian
  6. Masukkan santan dan kerisik
  7. kacau lagi sampai masak. Rasa kalau tawar tambah garam lagi
  8. kemudian masukkan lebihan daun limau purut dan daun kunyit.
  9. Siap di hidang. Sedapnya..

Bawah ni resepi nenek jarah tak sama dengan mar mertua aku. beza ada serbuk kari daging je. itu je

Monday, July 17, 2023

Daging Masak Kicap Tersangat Mudah Di Sediakan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini macam terajin lagi bangun pukul 5:30 pagi untuk buatkan bekalan makanan untuk suami ke tempat kerja sambil-sambil tu aku buat breakfast burger special Ramly. Nak beli kat kedai pun da mahal dan tak sesedap dulu lebih cheese dan mayonis yang tak aku gemar. Buat sendiri lagi kenyang makan. Hahahaha. Berbalik pada menu hari ini. Aku da prepare awal daging tu. Daging tu mummy yang bagi lagi. Alhamdulillah semoga murah lagi rezeki mummy dan ayah. 

Semalam aku da rebus daging tu dengan pressure cooker lepastu aku keraskan untuk masakan hari ini. Masuk presseur cooker daging jadi lembut. 

Bahan-bahan untuk menumis

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Cili kisar
  • Serbuk kari daging
  • Black paper
Kentang
Daging
Kicap manis
Serbuk perasa






Simple je janji sedap.  Laki aku asyik bekal sambal ikan bilis cili padi je setiap hari aku pulak yang jelak tengok. Biar dia cari mana sambal cili padi dia. Hahaha. Sorry husband. Nanti kawan awak ckp saya tak reti masak pulak. Hahaha. Aku pandai masak ok cuma malas. 🤫🤫

Ok. Nanti ada menu best aku kongsi lagi yer. Terima kasih singgah 

Friday, February 28, 2020

Rendang Daging Cili Hijau

 


Bahan-bahan

  • 1 kg daging batang pinang

  • 250 ml santan

  • 2 sudu besar kerisik

  • Garam secukup rasa

  • 2 sudu besar gula melaka

  • 2 keping asam gelugor

  • 2 btng serai-di ketuk

  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus

  • 1/2 cwn minyak utk menumis

  • sedikit air jika perlu


Bahan (dikisar)

  • 4 batang serai-hiris halus

  • 1 inci halia

  • 1 inci kunyit hidup

  • 1 inci lengkuas

  • 30 biji cili padi hijau

  • 5 tangkai cili hijau

  • 6 biji bawang merah

  • 1 labu bawang besar

  • 5 ulas bawang putih


Cara-cara Menyediakan:


  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.

  2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.

  3. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.

  4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.

  5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.

  6. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, February 24, 2020

Daging Masak Kuzi

 Bahan-bahan:

  • 1 kg daging di potong 20

  • 4 sudu makan minyak ghee

  • 2 sudu makan susu pekat

  • ½ sudu teh garam

  • 1 Kulit kayu manis,

  • 2 buah pelaga

  • 2 bunga lawang

  • 2 bunga cengkih

  • 750 ml air

Bahan (dikisar)
  • 15 ulas bawang putih

  • 2 inci halia – dikisar

  • ½ biji bawang merah | di buat bawang goreng

  • 4 sudu makan rempah kuzi

  • ½ tin susu cair

  • 3 sudu makan tomato sos

  • 100 gm badam biji | di buang kulit

  • 100 gm kismis

  • 100 gm badam serbuk



Cara-cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak ghee di dalam kuali.

  2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.

  3. Masukkan daging dan air, biarkan daging masak sehingga empuk. Jika air kering tambahkan air lagi sehingga empuk.

  4. Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi dan sedikit air.

  5. Apabila naik minyak masukkan bawang goreng yang di kisar, badam biji, kismis, tomato sos, susu cair, susu pekat dan garam. Gaul sebati sehingga pekat.

  6. Apabila kuah sudah pekat masukkan pula serbuk badam yang digaul rata.

  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Thursday, February 20, 2020

Daging Palembang

 



Bahan-bahan:


  • 700 gram daging – potong lebar dan nipis

  • 2 batang serai – dititik

  • 500ml santan pekat

  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang

  •  1 sudu besar sos tiram minyak



Bahan (dikisar):


  • 1 biji bawang besar

  • 5 biji bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 2 cm halia

  • 3 cm lengkuas

  • 15 biji cili kering



Rempah Penumis:


  • 3 cm kulit kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 kuntum bunga cengkih

  • 3 biji buah pelaga



Cara-cara Menyediakan:

  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.

  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.

  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.

  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.

  5. Hidangkan.


Wednesday, February 19, 2020

Daging Kunyit

 Bahan A



  • 1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.

  • 1 sudu kecil kunyit

  • 1 sudu kecil garam



Bahan B


  • 1 labu bawang besar dihirit bulat.

  • 1 biji Cili Hijau hiris serong

  • 4 biji Cili Padi (di ketuk)

  • 2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)

  • 1 Inci Halia (Hiris Besar)



Bahan C


  • Lobak Merah (dipotong nipis panjnag)

  • Bunga Kobis (dipotong kecil)



Cara-cara Menyediakan:


  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.

  2. Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.

  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya

  4. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali.
    Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau..

  5. Masukkan Bahan C (goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit).

  6. Gaul dan ratakan semua bahan dan hidang.

Thursday, February 13, 2020

Daging Masak Kurma

 Bahan-Bahan:


Bahan A:


  • 1 kg daging dipotong nipis sederhana besar- basuh dan toskan

  • 5 ulas bawang mera

  • 3 ulas bawang putih,

  • 1 inci halia dihiris halus

  • 2 labu bawang besar dipotong melintang berbentuk gelang


Bahan B:
  • 1 batang kulit kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 3 kuntum bunga cengkih

  • 3 biji buah pelaga



Bahan C:

  • 5 sudu besar rempah kurma ayam dan daging

  • ½ cawan tomato puri (atau sos tomato)

  • ½ cawan sos cili

  • segenggam badam dibuang kulit dan ditumbuk halus

  • 3 biji cili merah dibelah 4

Cara-cara Menyediakan:


  1. Masukkan daging ke dalam mangkuk. Campurkan rempah kurma, sos cili dan tomato puri dan sedikit air. Gaul rata. Perap 15 minit.

  2. Panaskan 5 sudu besar minyak & 1 sudu besar minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah campur (B) hingga bawang keperangan dan wangi.

  3. Masukkan daging beserta rempah yang diperap tadi. (kesemuanya) Tutup periuk dan perlahankan api. Masak hingga daging empuk.

  4. Apabila daging empuk, tambahkan sedikit air. Masukkan badam,serbuk kas-kas, bawang besar yang dihiris cili merah, garam dan gula. Gaul rata dan biar bawang layu.

  5. Apabila kuah pekat dan pecah minyak, tutup api.

Tuesday, February 11, 2020

Daging Bakar

 Bahan-bahan:



  • 600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)

  • 1 sudu besar jintan manis

  • 1 sudu besar jintan putih

  • 1 sudu kecil serbuk lada

  • 4 ulas bawang merah

  • 500 ml santan pekat

  • 1 labu bawang besar

  • Garam

Cara-cara Menyediakan:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.

  2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.

  3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.

  4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

Saturday, February 8, 2020

Stew Begedil Daging Dengan Kuah BBQ

 Bahan-Bahan:

Bahan Daging Begedil:

  • 500g daging kisar

  • 1 biji bawang besar, dikupas dan dipotong halus

  • 1 sudu besar herba campuran

  • 2 sudu besar serbuk roti

  • 3 sudu besar BBQ Sauce

  • ½ sudu kecil garam

Bahan A:
  • 1 biji bawang besar, dikupas, dipotong kepada beberapa bahagian.

  • 1 biji lobak, dikupas dan dipotong.

  • 1 biji tomato, dihiris.

Perisa:

  • 3 sudu BBQ Sauce

  • 1 sudu kecil garam

  • 600ml air

Cara-cara Menyediakan:


  1. Masukkan semua bahan bergedil daging dalam mangkuk dan gaul. Kemudian bentukkan menjadi saiz kecil sebelum digoreng dalam minyak panas hingga menjadi garing.

  2. Tuang minyak ke bekas lain dan tinggalkan sedikit dalam periuk. Goreng bawang hingga naik baunya. Masukkan bahan A, daging dan perisa. Kecilkan api biarkan ia masak selama 30 minit.

  3. Selepas itu, ia sudah boleh dihidangkan. Lebih sedap jika ia dimakan bersama roti.

Wednesday, February 5, 2020

Daging Masak Hitam

 Bahan-bahan:



  • 1 kg daging

  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah

  • Gula pasir/gula Melaka

  • 1 sudu kecil air asam jawa

  • 1 Bawang besar mayang – hiasan


Bahan (dikisar):


  • 10 batang serai

  • 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas

  • Sejengkal halia – 4 ke 5 inci

  • 3 biji bawang besar kuning

  • 6 biji buah keras

  • 1 labu bawang putih



Cara-cara Menyediakan:


  1. Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.

  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.

  3. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, February 3, 2020

Daging Goreng Berempah

 Bahan-bahan:


  • 500 gram daging lembu, potong lebar

  • 3 helai daun limau purut (buang tulang)

  • 2 helai daun salam

  • 2 cm lengkuas (lebih kurang ibu jari), diketuk

  • 2 sudu kecil garam

  • 1 sudu makan gula merah, kikis halus

  • 1500ml santan daripada 1/2 biji kelapa

  • 1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)

  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan (dikisar):
  • 8 biji bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 3 biji cili merah

  • 1 sudu teh ketumbar

  • 2cm halia

  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara Menyediakan:

  1. Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.

  2. Masukkan daging lembu, kacau sehingga berubah warna.

  3. Masukkan garam, gula merah dan air asam. Kemudian masak sehingga daging lambut dan rempah meyerap. Toskan.

  4. Goreng daging hingga kecoklatan.

  5. Hidangkan dan makan bersama keluarga.

Sunday, February 2, 2020

Daging Bistik

 Bahan-Bahan:



  • 1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)

  • 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)

  • 4 sudu besar tepung gandum

  • 4 sudu besar marjerin

  • 3 sudu besar minyak masak

  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

  • 4 cm kulit kayu manis

  • Bahan perasa

  • Kacang pis untuk hiasan



Bahan (kuah):

  • 300 ml air

  • 5 sudu besar sos tomato

  • 3 sudu besar cili boh

  • 1 sudu besar tomato puree

  • 1 kiub stok daging



Bahan (dikisar):

  • 1 biji bawang besar

  • 6 biji bawang merah

  • 3 ulas bawang putih



Cara-cara Menyediakan:

  1. Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.

  2. Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.

  3. Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.

  4. Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.

  5. Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.

  6. Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.

  7. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.

  8. Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.

  9. Siap untuk dihidang.

Monday, January 28, 2013

Sup Tulang Daging

 Bahan-bahan :


* Bawang putih  3 biji


* Bawang Merah 6 biji


* Halia hujung jari


* Kunyit separuh hujung jari



Bahan di atas hendaklah di mesin dahulu.


- Serbuk ketumbar                   1 1/2 sudu kecil


- Serbuk Jintan Kasar (putih)  1/2 sudu kecil


- Serbuk Jintan Manis (halus) 1 sudu kecil


- Serbuk lada hitam                  3 sudu kecil


# Masukkan bahan di atas ke dalam mangkuk dan campurkan bahan mesin tadi. Kacau sekata.


= Kayu manis        1 batang


= bunga cengkir      13 biji


= 1 biji bawang besar untuk di tumis (hiris)


= Garam dan serbuk perasa 


= Tulang Daging 1 kg


= Daun bawang


= Kentang




Cara-caranya :-


1. Bersihkan tulang daging dahulu dan kemudian rebus sekejap. Lepas itu buang air rebusan tadi dan digantikan dengan air baru kemudian rebus kembali daging tersebut. 


2. Sementara menunggu rebusan tadi empuk. Kita tumiskan bawang besar 1 biji tadi. Bila dah garing masukkan kayu manis dan bunga cengkir di ikuti rempah yang telah di gaulkan dengan bahan mesin tadi. Tumis sampai garing.


3.Ambil periuk baru, masukkan daging tadi dan air rebusan ke dalam periuk dan campurkan bahan tumisan tadi 


4. Rebus sampai empuk. Dah empuk letakkan sedikit garam dan perasa. Kemudian taruk kentang dan daun sup dan bawang goreng.


5. Siap di hidang.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...