Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Friday, August 28, 2020

Tauhu Goreng Singapore Yang Terbaik!!!

Assalamualaikum


hai.. bertemu lagi kita hari ini.. hari yg baik hari jumaat. hari ini ada rewang depan rumah bagi kaum perempuan jadi esok ada kerja kahwin la.. Tengah pikir nak masak apa jadi saya pun bercadang masak simple-simple sebab mak mertua dah tentu pergi depan rewang ada makan-makan kan.. yang saya ni hahahaha.. kena cari makan sendiri.. Jadi Tauhu Goreng Singapore jd pilihan di hati. Lauk suami da ada da semalam buat ada lebih hari ini panaskan.. Lauk kesukaan dia Sambal Ikan Bilis.



Jom kita mulakan


Bahan-bahan :
  1. bawang putih dicincang

  2. cili padi di cincang

  3. gula pasir

  4. gula merah

  5. air asam jawa

  6. kicap masin

  7. kacang tanah

  8. tauhu goreng

  9. taugeh

  10. timun



Cara-caranya:-
  1. Blender kacang tanah yg telah di goreng hingga halus.

  2. satukan di dalam bekas.

  3. campur ke semua bahan bawang putih, cili padi, kicap masin, gula pasir, gula merah dan air asam jawa.

  4. gaul sampai rata. Jika pekat tambah air. Ikut citarasa korang.

  5. Goreng Tauhu dan potong kecil. satukan atas pinggan dan letakkan taugeh dan timun

  6. tuang kuah di atasnya.

  7. siap di hidang.


Tak paham.. saya da siapkan video untuk korang.. Jangan lupa subscribed yer.. 


Thursday, August 27, 2020

Cara-cara mengumpul Points Drypers

Assalamualaikum..

hai... hari ni kita lari topik lagi.. sebenarnya banyak lagi resepi yang hendak saya kongsikan tapi ni da lama saya nak kongsikan tapi asyik lupa je.. Dulu suh kahwin taknak bila da kahwin , nah amik kau sekali 2 anak Allah bagi.. hehe... 8 bulan pertama kahwin dugaan , stress orang asyik tanya bila nak ada anak. asyik soalan yang sama.. Bosan lah. Bermacam ubat saya ikhtiar tak berhasil. Tapi akhirnya saya cuba pertua busu saya bagi.. Alhamdulillah berhasil. Boleh cuba di sini.

Saya naikkan balik post ini untuk berkongsi mana yang belum berjaya mendapat baby. Boleh cuba. Nak seribu daya taknak seribu dalih. hahaha..

Anak saya dari pertama hingga kedua ni memamg saya guna drypers. Drypers oklah bg anak saya. Pampers terbaik setakat ini yang pernah saya cuba dan tak akan tukar lain.. hehehe.. Macam promote la pulak..kan.

Da lama guna drypers baru perasan yang drypers ni boleh collect points dan tebus balik points tu ikut apa yang dia pamer kan.. Biasanya saya akan amik pampers balik dari mainan atau voucer. Yelah takyah beli lagi.. Jimat duit suami.. hehe..



Jika nak collect points boleh register dulu di website dryers https://www.drypers.com.my/



Nak lagi detail boleh follow video ini.. Jangan lupa subscribed



Wednesday, August 26, 2020

Yonnyboii - SALAHKU

Lyrics


Maafkan aku jika aku bersalah
Ku hanya ikut hati yang berkata benar
Gerakan emosi, buatku tercabar
Ku tahu ku susah
Ku mohon kau sabar

Kadang yang selesa harus ku melempar
Kadang yang ku tak mahu harus ku duga
Tapi sampai bila
Tapi sampai bila
Harus ku begini
Selalu dipersalah

Sampai bila ku harus digelar penakut
Asyik menjelajah tapi selalu disangkut
Bukan kau sorang yang rasa nyawa mahu dicabut
Tu bukan alasan cuma jiwa yang serabut

Kata kau ku simpan, sumpah aku simpan
Selalu aku sebut dihati aku simpan
Walau kau rasa peti aku tak pernah kisah
Tapi kau salah jadi pernah tak kau nak kisah

Ku bukan malaikat, juga bukan syaitan
Ku cuma manusia takkan boleh nak kaitkan
Segala keputusan aku yang utuskan
Aku berfikir dahulu sebelum aku putuskan

Bencilah aku
Jika engkau perlu (Jika engkau perlu)
Tapi hati ini akan masih sayangimu
Wo-wo wo
Wa-aa-wo-uu ho-uu

Maafkan aku jika aku bersalah
Ku hanya ikut hati yang berkata benar
Gerakan emosi, buatku tercabar
Ku tahu ku susah
Ku mohon kau sabar

Kadang yang selesa harus ku melempar
Kadang yang ku tak mahu harus ku duga
Tapi sampai bila
Tapi sampai bila
Harus ku begini
Selalu dipersalah

Selalu tertanya di mana bantuanku
Ku meminta tolong suluhkan jalanku
Sungguh kuat jeritan nadaku
Hanya mahu kau dengar segala huraianku

Sesungguhnya ku tak tahan
Diriku hanyut dengan perlahan
Berikan aku kekuatan
Untuk tempuhi apa yang ada di depan
Mm-mm
Ho-oo
Maafkan ku
Ho-oo

Bencilah aku
Jika engkau perlu
Tapi hati ini tetap akan kasihimu

Tuesday, August 25, 2020

Repair LCD Dan Tukar Battery Handphone Area Alor Gajah, Melaka Murah Sempena Bulan Kemerdekaan!!!🤯🤯🤯



JIMAT SEHINGGA RM130 RINGGIT. BIAR BETUL??🤯🤯🤯

.

YERR BETUL BOSSKU PROMOSI KAW² SEMPENA BIRTHDAY BOSSKITA 31/8 NANTI. HAA APA TUNGGU LAGI !!! SIAP WARRANTY 1 BULAN TAU !!

.
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2020 NIE BOLEH LAH DAPATKAN HARGA YG GILA MURAH!! SIAP WARRANTY 30 HARI GILA TAK GILA LAH KAN ??SETAHUN SEKALI JE KAMI AKAN BUAT.
.
PROMOSI INI HANYA VALID DARI ( 25 OGOS SEHINGGA 6 SEPT ) SAHAJA. 2 MINGGU SAHAJA PROMOSI INI AKAN BERJALAN. JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI.
.
LAYAK BAGI KEPADA SEMUA PELANGGAN YANG TIDAK PUTUS-PUTUS SUPPORT KAMI.
.
NAK BAWAK KEK PUN BOLEH .HAHAH SIS GURAU. OK BAGI SESIAPA YG MASIH TERCARI-CARI KEDAI KAMI BOLEH
.
WAZE SAHAJA ( FIX TITANS ALOR GAJAH )
ATAUPUN
.
CLICK SAHAJA LINK INI
http://fixtitansag.wasap.my
UNTUK MAKLUMBALAS SEGERA
.
DAN BOLEH JUGA LIHAT TESTIMONI PELANGGAN KAMI DI INSTAGRAM https://www.instagram.com/fixtitansag/?hl=en
.
JANGAN LEPASKAN PELUANG. PAKAT ADIK²,ABANG², IBU AYAH,SEDARA MARA DATANG KE KEDAI KAMI.
.
NO.1 BAIKPULIH TELEFON PINTAR TERPANTAS DI ALOR GAJAH

Sunday, August 23, 2020

Udang Masak Lemak Cili Padi Kacang Panjang

 






Assalamualaikum..

hai... jumpa lagi kita.. hari ini saya balik rumah mummy.. Mak saya ni jaga Nenek Jarah. Rutin harian jaga pakai minum serta ubat untuk Nenek Jarah. Anak-anak Nenek Jarah kebanyakkan semua di Singapore. Jadi , suami benarkan saya seminggu sekali ke sini untuk jaga Nenek Jarah.


Rutin saya bantu mummy setiap malam bagi susu Ensure Gold sebelum tidur dan injet insulin (Biocon) di perut. Jadi meringankan sikit penat mummy. Mummy pun tak sihat sebab sakit lutut.


Susu Ensure Gold





Biocon Insulin Pen


hai nenek jarah.nak kena injet yer..hahaha


Semoga nenek jarah sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu.. amin


oklah, da banyak membebel, hari ini umah mummy masak lauk udang masak lemak cili padi bersama kacang panjang. Lauk kesukaan saya juga ni...


Jom kita mulakan.

bawang merah, bawang putih, kunyit, belacan
cili padi


mesin ke semuanya.



bahan yang telah di mesin




kacang panjang




asam keping



udang




santan




Cara penyediaannya:-

  1. Panaskan kuali tanpa minyak

  2. Masukkan bahan mesin, tumis sampai kering

  3. Masukkan udang ,gaul rata ke semuanya.

  4. Masukkan santan

  5. Letak air sedikit jika pekat

  6. Masukkan garam secukup rasa.

  7. Kemudian masukkan kacang panjang dan asam keping

  8. Kacau sampai mendidih.

  9. Siap untuk di hidang.

Jika tak paham, boleh tgok video di bawah..Jangan lupa subscribe



Terima kasih ..

Saturday, August 22, 2020

Sambal Ikan Bilis Kesukaan Suami

 Assalamualaikum..  hai..

bertemu kembali kita.. hari ini saya nak kongsikan resepi mak mertua saya, bukan resepi nenek jarah. kita lari resepi sikit. Resepi ni memang makanan rutin harian suami, jika tiada sambal ikan bilis ini memang tak sah. Dia sanggup tunggu saya buat , kalau tak dia taknak makan. hahaha....Layankan aja.

Masakan paling simple dan mudah dari mak mertua saya yang telah saya pelajari. Resepi orang melako..hahaha.

Sambil-sambil nak potong bawang ni, suami isi borang mak, mak dapat bantuan ibu tunggal. Alhamdulilah bila hantar borang tersebut dapat lagi bantuan makanan dari ketua kampung untuk ibu tunggal. Terima kasih.




                                    

Sebelum saya start ni. saya nak pesan masak sambal ni kena sabar dan masak dengan kasih sayang baru sambal tu sedap ..hehehe..


Jom kita start;



Bahan-bahannya:-



bawang merah,bawang putih, garam, serbuk perasa

bawang merah&bawang putih hendaklah dimesin






cili giling





ikan bilis direndam sekejap buang masin





 toskan




Cara penyediannya:-

  1. Panaskan minyak.

  2. Tumiskan bahan yang telah di mesin tadi, kacau sampai naik bau.

  3. Masukkan cili giling berserta ikan bilis, garam dan serbuk perasa.

  4. Kacau sentiasa dengan api sederhana.

  5. Sampailah sambal bila di kacau agak ringan bermakna da garing la tu.

  6. Siap di hidang


Jika tak paham boleh ikuti video ini.



Thursday, August 20, 2020

Mee Hoon Goreng Mudah Dan Sedap

 hai.. saya cucu nenek jarah, hari ini tak berapa sihat kepala berat sangat tapi tekak nak makan mee hoon goreng. Teringat iklan di tv Panadol ActiFast  suruh suami beli sekejap sebelum saya start memasak. Bila makan je Panadol ActiFast  terus sedawa . wow, memang ajaib la panadol nie..

ok, membebel lak saya ni.. Jom kita mulakan memasak..

Bahan-bahannya:-




sos tiram

sos tomato

kicap masin








boleh letak udang, sotong, fish cake


Cara-caranya.. 

Panaskan minyak dan masukkan 2 biji telur dan hancur2kan kemudian tos.

  1. Dengan minyak yang sama, masukkan bahan mesin tadi dan cili giling. Tumis sampai pecah minyak.

  2. Masukkan daging, udang,sotong, fish cake

  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap masin. kacau lagi .

  4. Kacau sampai pecah minyak.

  5. Masukkan serbuk perasa.

  6. Kemudian bolehlah masukkan sawi dan bihun tadi kacau bagi sekata.

  7. Masukkan pula telur yg di goreng tadi dan daun kucai.

  8. Last sekali barulah masukkan taugeh..

  9. Siap di hidang.. 
Jika korang tak paham, saya sekarang da belajar buat video untuk memudahkan korang ikut resepi nenek jarah ni.. sampai kena marah dengan mummy sebab nak buat video punya pasal.. hahaha.


Tengok video lagi senang la..

 

Selamat mencuba

Sunday, August 16, 2020

Ayam Masak Sambal Yang Mudah Dan Sedap







Bahan-bahan:-


bawang merah,bawang putih, halia

sos cili 3 sudu B

sos tomato 1 sudu B

sos tiram 2 sudu B

sos ikan 1 sudu B
serai
bawang di hiris




ayam goreng dgn kunyit dan garam
goreng jgn garing sangat




cili giling 6 sudu B


Cara-caranya:-


panaskan minyak goreng ayam tadi



Tumiskan bahan yg telah di mesin tadi



masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.



masukkan serai dan kacau lagi






 masukkan sos tadi dan rasa ikut citarasa korang.



bila rasa da ok. bolehla masukkan ayam tadi berserta bawang hiring
kacau sampai rata.




 siap di hidang.. 

Saturday, August 15, 2020

Masak Tumis Air Petola






Bahan-bahannya:-


bawang merah, bawang putih, cili hidup



petola


suun




Cara-caranya:-


Panaskan minyak.


Masukkan bahan yang di hiris tadi



Tumis sampai naik bau



 masukkan air



masukkan petola, serbuk perasa,garam secukup rasa




siap di hidang





                                       


Thursday, August 13, 2020

Nasi Ayam Nenek Jarah

 Nasi Ayam


 








Bahan-bahannya:-


Rebus ayam dahulu



Air rebusan ayam





guna sukatan cawan dan ikut arahan plastik beg beras basmathi
Saya masak 4 cawan beras basmathi dan 4.4 cawan rebusan air ayam.



basuh beras sehingga bersih dahulu dan rendam sekejap dengan air biasa.




 bawang putih dalam 8biji, halia, serai 2 batang
bahan ini hendaklah di mesin



 Panaskan minyak dalam periuk nasi karen di atas dapur gas


tumis bahan mesin tadi 


masukkan 2 kiub ayam




masukkan daun pandan



 masukkan garam kasar sedikit dan tumis sehingga pecah minyak



 ambil 4.4 cawan air rebusan air ayam dan masuk dalam bahan tumis tadi



 kemudian masukkan nasi yang di rendam tadi. 
dan masukkan periuk nasi dalam periuk karen dan tekan cook.



tadaa.. siap nasi ayam kita. 








Ayam Goreng Sedap Punya 



Bahan-bahannya:-


sos tiram, kunyit, serbuk lada hitam
ikut banyak mana ayam yang kita goreng.




gaul rata




 perap ayam dan goreng.









Sos Nasi Ayam .



Bahan-bahannya:




Mesin cili hidup , bawang putih, limau kasturi. 
Limau kasturi mesin skali dgn kulit2nya hanya biji sahaja buang dahulu.



Sedikit air, sos cili, sos tomato, gula, garam dan masukkan bahan mesin




Kacau bagi rata. Masak tanpa gunakan minyak. kacau sampai mengelegak. Rasa ikut kepedasan masing-masing. 







Sup Nasi Ayam


Bahan-bahannya:-


Bawang putih, bawang merah, halia




Serbuk jintan manis, ketumbar




 Mesin bawang putih, bawang merah, halia dan gaul dgn jintan manis dan ketumbar




Panaskan minyak tumis bahan di atas sehingga naik bau.



 masukkan air rebusan ayam tadi ikut banyak mana nak. dan masukkan sedikit 
serbuk perasa dan garam




Siap di hidang... Selamat mencuba...

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...