Saturday, April 18, 2020

PELUANG KEDUA - NABILA RAZALI

 Lyrics


Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi

Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi

Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu

Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Dan andai terbuka hatimu
'Ku di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah, sayang
Kepadaku

Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu

Rasa cinta
Rasa cinta
Darimu

Friday, April 17, 2020

Ikan Mayong Masak Cuka

Bahan-bahan:-

Ikan mayong/ikan pelotan/ikan tongkol digoreng, kalau garing lagi sedap)
3 batang serai, dihiris nipis
3 ulas bawang merah, dihiris kasar
3 ulas bawang putih, dihiris kasar
2 inci halia, dihiris
1 sudu kecil halba campur
2 cawan cuka masak
1½ cawan air
sedikit garam,
gula dan
serbuk kunyit
2 sudu minyak masak

Untuk hiasan:
1 biji bawang besar dipotong taji
2 biji cili merah, dibelah tanpa putus
6 biji cili api, dibelah tanpa putus

Cara memasaknya:-
1. Ikan mayong, dibasuh dengan air campur tepung gandum bagi menghilangkan lendir-lendir dan kemudian dibasuh dengan limau kasturi, ditoskan. Ikan dikelar-kelar  supaya bila goreng nanti tak meletup-letup  dalam kuali, gaulkan garam kunyit dan goreng. Dah habis goreng letak dalam pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumis serai yang dihiris hingga kekuningan, masukkan halba campur hingga naik bau.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih yang dihiris agak kasar tu pun bagi sampai nampak layu.  

4. Masukkan cuka serta 1½ cawan air dan serbuk kunyit.  Biarkan kuah tu mendidih, kemudian masukkan ikan yang  digoreng tu dan reneh dalam lebih kurang 10 min atau mendidih
5. Masukkan bawang besar, cili api serta cili masak yang dibelah, padam api dan taburkan garam secukup rasa.

Nota: -

Cuka ni kalau siapa tak tahan boleh buat pedih perut, jadi untuk  naturalize masukkan sedikit gula tapi jangan terlalu banyak nanti jadi manis pulak

Thursday, April 16, 2020

Sup Ikan Merah

 Bahan-Bahannya:-

2 potong isi ikan merah ( di gaul dengan garam dan di goreng sebentar agar isi ikan kenyal)
1/2 labu bawang besar - di mayang
2 biji bawang putih - di mayang
1 cm halia -  di mayang halus
4 biji cili padi - di belah 2
2 cm kulit kayu manis,
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya
minyak untuk menumis
Segelas air.

Cara-caranya:-

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia , cili padi, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan air, garam dan lada sehingga mendidih. Rasa.. 
3. Setelah rasa menepati citarasa, masukkan ikan dan biarkan sehingga mendidih. 
4. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, April 15, 2020

Ikan Sardin Masak Kicap Pedas

 Bahan-Bahannya:-

1. Ikan sardin
2. Cili boh 1 1/2 sudu makan
3. Cili padi 4biji
4. Bawang besar 1 biji
5. Bawang putih 4 ulas
6. Halia sebesar ibu jari
7. Kicap manis kipas udang

Cara-caranya:-

1. Lumurkan ikan sardin dengan garam dan kunyit. Goreng sampai garing. Toskan. Letak tepi.
2. Tumbuk bahan 3,4,5.
3. Masukkan minyak sikit je. Ngam ngam untuk menumis. Tumis bahan 3,4,5 sekejap dan masukkan cili boh. Tumis sampai cili boh warna merah pekat.
4. Masukkan air dan halia. Tunggu sampai mendidih. Masukkan kicap manis kipas udang.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Dah mendidih, masukkan ikan goreng sardin.  Takyah masak ikan lama sebab dah goreng tadi. Balik-balik je dah boleh angkat.

Ikan Salmon Bakar Lemon

Bahan-Bahannya:-

1 potong Ikan Salmon
1 hiris lemon
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-caranya:-
1. Perah jus lemon pada ikan salmon
2. Kemudian gaul rata lada hitam pada ikan salmon
3. Bakar guna pan grill atau pemanggang ajaib sehingga masak.

Simple sangat nak masak ikan salmon bakar lemon ni. Cuma kalau bakar atas non stick pan tu pastikan bahagian bawah dah masak betul baru terbalikkan ikan. Kalau belum masak, masa terbalikkan mesti bentuk potongan ikan tu rosak lari dari bentuk asal sebab tekstur ikan salmon ni agak lembut. Yang tak pakar masak macam Fiza kena hati-hati masa nak terbalikkan untuk jaga rupa bentuk tu cantik je. Ala, sama je macam goreng ikan tu.

Kebiasaanya yang orang selalu masak ikan salmon ni guna kaedah bakar je la. Kalau rebus agak-agak hancur tak isi ikan tu. Lagipun ikan salmon jenis cepat masak. Rasa pun berlemak sedap sebab ada lemak pada bahagian kulit tu.

Monday, April 13, 2020

Resepi Siakap Masak Tiga Rasa

 Bahan-Bahannya:-

1 ekor ikan siakap
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit tepung jagung
Minyak yang banyak

Bahan Tumis
1 biji bawang hollang (potong dadu)
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji serai diketuk
Cili padi (ikot selera kepedasan, aku pakai 6-10 biji potong kecik-kecik)
2 sudu cili boh

Bahan Sos
2 sudu cili sos
2 sudu sos tomato
2 sudu sos ikan (brand sotong thai - tak payah pun takpe kalau ada lagi sedap alaaa pegi je la beli boleh masuk dalam banyak masakan tau memang sedap kalau pakai sos ikan)
3 sudu sos tiram
Sedikit garam
Sedikit gula

Bahan Lain
1 biji tomato (potong dadu)
Nenas dalam tin - separuh (Potong Dadu)
4 helai daun limau purut

Cara-caranya:-

1. Ikan siakap dioles dengan garam kunyit dan tepung jagung sehingga rata dan kemudian digoreng.
2. Sambil tunggu ikan masak, hiris barang tumis dan isi sos 3 rasa.
3. Keluarkan sedikit minyak goreng ikan tadi dan tumis cili boh.
4. Lepas sos dah pekat, masuk bahan-bahan lain iaitu tomato, nenas, daun limau purut dan sos tu dicurah atas ikan.

Saturday, April 11, 2020

Ikan Masak Kacang Hitam Masin

Bahan A: Ikan Kerisi atau boleh guna ikan lain yang sesuai

1 ekor ikan jenis kerisi bali bersaiz anggaran 600gram dibuka sisik, perut dan dibersih.
Belah separuh bahagian bawah kepala sehingga hampir ke bahagian ekor dan buang tulang utama sehingga ikan dapat ditiarapkan.
Perap ikan dengan garam, bawang putih, asam jawa dan  sedikit serbuk kunyit.
Gaul dengan 2 sudu makan tepung jagung dan goreng cara deep fried dengan kedudukan ikan bertiarap dan bahagian kepala mendongak ke atas sehingga masak.
Angkat perlahan lahan  dan letak diatas pinggan.

Bahan B: Sayur-sayuran dan bahan-bahan campuran untuk hidangan bersama ikan
Setengah biji lobak dipotong bentuk batang mancis,
4 batang kacang panjang dipotong memanjang mengikut panjang lobak tadi,
setengah biji bawang besar dipotong mayang dan dicarik.
Setengah tin kacang hitam masin (boleh guna sekali isi ikan dalam tin kacang hitam masin).

Cara-caranya:-

1. Tumis bahan-bahan ini dengan 2 biji bawang merah,1 inci halia dihiris, dan tambah garam dan pati bilis secukup rasa dan gaul sehingga masak.

2. Tambah setengah cawan air yang digaul dengan setengah sudu makan tepung jagung, gaul seketika dan matikan api.

3. Tuang bahan-bahan ini pada ikan yang digoreng tadi mengikut susunan sendiri. Siap.

Rasa macam susah pula resipi ni kan, tapi sebenarnya tak susah mana. Kita simplifiedkan resepi ikan masak kacang hitam masin ni ok.

4. Goreng ikan seperti korang goreng ikan biasa, cuma ikan ni eloklah besar sedikit seekor boleh 3 hingga 4 orang makan at least.

5. Lepas goreng ikan, ketepikan.

6. Kemudian, tumis sayur (lobak dan kacang hijau panjang) bersama kacang hitam masin tu. Korang letaklah perasa secukupnya. Buatlah tumisan sayur tu sedikit berair so nanti bila tuang atas ikan, taklah kering sangat ikan korang kan

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...