Tuesday, October 17, 2023

Sambal Telur

 Bahan-bahannya:-



-Bawang merah 12biji

-bawang putih 5 biji

-belacan sedikit

#Bahan-bahan ini hendaklah di mesin




------------------------------------------------------------------------------------------


-cili giling ikut kepedasan masing2


-sedikit garam


-gula pasir dalam 2 atau 3 sudu besar 


-air asam jawa


-telur yang telah di rebus


-minyak.



Cara-caranya...

  1. Panaskan minyak dalam 4 sudu besar

  2.  Masukkan bahan-bahan yang telah di mesin ke dalam kuali.





    3. Masukkan pula cili giling





    4. Kacau bagi sekata. Tumis sampai pecah minyak





    5.Masukkan garam dan kacau lagi





   6.Masukkan telur yang telah di rebus dan kacau bagi sekata






     7. Masukkan pula  gula





     8. Masukkan air asam jawa




    9. Kacau bagi sekata 



   10. Siap di hidang..




Selamat mencuba..


Jika senang singgah lah lagi yer... 

Monday, October 16, 2023

Udang Masak Sweet Sour


Udang Masak Sweet Sour





Bahan-bahannya.




udang 1kg






halia,lengkuas,bawang putih,bawang merah

bahan ini hendaklah di blender.



sos tomato , sos cili, gula, kicap masin, sedikit garam



cara-caranya.


Goreng dahulu udang seperti di bawah dan tos.




Minyak udang guna untuk menumis bahan-bahan yang telah 

blender tadi. 


masukkan sedikit garam kasar



tumis sehingga pecah minyak






masukkan sos tomato






masukkan sos cili







kicap masin






gula pasir




dan kacau sehingga rata





Jika rasa sudah masam manis barulah masukkan udang









Tadaa.. siap untuk di makan.

Ini adalah makanan kegemaran saya.. 





cubalah resepi ini.. rugi jika tak mencuba.. resepi ni juga boleh untuk digunakan untuk resepi


ikan siakap atau ikan bawal. 

Saturday, October 14, 2023

Pakar Repair Mesin Jahit Dan Menjual Mesin Jahit Baru dan Lama Area Melaka

Assalamualaikum..



Jika anda ada masalah dengan mesin jahit dan ingin membeli mesin jahit bolehlah menghubungi dengan En Rahim. Beliau orang lama dalam hal merepair mesin jahit dari brand lama hingga baru. Harga pun mampu milik. 


https://mesinjahitjuki.wasap.my

https://repairmesinjahit.wasap.my







Friday, October 13, 2023

BaikPulih Fusebox Kereta Proton Preve Area Melaka

BAIKPULIH FUSEBOX. Relay yang ditukar *HIGH QUALITY* (OMRON JAPAN)


🔈Masalah yang sering terjadi pada pengguna PROTON Preve *COMPRESSOR A/C* tak jalan

🔈Waranty diberi 3 BULAN !!!

🔈Harga termasuk Upah Pemasangan

🔈Harga termasuk Trade In Fusebox Rosak.

🔉 W/out Trade In Fusebox ➕ RM50

‼️ Luar Alor gajah COD RM10-30

Open area sekitar Melaka & Sempadan Melaka.

Whatsapp untuk maklumat lanjutt
https://fiusboxpreve.wasap.my

https://fiusboxpreve.wasap.my

https://fiusboxpreve.wasap.my



#FUSEBOXMELAKA #PREVE #PROTONPREVE #FUSEBOXMURAH #FUSEBOXPREVE




















Thursday, October 12, 2023

Cara Mudah Dapat Anak Guna Petua Tradisional Sahaja.

 Assalamualaikum...




Alhamdulillah hari ini 30/11/2016 terdetik hati ini untuk berkongsi petua untuk mendapat zuriat.. Petua ini pun saya dapat dari busu saya yang menyuruh saya mencuba mana tahu berjaya. Busu saya suruh mencuba kerana abg ipar beliau sudah 10 tahun kahwin tiada anak, bila cuba petua ini, alhamdullilah memperolehi zuriat. :-)... Sudah banyak petua saya cuba dan ubat-ubatan saya ambil semua tidak berkesan.. 27/11/2016 genap setahun perkahwinan saya dan sekarang kandungan saya sudah 25 minggu 4 hari. Tak sabar rasanya untuk menanti orang baru.. hahaha... Mummy dan ayah saya orang yang paling gembira sekali kerana ini cucu pertama mereka.



oklah dari saya membebel je, kita teruskan ke petuanya ok:-





Kenal tak apa tu?


Pucuk Pegaga




Pucuk pegaga ini selalu di dapati di pasar-pasar besar. 


  1. Ambil dalam segengam pucuk pegaga ini dan basuh bersih2 bersama akarnya. Akarnya ada pasir...pastikan dibasuh bersih.

  2. Bila sudah bersih.. Blander dengan segelas air masak. 

  3. Tapis 

  4. Selawat dan niat dalam hati ingin memperolehi zuriat. 

  5. Barulah minum.


-Ulangi langkah 1-5 dan amalkan setiap hari.


Sebulan saya mencuba. dan hasilnya positif :-)



Semoga siapa yang mencuba petua ini mendapat zuriat... Kawan saya sorang da cuba, alhamdulillah menjadi. 

Kuah Lontong Singapore Viral

 




Bahan-bahannya:- 


Bawang merah, bawang putih


Lengkuas, kunyit hidup, udang kering



Bahan di atas blender 



Bahan yang telah di blender tadi




Rempah kari daging





Santan





Kacang panjang, kobis, sengkuang


Tauhu goreng , garam secukup rasa.




Cara-caranya:-


Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yang telah diblender tadi .








Masukkan serbuk kari daging dan tumis sehingga garing.





Masukkan garam secukup rasa



Masukkan santan dan sentiasa kacau jangan sampai dia membuak.







Bila kuah lontong sudah mendidih bolehlah masukkan sayur dan tauhu ke dalam kuah lontong






Siap di hidang... sedapnya. Jemput makan semua..nyum3







Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...