Thursday, August 10, 2023

Ayam Goreng Sambal

 Bahan-bahannya:


Bahan mesin:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

1/2 ekor ayam - dicuci, digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 batang serai - dititik
garam
serbuk perasa



Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  5. Masukkan ayam. Gaul rata hingga bawang besar layu.
  6. Tutup api. Hidangkan.

Wednesday, August 9, 2023

Nasi Goreng Sarapan Pagi

 Bahan-Bahannya:


Bahan tumbuk:
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
secubit ikan bilis

1 mangkuk nasi semalam
sawi 
kobis 
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
  2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
  4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
  5. Masukkan kicap. Gaul rata.
  6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble. 
  7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
  8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
  9. Tutup api dan hidangkan.

Tuesday, August 8, 2023

Ayam Paprik Tersedap Sekali

  

 Bahan-bahannya:

4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam


Cara-cara penyediannya

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.
1 cawan air

Saturday, July 29, 2023

Kelapa Terpaling Banyak Stok Di Melaka

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua.


Sekarang kan musim demam dan batuk. Selamatlah jiran sebelah ada jual kelapa muda. Tak payah la susah-susah den nak cari kat kedai. Korang kena jaga-jaga. Keluar pakai mask. Jaga kesihatan. 


Hari ini aku nak kongsikan pasal perniagaan jiran sebelah je. Kelapa dia laku keras.  Aritu baru je satu lori datang dengan muatan 4000biji kelapa kekejapan je boleh habis. Murah ke kelapa dia. Korang boleh try wasap tuan punya kelapa tu. https://KelapaFresh.wasap.my tekan link wasap tu nanti akan direct ke whatsapp beliau. 







Tuesday, July 25, 2023

Harga Cempedak Goreng 2023

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua..


Alhamdulillah, hari ini jiran depan rumah a.k.a laki aku punya busu datang bagi 4 buah cempedak . Aku kopek semua 1 buah je elok yang lain busuk. Alhamdulillah banyak la juga dalam 1 buah cempedak tu. Hari tu rumah busu aku ratib, aku tanya dia ada lagi ke cempedak kat kebun. Dia cakap ada tapi buahnya tak berapa elok sangat. Aku pun kecek la cakap nak. Anak2 busu aku tak berapa minat buah cempedak. Sekarang nak beli kat gerai mak ai punya Mahal. Ada tu 5 biji RM 10. Terperanjat den.. hahaha. 


Kebetulan mummy datang hari ini. Aku pun kopek siap-siap. Separuh aku da goreng dulu untuk kakak ipar aku. Hari ini dia di tugaskan bawa mertua aku ke klinik ambil darah. Laki aku tak boleh cuti sebab bulan ni je da banyak cuti dia ambil. Buat jamban la, bawa aku ke hospital la. Ni 31hb aku kena ambik darah. 3/8 aku kena masuk MR1 . Itulah dugaan yang aku terpaksa hadap. Penyakit sawan. Boleh datang secara tiba-tiba. Sebab tu tak di galakkan memandu kenderaan. Aku pernah accident depan family store Klebang selamat nyawa aku masih panjang. Lepastu serik dah nak memandu. 


Berbalik pada buah cempedak tu. Aku mesej mummy pukul berapa nak datang. Dia ckp pukul 2 lebih. Aku pun tido la dulu sebab mengantuk anak buat hal malam tadi kencing dalam seluar. Habis cadar dan tilam . Aisehmen. Bangun tidur aku start la mengoreng dan buat air. Jenis aku tak suka kelam kabut. Jadi semuanya kena buat siap2. Orang sawan memang macam ni. Tak boleh rumah bersepah. Tak boleh bakul baju penuh. Macam2 lagi la. 


Tepung goreng cempedak ni aku guna cap Adabi yang colour kuning tu campur 1 sudu besar tepung gandum dan garam secukup rasa. Celup la cempedak tu dan goreng. 


Perh dia punya rangup kedai jual cempedak pun kalah.. haha. Terima kasih busu bagi cempedak rezeki kami dapat yang elok dan tak elok. Tak leh makan banyak-banyak kalau sapa2 yang banyak angin. Itu cerita untuk hari ini. Simpan sini sebagai kenangan. Boring2 boleh scroll balik kisah2 lama . Kan kan







Saturday, July 22, 2023

Sambal Goreng Singapura 2023

  

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. 


Hari ini hari Sabtu suami tak OT. Kilang dia kedekut🫣. Gaji da lah susah nak naik. Nak bagi OT kirim salam. Selamatlah dapat bini yang bukan kaki shopping dan memilih makanan. Tapi gemok juga aku. Bila la nak kurus ni..asyik abiskan lauk orang yang tak abis je.😭😭😭. Suap anak makan tak abis aku juga tolong habiskan. Teman suami makan dia ajak makan sekali. Aisehmen.


Semalam tetiba tekak ni teringin nak makan sambal goreng makwe. Post la dekat wasap harap mummy baca. Sekali mummy ckp memang kebetulan mummy buat jadi mummy simpankan la sikit untuk aku. Aku bukan taknak buat, orang rumah ni semua cili padi. Aku sorang je tak makan pedas. Sambal goreng ni taklah sepedas cili padi tu. Jadi memang makanan kegemaran aku la bila raya. Juadah Wajib ada bila menjelang hari raya. 


Terima kasih mummy kerana buatkan sambal goreng ni. Terubat rindu dekat arwah makwe. Korang kalau nak resepi ni da lama da aku kongsi. Boleh search dalam blog ni ok. https://resepi-nenek-jarah.blogspot.com/2013/01/sambal-goreng-makwe.html?m=1








Friday, July 21, 2023

Kari Kambing 🐐

  

 Ingredients 

600 g (1 1/3 lb) mutton or beef

7 tablespoons oil

2 1/2 cm (1in) stick cinnamon 

3 cardamoms

6 cloves

2 sections of a star anise


Ground Ingredients 

8 shallots

3 cloves garlic

5 cm (2 in) ginger

2 1/2 cm ( 1 in) galingale

5 tablespoons meat curry powder


1 coconut, grated (for 2 cups thick coconut milk and 3 cups thin coconut milk)

4 potatoes, quartered

3 tomatoes, halved

1 1/2 teaspoon salt

1/2 teaspoon monosodium glutamate



How to Prepare It 


Cut mutton or beef into thin slices


Heat oil in a pot and fry whole spices for a few minutes. Add curry paste mixture and fry until fragrant and oil separates. Put in meat and fry until meat is well coated with ground ingredients.


Add thin coconut milk and bring to a boil. Then simmer gently for 40minutes or until meat is almost tender. Put in potatoes, then tomatoes. Add thick coconut milk and simmer until meat is tender and gravy is thick. Add salt and monosodium glutamate.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...