Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Sunday, October 30, 2022

Exora Cps Radiator Service & Change Top Cover

                                             



Assalamualaikum dan salam sejahtera 🤗 🤗 🤗
Kami ada membuat perkhidmatan:-
✅ Servis Kereta
✅ Minor & Major Repair
✅ Replacement Part
✅ Overhaul/ Top Overhaul
✅ Tukar Bateri Kereta
✅ Timing Belt
✅ Service Brake/Brake Pads
✅ Cooling System/Radiator
* LAIN-LAIN
KUALITI & SERVIS ADALAH KEUTAMAAN KAMI😊
Sekiranya Nak Buat Temu Janji Boleh Direct Klik Link Dibawah👇
https://repairketesaya.wasap.my
https://repairketesaya.wasap.my
https://repairketesaya.wasap.my
🆙 harga bergantung pada kerosakkan kenderaan anda!!yang pasti kami tidak mencekik darah 😀😀❗❗

Saturday, October 29, 2022

Ikan Kembung Masak Sambal

  

 

Bahan-bahan:

Ikan Kembung di goreng garing 



Bawang besar 3biji
Bawang Putih  7biji



*bahan di atas hendaklah di mesin atau di tumbuk.


Cili giling 3 sudu besar ( ikut kepedasan korang)
Garam




Cara-caranya:-

Panaskan minyak. Guna minyak goreng ikan tadi dan tumis bahan mesin tadi.


kacau hingga naik bau



masukkan cili giling  dan sedikit garam


kacau sampai garing 



 Lihat seperti gambar di bawah sambalnya bila di kacau ringan itu tandanya sambal itu garing.
sesudah itu barulah tutup api dan masukkan ikan.

tadaa.. siap untuk di hidang..  masak sambal ini menu setiap hari di rumah mak mertua saya. Saya ni dulunya tak makan pedas sejak duduk sini da pandai makan pedas :-p


Friday, October 28, 2022

Udang Masak Lemak Belimbing

  

Bahan-bahan:-

Santan (1biji kelapa)
1 batang serai
sehelai daun kunyit
buah belimbing
cili padi
cili giling 1 sudu besar
1 sudu kecil kunyit
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk perasa
udang 1/2kilo


Cara-caranya:-


Sebelum nyalakan api ,masukkan santan dan serai dalam periuk tanpa minyak.


 masukkan serbuk kunyit.


Buka api dan masukkan 1 sudu besar cili giling kacau sentiasa dan jangan sampai santan membuak





Masukkan udang dan kacau lagi jangan sampai santan membuak





Last sekali barula masukkan daun kunyit, buah belimbing, cili padi serbuk perasa dan garam.. kacau.. rasa apa yang kurang boleh la tambah yer... hehehe... tadaaa siap sudah... resepi mak mertua ku


Wednesday, October 26, 2022

Kacang Buncis Goreng


Bahan-bahannya:-


Bawang besar 1 biji 
Bawang putih 2 biji

Kacang buncis

Ikan bilis segengam.

Kicap manis

Serbuk Perasa 1 sudu besar







Cara-caranya:-

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga separuh garing.



Masukkan pula bawang besar dan bawang putih yang telah di hiris. tumis sampai garing.



Masukkan kacang buncis, sedikit kicap manis dan serbuk perasa. kacau hingga sekata. Dan siap di hidang... sedapnya sayur nie.. hehehe


Tuesday, October 25, 2022

Sambal Tumis Ikan Bilis

           

Bahan -bahannya:-

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 7 biji

Ikan bilis 

Asam Jawa segengam

cili giling 3  senduk. ( sebab nak banyakkan sambal, suami suka sambal)

garam 



Mesin bawang besar dan bawang putih


ikan bilis hendaklah di rendam sebentar 
air asam jawa




Cara-caranya:-

Panaskan minyak dan tumis bahan mesin hingga pecah minyak.






Masukkan cili giling. jika minyak kurang tambah bagi sambal garing lagi.



Masukkan ikan bilis dan garam secukup rasa







Tumis sampai garing


Jika sambal sudah garing bolehlah masukkan air asam jawa

 


       


Siap di hidang...Makan dengan nasi panas sedap ni

 

Monday, October 24, 2022

Asam Pedas Bukit Rambai Tersedap

  

 

Bahan-bahannya:-

Bawang Besar
Bawang Putih
Kunyit
Halia


Biji sawi 1 sudu besar
Jintan manis 1 sudu




Asam jawa segengam.


Halba 1 sudu besar




cili giling dalam 2 sudu besar

Daun kari



Cara-caranya:-


Mesin cili giling, bawang besar, bawang putih, kunyit, halia, biji sawi , jintan manis hingga lumat






Panaskan minyak dalam periuk dan tumis 1 sudu besar halba




Kemudian masukkan bahan mesin ke dalam periuk kacau hingga pecah minyak



Masukkan sedikit garam



Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih. 




Masukkan Ikan kembung


Masukkan ikan dan daun kari ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Masa ni umah saya tiada bendir jadi ikan sahaja yang ada.. hehehe



 Siap di hidang...

 

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...