Saturday, April 11, 2020

Ikan Masak Kacang Hitam Masin

Bahan A: Ikan Kerisi atau boleh guna ikan lain yang sesuai

1 ekor ikan jenis kerisi bali bersaiz anggaran 600gram dibuka sisik, perut dan dibersih.
Belah separuh bahagian bawah kepala sehingga hampir ke bahagian ekor dan buang tulang utama sehingga ikan dapat ditiarapkan.
Perap ikan dengan garam, bawang putih, asam jawa dan  sedikit serbuk kunyit.
Gaul dengan 2 sudu makan tepung jagung dan goreng cara deep fried dengan kedudukan ikan bertiarap dan bahagian kepala mendongak ke atas sehingga masak.
Angkat perlahan lahan  dan letak diatas pinggan.

Bahan B: Sayur-sayuran dan bahan-bahan campuran untuk hidangan bersama ikan
Setengah biji lobak dipotong bentuk batang mancis,
4 batang kacang panjang dipotong memanjang mengikut panjang lobak tadi,
setengah biji bawang besar dipotong mayang dan dicarik.
Setengah tin kacang hitam masin (boleh guna sekali isi ikan dalam tin kacang hitam masin).

Cara-caranya:-

1. Tumis bahan-bahan ini dengan 2 biji bawang merah,1 inci halia dihiris, dan tambah garam dan pati bilis secukup rasa dan gaul sehingga masak.

2. Tambah setengah cawan air yang digaul dengan setengah sudu makan tepung jagung, gaul seketika dan matikan api.

3. Tuang bahan-bahan ini pada ikan yang digoreng tadi mengikut susunan sendiri. Siap.

Rasa macam susah pula resipi ni kan, tapi sebenarnya tak susah mana. Kita simplifiedkan resepi ikan masak kacang hitam masin ni ok.

4. Goreng ikan seperti korang goreng ikan biasa, cuma ikan ni eloklah besar sedikit seekor boleh 3 hingga 4 orang makan at least.

5. Lepas goreng ikan, ketepikan.

6. Kemudian, tumis sayur (lobak dan kacang hijau panjang) bersama kacang hitam masin tu. Korang letaklah perasa secukupnya. Buatlah tumisan sayur tu sedikit berair so nanti bila tuang atas ikan, taklah kering sangat ikan korang kan

Thursday, April 9, 2020

Ikan Siakap Bakar Berempah

 Bahan-Bahannya:-

1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-caranya:-

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 

2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.

3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.

4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi.

Wednesday, April 8, 2020

Ikan Patin Steam

 Bahan-Bahannya:-

Ikan patin la of cos.. Sila basuh dgn bersih bg menghilangkan bau hanyir/kolah yg boleh potong steam bila na mkn nnt...

**Tips nya boleh dicuci dgn air asam jawa or limau kasturi...
3 batang serai diketuk
5 cili burung diketuk
5cm halia dimayang kasar
3 ulas bawang putih dimayang
1 ulas bawang merah dimayang
3 tbsp sos tiram
1 tbsp minyak ikan
5 ulas limau kasturi di ambil jus nya sahaja
Garam secukup rasa
* Boleh juga ditambah 1 biji tomato dipotong wedges or carrot jika suka...

Cara-caranya:-

1. Sediakan semua barang di atas.

2. Selepas ikan dicuci bersih gaulkan semua bahan di atas bersama ikan.

3. Steam kan ikan menggunakan pengukus atau na lagi mudah pakai pemanggang ajaib.. Kalo pakai pemanggang ajaib kena add air skit kalo tak hangus ikan tu..jadik ikan bakor pulak nnt...

4. Masak selama 20-35 mins...

Tuesday, April 7, 2020

Ikan Sardin Masak Kari

 Bahan-Bahannya:-

1 tin sardin
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk kari
4 cili padi
1 tangkai daun kari
Sedikit halia
Garam
Asam jawa (aku tukar guna asam keping [1])
Ubi kentang (aku saja tambah)

Cara-caranya:-

1. Asingkan ikan sardin dan sosnya.  Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak agak rata bergoreng. 

2. Panaskan minyak dalam kuali lain.  Masukkan cili padi, bawang merah & bawang putih yang dah dihiris, halia dan daun kari sehingga garing dan wangi.

3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga rempah garing dan wangi.

4. Masukkan santan, ubi kentang dan air secukupnya. Tunggu sehingga ubi kentang empuk, baru masukkan ikan sardin, asam keping  dan garam. Kalau suka boleh la tambah sos sardin. Angkat dan sedia dihidangkan. 


Monday, April 6, 2020

Sambal Tumis Sardin

 Bahan-Bahannya:-

Sardin dalam tin.
Bawang besar
Bawang putih
Cili boh yang ada campuran asam jawa. Kalau tak ada, korang boleh buat air asam jawa ikut kemasaman rasa yang korang inginkan.
Garam
Serbuk perasa (selalu guna sebuk perada Adabi)
Kicap pekat.
Minyak masak


Cara-caranya:-

1. Panaskan minyak. Goreng sardin terlebih dahulu sampai garing.

2. Minyak goreng sardin tadi digunakan separuh untuk menumis cili boh.Bila cili boh dah masak barulah dimasukkan bawang besar dan bawang putih.

3. Kemudian barulah dimasukkan sardin yang telah digoreng, manakala sos sardin dalam tin yang telah diasingkan dimasukkan sedikit demi sedikit. Selalunya mama tak gunakan semua sos dia.

4. Tambah serbuk perasa, garam dan kicap ikut rasa masing-masing.

Dah siap masak bolehlah dihidang.

Asam Pedas Ikan Pari

 Bahan-Bahannya:-

2 potong ikan pari (dipotong kecil seperti gambar dibawah)

5 tangkai daun kesum (dibersihkan dan ambil daunnya)
2 batang bunga kantan (dibelah 4)
2 batang serai (diketuk)
10 batang bendi (dipotong 2)
1 sudu kecil pes asam jawa
2 senduk cili kering (yang telah dikisar)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit minyak masak
sedikit gula melaka
sedikit air limau nipis
sedikit air
garam secukupnya



Cara-caranya:-

1. Potong ikan pari seperti saiz diatas dan lumurkan dengan air limau nipis kemudian cuci bersih dan toskan.  (Bonde lebih suka potong saiz kecil macam dalam gambar diatas mudah untuk dimakan).

2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan cili kering goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, halia, dan serbuk kunyit dan kacau hingga garing, masukan pes asam jawa bersama air dan biarkan ia mendidih hingga menggelegak kacau pelahan hingga pecah minyak.

3. Lepas tu masukan ikan pari, bendi, daun kesum, bunga kantan, serai garam, gula, air limau nipis dan kacau perlahan dan biarkan hingga mendidih seketika.

4. Dengan menggunakan api perlahan kacau pelahan hingga sayur kelihatan layu atau sayur telah lembut. 

5. Asam pedas siap untuk dihidangankan, jangan lupa.. hidangkan asam pedas bersama nasi panas, telur masin dan juga hirisan timun.

Saturday, April 4, 2020

Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api

 Bahan Rebus:-

Ikan tongkol
Bawang putih – Hiriskan
3 keping asam keping
Lengkuas – Hiriskan
Serai – Ketukkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Masukkan ke semua bahan dalam periuk dan rebuskan sehingga ikan tongkol empuk. Air rebusan tu pulak jangan dibuang, sila asingkan dan buang segala bahan tadi tu. Hanya ambil ikan dan air rebusan semata-mata.


Bahan Kuah Kuning:-

Ikan tongkol yang dah di rebus
Air Rebusan Ikan Tongkol
Santan pekat
2 keping Asam keping
Timun
Kacang panjang
Tomato


Bahan Kisar

Bawang merah
Cili Api
Halia
Kunyit

Cara-caranya:-

Ok bab ni senang kerja korang, ambil periuk, masukkan bahan kisar, air rebusan, santan, asam keeping, kacang panjang, timun dan kacau sehingga ianya mendidih. Jaga elok-elok supaya santan tidak berketul-ketul ya. Kemudian masukkan ikan, tomato dan garam secukup rasa.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...