Showing posts with label masak lemak. Show all posts
Showing posts with label masak lemak. Show all posts

Wednesday, October 12, 2022

Masak Lemak Cili Padi

 Bahan-bahan :-


* Bawang merah     4 biji (kalau nak sedap tambah lagi)
* Cili hidup            2 biji
* Cili padi              15 biji (Kalau nak pedas tambahlah lagi) saya tak makan pedas...
* Belacan               seperti 3 biji bawang kecik
* Kunyit                seperti 1 biji bawang kecik

Bahan di atas hendaklah di mesin.

* Ikan bilis             segengam

Bahan di atas mesin sekejap sahaja jangan hancur sangat.

-1 biji kelapa
Mesin kelapa untuk dapatkan santan. 

- 3 keping asam keping

-Suka hati ikan apa yang korang nak masak.

- Kacang panjang

-Tak guna minyak masak pun..

Cara-caranya :-


1. Mesin dahulu bahan-bahan mesin di atas sampai hancur dengan sedikit air kecuali ikan bilis. Dah hancur baru masukkan ikan bilis dalam mesin. Mesin sekejap sahaja.

2. Dah selesai mesin masukkan ke dalam periuk yang di letakkan 1 mangkuk air di ikuti asam keping..Masuk kan ikan dan kacang panjang.. Mendidihkan sekejap ikan dan kacang panjang tu lepastu baru masukkan santan Jaga santan tu jangan sampai membuak. Bubur garam kasar. Rasa kalau tak ok tambah lagi garam.

3. Masak dengan api sederhana sahaja.. Sambil-sambil  tu bolehlah goreng ikan sebagai menu tambahan...haha..

4.Siap di hidang.


Saturday, September 5, 2020

Jantung Pisang Masak Lemak Tersedap!!!




Assalamualaikum...

hai...arini saya balik rumah nenek jarah. Kebetulan ada jantung pisang. Favourite saya ni. Nak di jadikan cerita saya pun suruh la nenek jarah masakkan saya jantung pisang tu.. Kesian dia. Tak larat pun kena layan cucu dia yang mentel nie.. hehehe...



Jom kita tengok bahan-bahannya:


  • Jantung Pisang.
Jantung pisang hendaklah dikopek dahulu kulitnya. Belah 2 dan rebus sekejap. Potong kecil2. Basuh dan toskan
  • Bawang Merah

  • Ikan Bilis

Bahan di atas hendaklah dimesin
  • Lada Merah

  • Santan 1 Biji

  • Air

  • garam secukup rasa


Cara-caranya:

  1. Sediakan periuk. Masukkan bahan mesin

  2. Masukkan air dan santan.

  3. Masukkan lada merah

  4. Masukkan Jantung pisang

  5. Masukkan garam

  6. Kacau selalu jangan sampai membuak

  7. Siap di hidang.


Jika tak paham boleh lihat video ini.



Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...