Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Thursday, October 26, 2023

Resepi Begedil Daging

 Bahan-bahannya:-



-bawang merah dalam 7biji

-bawang putih dalam 4biji

-halia sedikit



(bahan di atas hendaklah diblander)











--------------------------------------------------------------------------------------------

-kentang dalam 10biji di potong dan di goreng











--------------------------------------------------------------------------------------------


-Daging cincang ( saya guna brand ramly)


-Daun sup dan daun bawang


-Serbuk perasa  maggie1 sudu kecil


-Jintan manis 1/2 sudu kecil 


-Ketumbar 1 sudu besar


-Serbuk kari daging 1  1/2 sudu besar


-Garam kasar 1 sudu kecil


-2 biji telur untuk celup ke begedil





Cara-caranya:-



1. Panaskan minyak dalam 4 sudu besar


2. Masukkan bahan-bahan yang telah di mesin tadi ke dalam minyak yang telah panas.






3. Masukkan ketumbar







4. Masukkan jintan manis








5. Masukkan serbuk kari daging





6. Masukkan serbuk perisa 




7. Masukkan pula garam





8. Kacau bagi sekata.


9. Masukkan pula daging cincang dan gaul bagi sekata.














10. Kacau sehingga garing seperti gambar di bawah ini









11. Lenyek kentang yang sudah di goreng





12. Masukkan semua bahan ke dalam kentang yang telah di lenyek tadi. (daging cincang, daun sup dan daun bawang)





13. Gaul bagi semua sekata mengunakan tangan.





14. Buat bulat -bulat kecil seperti di dalam gambar di bawah ini












15. Dah siap membulatkan begedil tu.


16. Pecahkan 2 biji telur kacau telur itu


17. Dah kacau bolehla goreng ke dalam minyak yang panas.


18. Tip (jangan balikkan begedil sehingga betul2 garing belah bawah dia takut hancur jika belum garing. okey.)


19. Maafkan saya gambar goreng begedil tiada sebab time tu raya haji da sibuk2 lupa nak amik gambar yang da goreng dan siap di goreng.. huhu.. 

No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...