Friday, April 3, 2020

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api Nanas

Bahan-Bahannya:-


Ikan Talapia
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Belacan
Kunyit
Serai
Nanas
Cili padi
Santan
Garam + Ajinomoto




Cara-caranya:-

1. Bersihkan ikan dengan air garam + air basuh beras (jika ada kosek beras) + tepung + garam untuk hilangkan rasa tanah dan hanyir ikan darat. Kemudian goreng ikan dengan garam kunyit seperti biasa. Goreng garing-garing.

2. Blend semua bahan di atas kecuali ikan. Kemudian masukkan dalam periuk/kuali yang telah diisi air mengikut sukatan yang sesuai. Biarkan mendidih. *nak tumis pon boleh. Ikut suka.

3. Masukkan nanas dan santan. Pastikan api sederhana dan lauk dikacau sentiasa supaya santan tidak berkepala/berbuih. 

4. Akhir sekali masukkan ikan dan garam serta ajinomoto secukup rasa. 

Thursday, April 2, 2020

Resepi Kepala Ikan Tenggiri

 Bahan-Bahannya:-

Halba Campur
Serbuk Kari (dicairkan)
Air Asam Jawa (pekat)
Halia (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Serai (tiadapun tidak mengapa)
Buah Tomato
Sayur Bendi
Santan Pekat
Minyak untuk menumis
Kepala Ikan Tenggiri


Cara-caranya:-

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan alba campur hingga wangi.

2. Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan. Kacau sebati.

3. Tunggu hingga mendidih, masukkan air asam jawa (pastikan air asam jawa jangan terlalu cair) masukkan kepala ikan tenggiri. 

4. Kemudian, masukkan pula santan, buah tomato dan sayur bendi, biarkan mendidih hingga masak. 

5. Untuk masakan kari mamak ni, penggunaan santan pekat hanya sedikit sahaja tidak sama seperti kari Melayu. Manakala lebihkan penggunaan serbuk kari.


Thursday, March 12, 2020

Bendir goreng bersama ikan bilis

Bahan-Bahan:



15 biji kacang bendi


1 biji bawang merah


1 ulas bawang putih


1 biji bawang besar


4 biji cili api


2-3 genggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut


1-2 sudu besar sos tiram - boleh tambah





Cara-cara :


-Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih dan cili api , ketepikan dulu . Bersihkan kacang bendi dan potong menyerong . Bersihkan semua ikan bilis dan digoreng garing , tos dan ketepikan . Bawang besar dikupas kulit dan dipotong nipis-nipis . 





-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan bawang besar dan kacau serta biarkan sampai bawang besar layu . Masukkan semua kacang bendi dengan sos tiram dan kacau , jika bendi nampak sedikit kering boleh ditambah minyak masak lagi . Bila kacang bendi dah separuh masak boleh la dimasukkan semua ikan bilis yang sudah digoreng tadi . Kacau semua bahan dan rasa kacang bendi jika tak masin baru di tambah garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila sayur bendi dah masak baru la di tutup api dapur .

SAYUR CAMPUR ALA CINA

 Bahan-Bahan:



50g bunga kubis.



5 ulas kacang buncis.


1 biji lada benggala – dipotong dadu.


2 biji lobak merah – dipotong nipis.


5 ulas bawang putih – dikisar.


2 sudu besar sos tiram.



sedikit stok ayam.


50ml air.


2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.


2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).


10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan).





Cara-cara :


1.Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih


2.Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.


.3.Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.


4.Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.


5.Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

Wednesday, March 11, 2020

Sayur Bendir Goreng Berlada

 Bahan-Bahan:



bendi - saya guna sepaket beli dari family store, ada la dlm berbelas btg bendi. lumayan!



cili merah - dlm 7-8 tangkai. saya siap-siap buang biji nyer. tak elok kan. dan kurangkan pedas.


bwg kecil - saya guna dlm 5-6 biji.


bwg putih - ni confirm, saya guna 7 ulas.


udang kering - ni saya ceduk dlm 2 sudu besar.


garam secukup rasa.






Cara-cara :


bahan no. 2 hingga no. 5 - kisar sederhana halus.


then, kita tumis bahan kisar sampai naik bau, cantik warna dia...


bendi potong serong. masukkan dlm kuali. ratakan.


perisa lah dgn garam pastu.


siap uolls. anak-anak dara saya memang kena paksa makan semua lauk yg saya masak.


terutama sayur. so now, pe aje sayur, diorang ngap sampai licin.

Tuesday, March 10, 2020

Sayur Campur Goreng

 Bahan-Bahan:



1/2 cawan isi udang (boleh lebihkan)



1 biji bawang besar, hiris kasar


4 ulas bawang putih, diketuk


1 batang lobak merah, belah dua dan hiris serong


10 tangkai snow peas, potong dua


1 cawan potongan bunga kobis



10 batang kacang buncis, kerat 3 setiap batang


7 kuntum cendawan butang, belah dua


1/2 biji capsicum merah, potong dadu


1/2 biji capsicum hijau, potong dadu


4 kelopak kobis, hiris kasar


2 camca besar sos tiram


1/2 cawan air


Garam secukup rasa



Cara-cara :


Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar hiris dan bawang putih ketuk hingga harum, masukkan udang dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan lobak merah, bunga kobis dan cendawan butang. Gaul rata dan tuang air. Masak sekejap hingga semua lembut sedikit.


Masukkan kacang buncis, capsicum merah/hujau dan hirisan kasar kobis. Masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh), dan gaul rata. Masak guna api besar. Kacau dan gaul utk 30 saat hingga 1 minit. Padamkan api dan rasa, jika ok angkat dan hidangkan bersama nasi hangat.

Monday, March 9, 2020

Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram

Bahan-Bahan:



4 ikat sayur pak choy, bersihkan, potong hujungnya



1 tin kecil cendawan butang dihiris


3 biji bawang putih, cincang


2 biji bawang merah, cincang


1 sb sos tiram


1 sk kicap manis


1 sk kicap masin


Garam dan lada secukupnya


1 sb gula


1 sb minyak bijan


Air secukupnya (kira-kira 1 gelas)


Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah




Cara-cara :


1. Rebus Pak Choy di dalam air mendidih seketika saja. Angkat dan tos, susun didalam pinggan


2. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai wangi, kemudian masukkan cendawan Tumis sebentar.


3. Masukkan air secukupnya, Gaul rata. Masukkan soss tiram, kicap manis, kicap masin, garam dan gula.


4. Masukkan lada dan minyak bijan & gaul rata


5. Masukkan tepung jagung yg dah dicampur sedikit air.


6. Masak sehingga kuah pekat kemudian tuang atas sayur pakchoy tadi

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...