Friday, January 10, 2020

Telur Masak Sos

 Bahan-bahan :


  • Telur goreng mata 5 biji,

  • Cili dan bawang dimesin dalam 2-3 sudu besar,

  • Sos cili 5 sudu besar,

  • Sos tomato 1 sudu besar,

  • Sedikit air,

  • Garam,

  • Gula,

  • Bawang besar potong bulat,

  • Cili api dibelah 2,

  • Minyak untuk menumis.


Cara-cara :



  1. Panaskan minyak, masukkan cili mesin.

  2. Masukkan sedikit gula, kacau smpai cili garing.

  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan biar pecah minyak.

  4. Masukkan air (agak-agak kepekatan yang diinginkan).

  5. Masukkan garam, bawang besar dan cili api. Sesuaikan rasa.

  6. Reneh selama 10 minit. Tutup api.

  7. Tuang ke atas telur mata tadi. Pastikan sos rata di atas semua telur.

  8. Siap

Wednesday, January 8, 2020

Telur Dadar ala Thai

Bahan-bahan :



  • 4 biji telur,

  • 1 sudu besar tepung,

  • Boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,

  • 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,

  • Garam/cukup rasa.



Cara-cara :



  1. Kacau telur sampai semuanya sebati.

  2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas.

  3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.

  4. Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.

  5. Nota : Kalau tidak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalan peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.

Monday, January 6, 2020

Telur Bungkus

Bahan-bahan :




  • Isi ayam dipotong kecil,

  • 2 ulas bawang putih cincang,

  • Potong dadu 1/2 biji bawang besar,

  • Potong dadu suku batang carot,

  • Potong dadu 1/2 biji tomato,

  • Potong dadu sedikit cili merah,

  • Kalau mahu pakai mix vege pun boleh,



Cara-cara :



  1. Mula-mula panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih.

  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sekejap.

  3. Lalu masukkan 2 sudu besar sos cili jagung atau sos cili apa saja.

  4. Tambahkan 2 sudu besar sos Thai life.

  5. Masukkan lagi 1 sudu besar sos tiram, sedikit air dan secubit garam. Kacau sebati.

  6. Setelah itu masukkan carrot dan bawang besar. Biarkan masak selama dua minit.

  7. Akhir sekali masukkan tomato dan cili.

  8. Kacau-kacau dan siap bahagian isi telur bungkus.



Cara Membuat Telur dan Membungkus :


  1. Basuh 2 biji telur dan pecahkan dalam mangkok.

  2. Tambah sedikit garam dan pukul sebati telur.

  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.

  4. Lenggang telur hingga memenuhi kuali.

  5. Letakkan bahan isi tadi di atas telur.

  6. Tutup/bungkus.

  7. Angkat. Siap untuk dihidangkan.

Saturday, January 4, 2020

Telur Masak Kurma

Bahan-bahan :




  • 10 butir telur direbus hingga betul-betul masak. Kopek kulit dan goreng sekejap.Toskan,

  • 4-5 biji kentang (potong ikut suka),

  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut,

  • 10 biji cili padi hijau jangan buang tangkai (hiasan),

  • 2 tangkai cili merah potong serong (hiasan),

  • 2 ½ senduk minyak masak (untuk menumis),

  • 3-4 butir bunga lawang,

  • 1 biji bawang besar (hiris),

  • 5 ulas bawang putih (hiris),

  • Halia sebesar ibu jari (hiris).



Bahan Pes :



  • 3 paket kecil rempah kurma,

  • 1 sudu besar rata garam,

  • ½ sdt bahan perasa (ajinomoto),

  • 1 biji asam keping,

  • 3 tangkai daun kari,

  • 1 cawan air,
    (Kacau semua bahan ini untuk jadikan pes).



Cara-cara :




  1. Mula-mula tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.

  2. Masukkan pes kurma dan tumis hingga betul-betul naik minyak.

  3. Masukkan kentang dan gaul sebati.

  4. Bila kentang sudah mulai lembut masukkan santan.

  5. Jika santan sudah mendidih, masukkan telur.

  6. Masukkan cili padi hijau dan cili merah.

  7. Jika sudah pekat, sesuaikan rasa.

  8. Siap.

Thursday, January 2, 2020

Sup Tauhu Telur

 Bahan-bahan :


  • Tauhu telur, goreng dengan minyak betul-betul panas.

  • Bawang putih cincang.

  • Serbuk lada hitam.

  • Udang/isi ayam.

  • 2 sudu besar sos tiram.

  • Cendawan shimeji/fresh shitake.

  • Lobak merah, hiris halus memanjang.

  • Daun sup, hiris.

  • Tepung ubi, bancuh dengan sedikit air (kalau ingin ganti dengan tepung jagung pun boleh).

  • 2 biji telur, pukul dengan garfu.

  • Garam.

  • Serbuk perasa (kalau suka).


Cara-cara :



  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.

  2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.

  3. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.

  4. Masukkan tauhu yang sudah digoreng.

  5. Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).

  6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.

  7. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Kari Telur

 Bahan-bahan :



  • 7 biji telur rebus,

  • Bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk),

  • Daun kari,

  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelage),

  • 2 paket kecik rempah kari daging tambah 2 sudu besar kerisik, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.

  • Ubi kentang 4 biji belah 4,

  • Cili padi (optional),

  • Asam keping 1,

  • Santan.



Cara-cara :



  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan 4 sekawan dan daun kari sampai naik bau.

  2. Lepas itu masukkan pes kari dan kerisik tadi. Masak sampai pecah minyak. Kacau sekali sekala takut rempah berketul.

  3. Bila sudah betul-betul pecah minyak masukkan sedikit air (ikut banyak mana kuah kita inginkan) dan ubi kentang. Masak sampai ubi kentang empuk.

  4. Kemudian masukkan asam keping, cili padi dan santan sedikit.

  5. Masukkan telur dan perasakan dengan garam dan aji sedikit. Bila rasa semua sudah okay boleh tutup api. Siap.

Wednesday, January 1, 2020

Telur Air Asam

 


Bahan-bahan :




  • Telur dibasuh bersih.



Bahan Air Asam :




  • Cili api,

  • Bawang besar,

  • 191Tomato,
    (Hiris atau cincang ikut suka).

  • Asam jawa,

  • Garam cukup rasa,

  • Aji/perasa,

  • Air suam.

  • Bancuh sebati.



Cara-cara :


  1. Rebus telur dalam periuk selama 7 minit. Masukkan air sama paras dengan telur. Buka api PALING BESAR.

  2. Kupas telur di bawah air paip supaya telur elok licin tidak koyak.

  3. Toskan dan potong, letak dalam mangkuk.

  4. Masukkan cili, tomato dan bawang.

  5. Tuang air asam. Tunggu 15 minit supaya meresap dan sebati.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...