Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Wednesday, June 14, 2023

Memancing Lagi Ikan Betok Di Muar



 Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 blogku. Terima kasih kerana menjadi peneman setia. Bulan ni takde resepi nak di kongsikan sebab terlalu gian memancing. Aku tak tahu la kenapa jadi macam ini dulu aku tak minat sebab membosankan. Lepas dapat ikan hasil pancing sendiri aku jadi gian nak pancing lagi dan hasilnya sangat banyak aku dapat.. hahaha

Sebelum memacing aku ada juga survey umpan apa yang diaorg gunakan untuk memikat hati ikan puyu. Ada yang guna cengkerik, cacing, telur kerengga dan belacan tepung. Aku da try tepung belacan dan hasilnya tak memberangsangkan. Cengkerik juga yang puyu minat.

Bulan june ni sahaja da 2 kali aku ke muar untuk memancing. Bayangkan dari melaka ke muar ambil masa 1jam untuk sampai. Minat punya pasal. Selepas subuh terus gerak. Beli sarapan makan dalam kereta. Punyala excited siap bawa tarmos dalam isi kopi o. Jika mengantuk minum kopi terus segar.

Bawah ini aku ada kongsikan saat2 manis aku dan family dapat ikan. 















Hari ini mendong kan best dapat memancing lagi. hehehe

Friday, June 9, 2023

Mesin Basuh Aku Rosaklah!!! Stress

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini aku nak berkongsi cerita dgn kamu semua apa terjadi kemarin mesin basuh aku buat hal.. waaaaa😭😭😭. Patutlah mesin aku tak sudah2 da 1 jam bergerak rupanya air dia slow. aarrrgrrhhh stress lagi. Mengadula kat laki aku ckp mesin basuh rosak dia pun macam buat donoh je. aku boleh je repair sendiri tapi memandangkan da jadi surirumah ni da jadi pemalas nak mengadap mesin2 dan repair ni. hahaha, jangan main2 eh aku ni dulu penyelia tapak jurusan jurubina 😝😝.. haha


Masa nak tidur aku pun godeh2 youtube cari punca kenapa air mesin slow. Bila da tau punca aku pun cari spare part tu kat shopee. Akhirnya jumpa juga barang yang aku nak cari tu . Valve model Toshiba 10kg aw-b1100g .

mesin da buruk tapi banyak jasa


Alhamdulillah barang yang di order da sampai dengan selamat. Zaman sekarang senang order online je tak payah susah payah keluar pergi hardware kan. Kebetulan semalam suami aku balik kerja pukul 6:20 dia belum mandi lagi barang tu pulak sampai 6:30 aku suruhlah dia betulkan kejap. Dia pun semalam mood ok jadi berjaya lah pasang valve tu..

yahooo.. akhirnya berjaya . Tengok tak payah panggil tech ke rumah dan beli mesin basuh baru. Bak kata aku Buat apa nak beli baru sedangkan boleh repair lagi. Save duit. 


Terima kasih baca blog aku. Jika ada cerita menarik lagi akan aku kongsikan ok.

Wednesday, June 7, 2023

Rahim Maarof - Jumpa Sekali Lagi

 Lyrics:

Jika benar apa yang kau ucapkan
Jangan bimbang sudah ku tahu mengapa
Bagai ombak yang mengulangi pantai
Diriku masih seperti dulu

Setahun sudah tak jumpa
Sesaat pasti tak lupa
Inikan pula tempat bermanja
Ha ha


Hinakah kalau asyik berlagu?
Bagaikan suratan nasib hidupku

Berilah ku satu bara
Kan ku genggam ia
Sehingga hilang nyalanya
Ha ha

Berikan ku satu bara
Kan ku genggam ia
Sehingga hilang nyalanya
Ha ha

Tuesday, June 6, 2023

Memancing Ikan Puyu / Betok Di Muar June 2023


memancing cara pemalas 

pemalas pun dapat ikan


 Assalamualaikum dan selamat pagi.. 

Semalam kepenatan dan berehat di rumah sahaja sebab da penat memancing hari ahad aritu.. Kali ini betul-betul puas la. Letak je umpan terus dapat. Letak lagi dapat, bukan aku sorang sahaja yer 5 orang sekali aku bawa memancing. Suami aku, mak mertua dan abg ipar dan kakak ipar. Diaorang pun happy sebab dapat banyak ikan.. hehehe. Rasa macam gian je, nak pergi lagi . Tunggu masa ada dan duit. Sekarang tak berapa nak banyak la pulus. Dapat gaji je habis maklumlah semua harga barang da meningkat.. kan. memang b40 betul la...kihkihkih

Umpan yang kami gunakan adalah cengkerik. Hari itu cuaca mendong jadi syokla sebab tak panas. Bayangkan lah kalau cuaca panas mau hitam aku.. kahkahkah.

Korang boleh tengok berapa banyak hasil tangkapan yang kami dapat. Banyak giler.






Selalunya aku jadi perakam video tapi hari tu da terjerumus ikut memancing sampai gian. kalau tak dapat ikan memang membosankan . Kali ini memang syok, sebab letak je dapat. tu sampai gian aku.

Terima kasih kerana sudi membaca . Jika ada masa aku update lagi yer..bye

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...