Assalamualaikum... Hari ini aku nak berkongsi resepi lagi tapi bukan resepi dari nenek jarah tapi resepi dari mummy aku.. Aku pun da lama tak buat roti john ni. ingatkan pagi tadi nak buat roti sardin goreng memandang roti da nak expired tetiba mak mertua pulak request nak makan roti john yang selalu aku buat. Nak taknak aku buat juga. Patutnya guna roti john tapi roti gardenia sahaja yang ada jadi juga. Kita buat dia kan.. hahaha..
Daripada aku banyak membebel jom kita lihat bahan-bahan dia
#telur 3biji, daging burger 1, roti john(aku guna roti gardenia), bawang besar, lada sulah, serbuk kari, serbuk perasa, minyak masak
Masukkan 1 sudu b serbuk kari, 1 sudu b serbuk lada sulah,1 sudu b serbuk perasa
#masukkan pula sebiji bawang besar yang telah dicincang halus
#masukkan 1 lapis daging burger ramly
#masukkan sedikit minyak masak
Kacau kesemuanya sampai sekata.
Ambil roti john atau roti gardenia
sapukan di permukaan roti tadi
sediakan kuali leper dan panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
siap di hidang.
Kalau 3 biji roti boleh dapat 10 keping .
Selamat mencuba.