Blog Ni Asal Resepi-Nenek-Jarah Tapi Adsense Aku Tak Gerak Walaupun View Banyak Terpaksalah Buka Blog Baru

Thursday, May 14, 2020

Sotong Masak 3 Rasa

Bahan-bahan :



  • Sotong setengah kilo,

  • Ubi kentang 2 biji (goreng dulu dan ketepikan),

  • Cili merah 3 biji,

  • Cili padi 6 biji,

  • Bawang kecik 3 ulas,

  • Sedikit belacan,

  • Bawang putih 2 ulas (semua tumbuk dulu ya),

  • Serai sebatang ketuk-ketuk,

  • Air asam jawa satu cawan,

  • Sedikit kicap manis,

  • Pati ayam knorr seketul,

  • Sedikit garam dengan gula.



Hiasan :


  • Cili padi 6 biji,

  • Cili merah sebiji,

  • Sedikit daun bawang.



Cara-cara :



  1. Tumis bahan-bahan yang dtumbuk tadi sampai pecah minyak.

  2. Kemudian masukkan air asam jawa, air lemon 2 sudu kecil, sedikit kicap manis, pati ayam, garam dengan gula.

  3. Masak bagi pekat kemudian masukkan sotong. Masak sampai kering sedikit kuah.

  4. Kemudian masukkan ubi yang d goreng tadi dengan hiasan.

Wednesday, May 13, 2020

Udang Masak Hitam @ Sotong Dakwat

 

Bahan-bahan :


  • Beberapa ekor sotong

  • 1 labu bawang besar (hiris bulat) *

  • 2 ulas bawang merah (tumbuk) *

  • 3 ulas bawang putih (tumbuk) *

  • 1/2 inci halia (tumbuk kasar) *

  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk) * atau sedikit serbuk kunyit

  • 1 @ 2 batang serai

  • 3 @ 4 batang cili hidup/padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)

  • Sedikit garam

  • Minyak untuk menumis


Cara-cara :

  1. Potong sotong ikut suka masing-masing.

  2. Bersihkan macam biasa tapi dakwatnya jangan dibuang.

  3. Kemudian tos dan ketepikan.

  4. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan bertanda * serta serai.

  5. Kemudian masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.

  6. Kemudian masukkan sotong

  7. Tunggu sampai sotong keluar air.

  8. Kemudian campakkan cili dan sedikit garam.

  9. Siap.

Monday, May 11, 2020

Ketupat Sotong

 Bahan-bahan (Untuk makan 10 orang) :



  • Sotong 4 kg.

  • Pulut susu 1 kg.

  • Gula melaka 8 kerek kecik.

  • Daun pandan 3 helai.

  • Lidi pengcukil gigi.

  • Santan cair 1 kg.

  • Santan pekat 1 kg.

Cara Membuat :

  1. Siang sotong dan buang kulit dan mata. Basuh dengan air garam dan toskan.

  2. Basuh pulut susu dan toskan.

  3. Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk.

  4. Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya.

  5. Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.

  6. Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong.

  7. Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.

  8. Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api.

  9. Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau.

  10. Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan.

  11. Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat.

  12. Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.

Sunday, May 10, 2020

Kerabu Sotong

Bahan-bahan :



  • Bawang putih,

  • Bawang merah,

  • Cili,

  • Sos tiram,

  • Tomato,

  • Kacang panjang,

  • Daun ketumbar,

  • Asam limau nipis,

  • Sotong@ kaki ayam,

  • Suhun (opsional),

  • Gula,

  • Garam.
Cara-cara :

  1. Cincang bawang putih halus-halus 3-4 ulas, masukkan kedalam 3 sudu sos ikan.

  2. Masukkan cili.

  3. Kemudian perahkan asam limau, 2 sudu sos tiram, gula dan garam secukup rasa.

  4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah direbus bersama suhun yang telah direbus.

  5. Kacau sebati.

  6. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran tomato, kacang panjang, daun ketumbar.

  7. Siap.

Saturday, May 9, 2020

Sambal Sotong Petai

Bahan-bahan :


  • Sotong,

  • Petai,

  • Cili kering,

  • Bawang merah dan putih,

  • Sedikit gula,

  • Asam keping 1,

  • Minyak masak,

  • Garam dan perasa.

Cara-cara :

  1. Blend cili kering dengan bawang merah dan putih, sukatan macam buat sambal biasa.

  2. Mula-mula panaskan minyak. Tumis cili kering.

  3. Masukkan sedikit gula.

  4. Masukkan asam keping.

  5. Kacau sampai cili masak dan garing.

  6. Masukkan garam dan perasa.

  7. Masukkan sotong.

  8. Masukkan petai.

  9. Kacau. Renihkan 2@3 minit dengan api kecil.

  10. Siap.

Friday, May 8, 2020

Sotong Stim Ala Thai

Bahan Sos :



  • 5 tangkai cili padi

  • 4 ulai bawang putih

  • 3 tangkai akar daun ketumbar (dibersihkan sepenuhnya)

  • 1 tbsp gula

  • 1 tbsp sos ikan atau kicap sotong

  • 3 biji limau nipis (jus sahaja)

  • 1/2 biji limau nipis (isis dipotong dadu)

  • 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus


Bahan Sotong Steam
  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)

  • 2 batang serai

  • 1 inci halia

  • 15 helai daun limau purut

Cara-cara :

  1. Stimkan sotong diatas semua bahan.

  2. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.

  3. Campurkan dengan semua bahan yang lain.

  4. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim. Hidangkan.

Thursday, May 7, 2020

Sotong Masak Kicap Pedas

 Bahan-bahan :



  • 1 kg sotong (lumur kunyit dan garam setelah itu goreng halfcooked)

  • Bawang putih/bawang merah/ halia/ cili padi ikut kepedasan (kisar)

  • Kayu manis, bunga lawang

  • 2 batang serai

  • 1 senduk besar cili kisar

  • Sos cili

  • Sos tomato

  • Sos tiram

  • Kicap manis

  • Sedikit air asam

  • Bawang merah hiris bulat

  • Tomato/cili merah (hiris dan potong)



Cara-cara :

  1. Tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan.

  2. Masukkan bunga lawang, kayu manis, serai.

  3. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.

  4. Masukkan semua jenis sos dan kicap manis (jika pekat tambah air sedikit). Tumis.

  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

  6. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap.

  7. Masukkan sotong. Gaul rata, tutup api.

Wednesday, May 6, 2020

Sotong Bakar

 

Bahan Utama :


  • Sotong 3 ekor.


Bahan perap:
  • Serbuk kari 2 sudu besar.

  • Serbuk kunyit 1 sudu.

  • Sos tiram 3 sudu.

  • Sos cili 3 sudu.

  • Sos thai 2 sudu.

  • Blackpepper 1/2 sudu kecik.

  • Garam secukup rasa.
    (Optional) letak daun kesum dengan daun limau purut bagi ada aroma wangi.


Cara-cara :

  1. Bersihkan sotong.

  2. Perap paling lama sejam. Kalau tak sempat perap pun tak apa kita paham ramai yang tak ada masa perap lama. Sekarang semua mahu cepat. Asal gaul sebati sudah.

  3. Kemudian bakar dalam pan (kuali leper) sampai dia keluar berair (lembut) sudah siap. Api sederhana, tak kuat dan tak slow.

  4. Selepas hidang baru gunting-gunting bagi nampak isi dia itu.

Tuesday, May 5, 2020

Sambal Sotong Sumbat Telur

 Bahan utama :


  • Sotong

  • Udang

  • Telur

Bahan kisar :

  • 2 bj bawang besar

  • 2 btg serai

  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara :


  1. Bersihkan sotong.

  2. Masukkan dalam satu bekas telur, udang cincang, lada cincang, daun bawang cincang.

  3. Tambahkan sedikit garam. Gaul sebati.

  4. Goreng sekejap saja. Letak minyak sedikit sahaja.

  5. Sumbatkan telur yang dimasak sekejap tadi ke dalam sotong.

  6. Tumis cili kering dan bahan kisar.

  7. Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato.

  8. Perasakan gula dan garam.

  9. Siap.

Monday, May 4, 2020

Sotong Phat Phet ala Thai

 



Bahan A (Kisar/blender kasar)
Bahan-bahan

  • Cili api/cili merah ikut kepedasan sendiri

  • Bawang putih

  • Bawang merah

  • Kunyit hidup

  • Serai

  • Belacan

  • Lada hitam letak sedikit saja
    (Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong)

Bahan B

  • Sotong

  • Asam keping

  • 1 batang serai (titik)

  • Sedikit garam dan gula

  • Daun limau purut



Bahan Sayur
  • Kacang panjang

  • Carrot

  • Bunga kobis


Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang dititik sehingga naik bau dan pecah minyak.

  2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).

  3. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.

  4. Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit,

  5. Angkat, siap dan hidangkan dengan nasi panas.

Sunday, May 3, 2020

Sotong Goreng Kunyit

 Bahan-bahan :


  • ½ kilo sotong bersihkan dan toskan

  • 1 biji bawang besar-hiris nipis

  • 3 ulas bawang putih-ketuk

  • 2 tangkai cili merah-hiris

  • 7 biji cili api atau ikut kepedasan masing2-hiris

  • 1 inci halia-hiris nipis

  • Sebatang serai-ketuk

  • 1 keping asam keping

  • ½ biji tomato-potong 3bahagian

  • Serbuk kunyit

  • Garam

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga kekuningan.

  2. Masukkan asam keping, cili merah, cili api dan serbuk kunyit.

  3. Kemudian masukkan sotong dan perasakan dgn garam.

  4. Apabila sotong masak, masukkan tomato dan tutup api.

  5. Sedia untuk menghidang.

Saturday, May 2, 2020

Sotong Goreng Tepung Rangup

 Bahan-bahan :


  • 1 kilo sotong. Bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan.

  • Tambahkan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan.
    (Tujuan menambahkan cuka epal adalah untuk mengelakkan sotong dari meletup ketika digoreng. Tak perlu susah-susah lap sotong guna tisu atau tuala. Confirm tak meletop).



Bahan Tepung Salutan:

  • 10 sudu besar tepung gandum

  • 6 sudu besar tepung jagung

  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam

  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah

  • Garam

  • Serbuk kunyit
    (Gaul sebati semua bahan di atas)

  • Dalam bekas lain pukul 2 biji telur hingga kembang



Cara-cara :

  1. Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.

  3. Setelah itu, masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.

  4. Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.

  5. Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Goreng hingga habis.


Sos pencicah :

  • 3 sudu besar sos thai

  • 1 sudu besar mayonese
    Gaul sebati sos, tabur dengan bijan jika suka.

Nasi Tomato Simple

Nasi tomato 3 ulas bwg putih - hiris 3 ulas bwg merah - hiris 1 inci halia - hiris 1 inci kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga c...